Lagu Happy Birthday itu bergema kuat dalam makmal.
Dan diikuti teriakan gembira! Yeay!!!! Diiringi tepukan pelajar-pelajar tersebut seolah baru selesai memberi persembahan terbaik.
Terima kasih ! Terima kasih ! Wah, seronok sungguh awak semua ya, sebab saya dah makin tua, makin dekat dah nak mati !
Keliru.
Guru yang seorang ini serius kah?
Bukankah hari lahir itu hari yang menggembirakan, kerana berjaya juga mengharung segala ranjau hidup dan sampai ke saat itu. Bukan semua yang berjaya sampai ke usia seperti itu, kan?
Cikgu, janganlah cakap macam tu.
Ah ...
"You are insecure. Don't know what for. Lagu tu untuk you la sebenarnya..."
Mesej yang terpapar di telefon bimbit saya menggeletek hati . Angkara tidak dapat menulis di dinding FB saya, rakan ini mengusik . Bukankah kebiasaannya , hari lahir dipenuhi dengan ucapan tahniah, doa dan ingatan rakan-rakan FB . Ya itu, kebiasaannya.
Tapi tidak bagi saya.
Mungkin betullah apa yang ditulis oleh rakan saya itu.
Tidak selesa, sebenarnya. Insecure. Betullah tu.
:)
Dan sudah kali ketiga rupanya saya mencatat di blog ini setiap tanggal 20 September. Menuju yang pasti dan dah nak mampus, tak sedar diri lagi?, merupakan luahan rasa di hari ulang tahun kelahiran pada tahun yang berbeza.
Dan kali ini bertambah lagi usia setahun.
46.
Bukanlah angka kecil. Besar nilainya.
Menunjukkan apa?
Lanjut? Segalanya?
Yalah... yang tegang makin kendur, yang hitam menjadi putih, yang cerah , makin rabun , yang teguh tak akan selamanya kukuh.
Yang pasti angka itu menunjukkan , sudah 46 tahun , Allah memberi peluang, berkali-kali. Berulang kali. Berkali-kali. Berulang kali.
Persoalannya ... , masih adakah lagi peluang sepanjang dan selama itu?
*Terimakasih atas doa semua rakan dan keluarga. Dan terima kasih juga buat anak-anak murid 5B tadi yang menyanyi sesungguh hati. Dan buat sahabat yang dilanda angin siang tadi, salam kasih dan terima kasih yang tidak terhingga.
Salam ingatan.
~cikgunormah@klcitizen~