Tuesday, August 28, 2012

tak cantik macam erra fazira




"jangan tengok pada kulit wajah yang luntur tetapi lihat pada jasa yang ditabur. Bukan pada matanya yang sudah kehilangan sinar, tetapi lihat pada kesetiaan yang tidak pernah pudar. Itulah kecantikan seorang isteri walaupun mungkin dia bukan isteri yang cantik.." ~ Kalau hati baik, wajah sentiasa cantik : Ust Pahrol

Awak ni memang cantiklah ...

Entah. 

Sudah beratus kali rasanya pujian itu  terhambur dari mulut saya. Memang mata saya melihat dia sangat cantik. Hidung mancungnya, putih gebu kulitnya.

Memang cantik.

Dia mencebik.

Awak belum tengok Erra Fazira lagi. Kalau awak tengok Erra Fazira mesti awak kata saya dah tak cantik ...

Ah, betul jugak tu. Saya belum pernah menatap wajah Erra Fazira sedekat saya menatap wajah rakan saya ini.

Tapi, bukankah kecantikan itu sangat subjektif. Cantik pada mata dia, tidak semestinya cantik di mata saya.

Oh .. awak dan Erra Fazira tu dua-dua cantik. Tapi kelas yang berbeza .

Saya cuba menjustifikasi nisbah kecantikan antara keduanya. Walau pun saya tahu, wajah rakan saya itu, tetap cantik di mata saya, walau berapa Erra Fazira pun yang menjadi banding taranya.

Kenapa?

Sebab cantik wajah itu tersangkut dengan hati budi.

Biarlah bagaimana hebat dan menarik paras rupa seseorang itu tetapi andai hati budinya itu tidak sejernih sinar matanya atau tidak seputih dan semulus kulitnya, tetap, cantik itu tidak menyinggah dan bertamu di mata yang melihat dan memandang.

Bukan begitu?

Ala ... awak kata saya tak ada kelas macam Erra Fazira ya?

Haha.

Memang senang memutarbelitkan fakta kata dan menyelit rasa tak percaya, kawan.

Tapi, kenyataan tetap kenyataan. Walau wajah sudah berkedut seribu, tetapi sinar mata yang lahir dari hati yang penuh kasih tetap menjadikan wajah itu cantik dan menarik.

sumber

Salam kasih .


~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

  1. Bagi saya natural beauty adalah anugerahan Ilahi yang tidak ternilai.

    ReplyDelete
  2. Suka baca entri akak. Cantik itu subjektif...

    ReplyDelete
  3. Salam cikgu normah dan selamat hari raya utk cikgu sekeluarga.

    Betul, cantik itu subjektif. Apa lagi jika disertai dengan hati yg luhur. Tak cantik dimata kita, tapi cantik orang lain.

    ReplyDelete
  4. salam aidilfitri cikgu Normah.
    Setuju sangat dgn statement cikgu tu; cantik dalam kelas yang berbeza. kalau semua orang sama kelas kecantikannya, jemu la pulak. lagipun Allah Maha Kaya, kecantikan makhluk pun ada pelbagai kategori

    ReplyDelete
  5. owh, so sweet... salam aidilfitri cikgu.. salam kemerdekaan jua yang ke55

    ReplyDelete
  6. Kalu banding dengan Erra Fazira memang ler jauh benor.. Erra tu Ratu Cantik.

    Saya dah lali disebut tidak cantik, huduh macam Indon. So saya terpaksa terima...
    Cantik di hati tetap menjadi idaman ramai.

    ReplyDelete
  7. x perla..bio hati cantik..hehe

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.