Sunday, June 14, 2009

lamakah hidup kita?

berapa lamakah usia bakteria? Bakteria adalah antara makhluk ciptaan Allah yang kecil atau seni.

Beberapa artikel (saya sertakan satu artikel) mencadangkan usia bakteria hanyalah 20 minit, sebelum bakteria asal ini membahagi dua menjadi bakteria-bakteria yang baru. Bila ia sudah membahagi, bakteria yg asal tu dah tak adalah... 20 minit? singkatnya kehidupan mereka....

Katalah... kita ni seekor bakteria. Pada kita, (dalam kehidupan seekor bakteria ini) lahirnya kita seterusnya membesar, beranak dan mati....itulah kehidupan kita, dan tentunya panjang kehidupan kita itu. Mungkinkah 20 minit dalam kehidupan bakteria itu sama rasa pahit manisnya dengan 80 tahun kehidupan seorang manusia?

Saya rasa mungkin ya....kalau saya seekor bakteria..

Jadi benarlah sabda Nabi Muhammad s.a.w bahawa jarak kepada kiamat itu antara 2 jari sahaja... sebab maha Agung Allah memandang 80 tahun kita itu seperti 20 minit seekor bakteria...

mmmm....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. mmg benar mcm apa yg teacher katakan tu..lihat jer waktu yg berjalan sekarang, terlalu pantas berlalu..tau2 dah seminggu bekerja, AlQuran adalah miracles sampaikan paderi pope boleh menghafaznya tapi itulah dia bukan antara yg menerima hidayahNYA, saya pernah terbaca pengalaman beberapa org islam yg diupah dgn bayaran lumayan utk mengubah isi kandungan ayat2 alQuran tapi akhirnya gagal juga..itulah tanda kebesaranNYA yg sgt mengagumkan..

    ReplyDelete
  2. bersyukur kita bergelar insan.. :)

    ReplyDelete
  3. betul yang dikatakan tu...cuba ambik tali tape - katakan nombor2 disepanjang tali tape tu ialah umur kita ( ada 60 inci ) ...tandakan di mana umur kita - katakan 50 - lagi 10 tahun untuk hidup - makin pendek umur - bukan panjang umur!semoga dipanjangkan umur lagi....dah cukup ke persediaan ke sana?

    ReplyDelete
  4. kpah bersyukur dijadikah sebagai seorang insan dan bukannya bacteria hikhik..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.