Tuesday, November 24, 2009

mengorbankan, terkorban, dikorbankan...






Siang tadi , saya menghabiskan pembacaan majalah Forward edisi November 2009.

Ada 2 artikel yang memberi kesan pada saya.

Satunya ialah "Becoming Muslim" oleh Syeikh Nuh Ha Mim Keller - namanya agak pelik kan. Beliau memeluk islam pada tahun 1977 di Cairo, Mesir, lahir pada tahun 1954 di USA.


Artikel lengkapnya boleh baca di sini

dan

Satu lagi artikel ialah "My Umrah - a life changing experience" oleh Shahfizal Musa, beliau ini telah didiagnos mendapat malignant brain tumor.

Membaca artikel Shahfizal begitu menginsafkan sekali. Antara tulisannya yang menarik ialah


" The truth is,
to the rest of the world,
worshipping Allah Most High is secondary,
we actually worship our employer;
we work hard to get noticed,
trying to get that promotion,
trying to get on top of the corporate ladder,
bending over backwards for our bosses.

If only we can work as hard as in worshipping Allah Most High,
we will be taken care of by Allah Most High.
He will provide for us from sources that we never imagine"


Memang tepat dan benar sekali.




Kebenaran yang semua kita tahu, tetapi bila hendak menterjemah dalam kehidupan seharian bersama dengan macam-macam dateline, begitu sukar sekali kan.

Membaca artikel Shahfizal mengajak saya memuhasabah diri dan tindakan saya selama ini.


Begitu juga apabila membaca artikel Syeikh Nuh Ha Mim Keller.

Hampir semua insan-insan terpilih yang memeluk islam dari agama lain, membuat keputusan mereka bersandarkan dari kajian mereka terhadap al-quran.


Dalam salah satu peringkat hidup mereka , mesti mereka menerima senaskah al-quran dari seseorang yang akhirnya mencetus minat mereka mendalami al-quran.


Saya tertarik dengan syeikh nuh ha mim keller, lantas meng'google' nama beliau.


Pencarian saya seterusnya menemukan saya dengan seorang lagi pendakwah dari USA, iaitu Sheikh Hamza Yusuf yang telah menubuhkan Zaytuna Institute iaitu Kolej Muslim pertama di Amerika.


Tertarik dengan temu ramah antara Syeikh Nuh Ha Mim Keller dan Sheikh Hamza Yusuf , sekembali Sheikh Hamza dari ibadah Haji pada tahun 2004...



"....the Muslims throw things around,
its that there is an assumption that somebody else is going to pick it up.

And so really what that’s telling us is,
that nobody is taking personal responsibility,
and I think that is by and large
a real crisis in the Muslim Ummah as a whole,
that people,
individual Muslims are not taking personal responsibility for the condition of the Ummah
,

they’re expecting that somebody else is going to take care of the problems, somebody else is going to take care of our troubles...."



Benar sekali...banyak aspek kehidupan kita sebagai Muslim tidak seperti yang sewajarnya. Aspek duniawi dan materialis menjadi unsur utama yang mendasari 'kebahagiaan' kita...

Saya tidak terkecuali juga. Kekadang , hendak menderma RM1 pun, hati saya berkata-kata. Begitulah, bukanlah sebab bakhil sangat, tetapi hati kecil ini selalu bersyak wasangka. Padahal Allah sudah berjanji, kita tidak akan miskin jika kita bersedekah sebanyak mana pun kerana Allah.

Aidil Adha yang akan datang ini membuat saya berfikir dan menghisab diri.


Sisa usia yang ada ini, insyaAllah akan saya perguna sebaik mungkin.

"SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, November 22, 2009

beranikah anda untuk gagal?

cuti ni projek apa ya?
kawan-kawan,.... ramai yang sudah berjalan-jalan,
ada yang balik kampung, ada yang makan angin ke negara orang.

rezeki masing-masing...
yang tidak kemana-mana seperti saya ini,...
apa lagi yang boleh dibuat?
apa lagi... mengemas rumahlah.

dalam batuk-batuk dan selsema yang tiba-tiba menyerang,
(yalah...dah setahun tidak mengemas stor...bayangkan habuk yang berkumpul)
terjumpa buku di bawah...
dah lama buku ini... tahun 2004 saya memilikinya...


author - Billi P.S. Lim
rasanya ramai yang sudah membaca buku ini.
saya juga.

tetapi, bila membelek semula kandungannya, terasa banyak yang sudah terlupa.
ingin saya berkongsi tentang buku ini.
berkongsi tentang kegagalan dalam hidup.

memang kita semua,
termasuklah saya, sentiasa meraikan kejayaan , dan cuba untuk berpaling dari kegagalan.

itu memang sifat manusia.

tetapi dalam masa yang sama,kita juga tahu bahawa,

orang-orang yang paling berjaya dalam hidupnya adalah orang-orang telah beberapa kali gagal dan bangun semula
.

kita tahu, kalau hendak kejayaan, hendak atau tidak, kita pasti akan gagal dahulu.

kita memang takut gagal.
kerana itulah orang-orang yang biasa-biasa seperti saya,
adalah orang-orang yang paling kurang mengambil risiko.

" Failure is the only opportunity to begin again more intelligently" - Henry Ford

Yang menarik buku ini , ia cuba menyedarkan kita ,
bahawa selama ini semua orang hanya berfikir bahawa segulung ijazah adalah segalanya.

maka kita, dan saya pun sibuklah memaksa dan terpaksa berhempas pulas menghafal nota-nota pelajaran...

belajar tidak menjadi seronok lagi, tetapi menjadi keterpaksaan yang wajib ditempuh.


setelah berjaya memiliki segulung ijazah, kebanyakan graduan-graduan yang keluar, termasuklah saya, hanya berfikir untuk mencari kerja...cari, cari dan cari... setimpal dengan ijazah kita.

namun begitu,
siapakah yang akan menyediakan peluang kerja untuk kita-kita ni?
kerajaan lah kan.

amboi... tidaklah mampu kerajaan untuk menyediakan peluang pekerjaan bagi semua orang.
habis tu siapa?
yang masuk universiti dan keluar, tugasnya nak mencari kerja...kan

so....
yang patut sediakan kerja ialah....
orang-orang yang tidak sampai ke universiti lah....
merekalah yang perlu menyediakan peluang pekerjaan untuk kita para graduan ini... hehehe

Ironinya... memang itulah yang terjadi pun.
Contohnya-
- mendiang Tan Sri Loh Boon Siew
- mendiang Lim Goh Tong
- Syed Mokhtar al-Bukhary

hanya menyebut 3 contoh... mereka semua ini tidak berpeluang menggulung ijazah di tangan.
tetapi...
mereka berjaya menyediakan kerja untuk orang-orang macam saya ni,
yang siang malam berfikir macamana nak dapat A dalam semua subjek.

adakah mereka terus berjaya?
pastinya tidak...
kegagalan pertama mereka, adalah tidak dapat belajar sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.
itu adalah kegagalan yang besar...

tetapi,
pemerhatian menunjukkan,
semakin besar kegagalan dalam hidup seseorang, semakin besar kejayaan yang akan ditempuhinya.

tapi, tidaklah bermakna bahawa kita tidak perlu menuntut ilmu setinggi yang boleh.
cumanya,
apabila berlaku kegagalan dalam hidup,
sepatutnya ia menjadi pendorong dalam hidup kita untuk menjadi lebih baik dan tidak mengulangi kesilapan yang sama juga.

dan saya pun ingin membulat tekad,
tidak terlalu membeban pelajar-pelajar saya yang memang sudah sedia lemah dalam pelajaran, dengan leteran dan bebelan,
tetapi
ingin berkongsi dengan mereka,
bahawa merekalah yang bakal menyediakan peluang pekerjaan bagi sahabat-sahabat mereka yang sedang sibuk mengira bilangan A dalam sijil.

Saya ingin mereka menanam visi dan misi untuk mencari peluang serta bersedia untuk bekerja keras, bukan hanya berangan ingin kaya menjadi penyanyi, asyik melalak di dalam kelas dan dalam perjalanan menuju ke toilet sahaja.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 19, 2009

sekolah kehidupan

hari ini ada antara anak-anak kita yang sedang tersenyum lebar.
mungkin sedang menuntut hadiah yang dijanjikan oleh kita,
kerana cemerlang dalam upsr nya.

tapi ada juga yang sedang bersedih.
bukan kerana teruk pencapaiannya, tetapi kerana sasaran tidak tercapai.
harapkan 5A, cuma mendapat 4A 1B,
itu yang terjadi pada anak buah saya.
sedih memang jelas tergambar di riak wajahnya.
tutur katanya lemah, tidak ada rasa ria dan ceria.

kasihan.
masih muda, sudah terpaksa menerima erti kecewa dalam hidupnya.
namun saya pasti, ini adalah didikan dari Allah untuk dirinya.
agar beliau menjadi insan yang tabah,
mengetahui bahawasanya kejayaan tidak selalu berada di depan mata,
walau usaha sudah meninggi gunung.

pastinya Allah sedang menunjukkan padanya,
bagaimana perlu ada redha dalam dirinya,
dan bahawasanya ketentuan Allah kekadang memang pahit untuk ditelan.

dan dalam diam ini saya doakan moga jiwanya makin kental,
kerana kesan didikan ini nanti, harapan saya agar beliau menjadi muslim yang lebih berjaya di dunia ini dan akhirat nanti.

* utk kak ngah, buah hati asyiq juga, auntie doakan yang terbaik.
juga untuk jad, buah hati pnkartini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, November 18, 2009

asyik bertelagah kenapa?

apabila kita tidak bersatu pendapat,
janganlah cepat meninggi suara,
lantas bermasam muka.
cubalah kita bersatu hati.
kerana beza pendapat akan menjadi kurang ketara.
hidup kita pun bukanlah lama
paling lama , agaknya berapa tahun?
seratus? lapan puluh?

adakah meninggi suara akan menyamakan pendapat kita?
bermasam muka akan menyatukan hati kita?

benarkah esok kita pasti berjumpa?
sempatkah esok, hati kita bersatu semula?

bila tidak sependapat,
senyum sahajalah.
selagi tidak membuat kerja haram.
bersetujulah kerana kita tidak sependapat.
pendapat si punya kuasa yang pasti akan dilaksanakan juga.
kita bantu, walau pun kita tidak suka.
jika tidak mahu, berdiam sahajalah.
tidaklah perlu berkokok keliling kampung.

kan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...