Monday, September 20, 2010

Menuju yang pasti....





Selama 44 tahun apakah yang telah dicapai? 

Orang lain ada yang sudah mengarang berbuah-buah buku, ada yang boleh memasak untuk beratus orang sekali gus, macam ketua masak waktu kenduri kendara lah, ada yang sudah punya syarikat sendiri dan aset yang bertahun makan pun tak habis, ada yang namanya meniti di bibir insan lain dek sumbangan pada negara, bangsa dan agamanya yang tidak terkira.

Saya?

Tidak banyak yang hendak dibanggakan. Tidak punya harta berjuta, malah tidak ada pun lesen berniaga, hanya lesen memandu kereta sahaja, orang di kawasan taman perumahan ini pun ramai yang tak kenal saya, menulis buku pun tak pernah, yang banyaknya ialah menulis laporan-laporan di sekolah. Tidak juga punya gelaran Datin, sekadar membawa title Puan dan kerap digelar sebagai Cikgu sahaja. 

Cikgu pun sekadar cikgu biasa, yang masih lagi bekerja dalam kapasiti SAYA YANG MENURUT PERINTAH. Sedang, ramai rakan yang dulunya menelaah bersama, bergelak tawa sama, membanding markah periksa bersama , telah berjaya dalam karier yang jauh lebih glamor dan mencabar.

Sedih?

Alhamdulillah , tidak. Sepanjang liku perjalanan hidup saya, tidak banyak mehnah yang Allah hamparkan. Putus cinta pun tidak pernah rasanya... sekadar cinta monyet yang putus ekornya adalah. Tetapi lebih jauh dari itu, alhamdulillah, belumlah lagi.

Serba sedikit kekurangan diri saya, tidaklah membebankan perasaan. Dan saya pasti saya antara yang tidak Allah uji lagi dengan ujian maha berat.

Harapan?

Melepasi tarikh ini, angka 45 akan semakin hampir. Ia hanya sekadar angka jika tidak berjaya memberi makna pada si empunya. Itulah yang tidak saya mahu. Saya berdoa agar mungkin Allah tambahkan lagi istiqamah saya di atas jalanNya, menambahkan rasa nikmat dalam usaha mendekatiNya.

Saya juga berdoa agar semakin di penghujung usia, dimudahkan lagi jalan kehidupan ini bagi saya sekeluarga, diberkati dengan rezeki mencurah dan dilimpahi dengan kasih yang tiada tepi. Juga kalau boleh ya Allah, dikurniakan kesihatan yang baik bagi saya sekeluarga, dan diselamatkan dari segala mara bahaya, malapetaka dan bala bencana di dunia dan akhirat kelak.

anak-anak buah yang berkongsi tarikh lahir yang sama: qistina dan syarif

Yang pastinya kematian semakin hampir.....

updated: terima kasih fais atas lagu yang ditujukan... memang sedap dan sesuai (dengar di sini)

atau tekan play sahaja

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 comments:

  1. Selamat Ulangtahun Kelahiran to CIKGU.. Moga sejahtera dan terus suksess..

    Teringat sorang kawan saya juga guru. Mengajar sudah lebih 15 tahun, akhirnya tak tahan lagi. Memohon kerja di Kementerian saban tahun sejak 4,5 tahun kebelakangan, baru bulan lepas berjaya.

    Dia lega sekali kerana no more kerja on Saturday, takda lagi kerja rumah, tiada lagi nak handle kerja2 tambahan yg elaun pun ciput. Kini agak lega dgn kurang tekanan. Bukan tidak sayang kerja guru, tapi umur yang meningkat dia semakin tak larat...

    ReplyDelete
  2. Salam cikgu...

    Selamat meraikan hari ulang tahun kelahiran cikgu, moga usia yang berbaki itu dipenuhi dengan amalan-amalan soleh buat menjadi bekalan untuk ke sana nanti..

    Moga Allah kurniakan kesihatan buat cikgu agar terus dapat mencurahkan ilmu kepada mereka yang berhak menerimanya..

    ReplyDelete
  3. Salam Normah.

    Selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran.. semoga Allah memberikan kebaikan, kesihatan serta kekuatan buat Normah.

    ReplyDelete
  4. catatan besday la tu yer.
    pernah bace satu entri cikgu ..
    psl tagged diri cikgu ..

    besday same tarikh dgn anak sulung saye ..
    umo.. same dgn wf saye ..

    apepun selamat hari lahir dari saye ..
    semoga allah merahmati kelakuan2 kite seblm ini ..

    ReplyDelete
  5. selamat hari lahir..
    kalau membandingkan dengan yang tinggi terasa rendahnya kita..
    bila melihat ke bawah terasa beruntungnya kita..
    yang penting.. kita selalu bersyukur kan cikgu?

    ReplyDelete
  6. selamat panjang umur cikgu murah rezeki sihat selalu

    ReplyDelete
  7. Yang pastinya kematian semakin hampir..... <-- yang ini tak kan kemana cikgu..semakin hampir semakin hampir dan hampir..

    Semoga dilanjutkan usia untuk kita manambahkan segala bekalan..

    ReplyDelete
  8. @azieazah

    memang agak stress kebelakangan ini, saya pun dah hampir 18 tahun bekerja...memang terasa

    ReplyDelete
  9. selamat hari lahir dan hari raya cikgu(maaf,lmbat).InsyaAllah saya bakal menyusul..hehe

    dan moga masa yang masih ada,dapat menjanjikan 10001 kebaikan untuk akak dan keluarga :)

    Entry Baru:
    -Andai aku tahu.....
    -Kisah Dua Perut

    ReplyDelete
  10. Selamat Hari Lahir.

    Inilah tujuan hidup "Tidak Aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadat kepadaKu"

    Selagi kita tidak lari dari itu, hidup kita tetap bermakna.

    ReplyDelete
  11. cikgu kecil yang besar maknanya..

    Selamat Hari Lahir, cikgu

    ReplyDelete
  12. all the best untuk cikgu dengan apa yang ada, saya nak tujukan lagu ini untuk cikgu...

    http://www.youtube.com/watch?v=_TVWGbmyTns

    ReplyDelete
  13. Selamat hari lahir kepada cikgu, mungkin agak terlambat, tetapi jadilah diri sendiri, untuk cikgu saya tujukan lagu ini.

    http://www.youtube.com/watch?v=_TVWGbmyTns

    ReplyDelete
  14. Biar tiada buku yg pernah ditulis, catatan untuk kami cukup dihargai.

    Selamat hari ulangtahun kelahiran, moga ditetapkan iman, sihat tubuh badan, kesenangan harta benda dan kesejahteraan dunia & akhiat

    ReplyDelete
  15. @mountdweller

    ya harapnya hidup saya ini memberi makna juga pada orang lain

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.