Membaca entri yang dulu di sini, membuatkan saya tersenyum seorang. Hidup diteruskan. Seperti hari biasa, tiada yang istimewa. Tetapi 45 tahun yang dulu pada tarikh ini Allah izinkan saya hadir membahagiakan sepasang pasangan di atas dunia ini. Alhamdulillah.
Dalam perjalanan menuju angka ini, ada waktu , kaki saya tersadung, kerana lorong yang dipilih itu rupanya tidak semudah dan secantik yang saya sangka. Tapi , Allah beri juga peluang, mengutip sisa kesilapan dan cuba menebus diri. Maha Suci Allah.
Hidup bukan di tangan kita manusia. Bila-bila masa sahaja saat dan giliran kita akan tiba untuk berhijrah ke alam yang kekal.
Lantaran itu, saya terpanggil untuk memohon maaf pada semua yang telah saya sakiti hatinya dalam perjalanan 45 tahun menapak dan berkongsi nikmat Allah di muka bumi ini. Tanpa sedar bukanlah alasan untuk membolehkan hati anda disakiti , dan jika ia berlaku secara sedar , amatlah malang bagi saya jika kesilapan itu tidak dimaafkan. Ramai yang Allah izinkan untuk hadir dalam dunia saya dan semua ini ada sebab dan hikmahnya.
"Menjadi diriku dengan segala kekurangan.... Ku bukan sempurna."
Lagu ini diperkenalkan oleh seorang sahabat blogger sempena 44 tahun usia saya. Tiba usia saya 45 tahun ini , lagu ini muncul dalam fikiran saya semula.
*Terimakasih buat sahabat-sahabat yang mendoakan dan bersusah payah mengingati.
**Tajuk entri , hanya gimmick semata :)
~cikgunormah@klcitizen~
*Terimakasih buat sahabat-sahabat yang mendoakan dan bersusah payah mengingati.
**Tajuk entri , hanya gimmick semata :)
~cikgunormah@klcitizen~