Tuesday, May 4, 2010

hadiah birthday untuk alisya

anak pertama memang selalu terlebih manja. betul ke? saya kira betul , sebab saya pun merupakan anak sulung.


lebih lagi kalau menyambut kelahiran yang pertama bagi anak sulung. memang kalau boleh kita nak sambut dengan cara terbaik, siap ambik2 gambar lagi, jemput maskot lagi kan... memang best, bila tengok gambar-gambar sambut birthday kali pertama untuk anak kita yang sulung.


tapi bab nak beli hadiah untuk si baby memang payah. tak percaya , tanya eyriqazz....sampai terpaksa buat contest nak pilih hadiah untuk alisya tersayang. lepas ni, rasanya eyriqazz bukan pening nak cari hadiah, tapi nak cari pemenangnya, kan.



tengok alisya tu.. dah tak sabar nak dapat hadiah . comelnya, budak-budak, kan.



yang bawah ni cadangan hadiah dari saya. baby memang suka baby. lagi, kalau baby girl. mesti peluk tiap masa, bawak tidur, bawak jalan, bukak kan baju doll, baling doll, kutip balik doll... mesti best dan berbaloi-baloi la belikan untuk alisya ni.

ha.. doll ni siap tutup aurat lagi...hehehe

saya terpikat dengan baby doll ni kat amazon.com . free shipping lagi.

saya memang tak miss ke eyriqazz.com ni, dan antara entry yang saya suka ialah Trafik konsiten pertama kali sebab ada tips.

lagi.... apa lagi ya??

o..ya, en. eyriqazz minta saya tagkan 3 orang untuk masuk contest ni... saya tagkan :

1. ummumishkah - sebab dia dalam pantang dan banyak masa free kut. lagipun ummumishkah ni banyak idea bernas untuk tolong eyriqazz

2. azie - azie pun banyak pengalaman pilih hadiah... (pandai je saya). azie ni pun banyak idea orangnya

3. nida - orangnya jauh di new zealand. mungkin bila menengok anak-anak omputih kat sana idea lebih bagus dan kreatif untuk mencadangkan hadiah bagi alisya


semua orang perempuan yang saya pilih, sebab saya rasa perempuan, bab-bab beli hadiah ni memang terror---ist.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

jiwa malaysia atau indonesia



Pagi Isnin, di sekolah, ada tetamu jauh datang menyinggah. Pelajar-pelajar Australia bersama 2 orang gurunya.


Seronok juga. Walau pun rasa lidah ni tergeliat-geliat bercakap orang putih, tetapi alhamdulillah guru-gurunya bisa berbahasa Indonesia. Salah seorangnya mengajar bahasa Indonesia selama 11 tahun di sekolahnya.


Memang kebiasaannya pun, orang-orang asing lebih mudah mempelajari Bahasa Nndonesia berbanding dengan Bahasa Malaysia. Susah sangat kah bahasa malaysia ini?


Secara peribadi, saya kira, Bahasa Malaysia ini memang susah juga hendak dipelajari. Tengok sahaja sukatan Bahasa Malaysia di sekolah rendah, berbanding dengan belajar Bahasa Inggeris pada waktu yang sama.


Sayang sekali ya.

Kenapa agaknya jadi begini, kan?

Bila ditanya pada guru tersebut , kenapa Bahasa Indonesia yang dipelajari, bukan Bahasa Malaysia, katanya kerana Kepulauan Indonesia lebih hampir dengan mereka.

Yalah tu....
Saya kurang yakin dengan jawapan tersebut. saya rasa ada sebab lain kut, yang saya tidak tahu. Mungkin kerana kepentingan tertentu.


Persoalannya, bagaimana agaknya kita boleh mengantarabangsakan bahasa kita ini, kan?

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, May 3, 2010

toy story


hari ahad, 2 mei, sekali lagi menonton wayang. cerita iron man 2 masih panas, tetapi kali ini menonton cerita toy story 1 and 2.


tidak ramai dalam panggung, jadinya adegan tak patut tidak berlaku. saya kira masing-masing berebut menonton cerita iron man 2 dan ada juga yang menonton ip man 2.


ip man 2 kabarnya lebih menarik, kerana banyak adegan seni pertahan diri di dalamnya. saya pun suka menonton cerita sebegini tetapi masih belum sempat menonton ip man 2.






pergi dengan buah hati. sempat berposing dengan cermon mata 3D. sudah beberapa kali menonton wayang 3D, tidak pernah berkesempatan berposing dengan cermin 3D. kerana panggung tidak ramai penontonnya, sempat jugakla berposing.



toy story yang sedang disiar di panggung ini cerita lama yang diulang tayang, cuma persembahannya dalam bentuk 3D. anak-anak kecil pastinya suka. saya kira ini cuma prelude untuk tayangan yang sebenar nanti. toy story 3 akan ditayangkan bulan jun nanti.


lama juga dalam panggung, sebab ceritanya back to back 2 cerita, cuma ada senggang rehat 10 minit . sesekali melayan cerita kartun lama, best jugak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, May 1, 2010

di mana kan ku cari ganti


dalam hidup kita, pastinya kita pernah meninggalkan seseorang dan kita juga pernah ditinggalkan. itu lumrah alam. hidup ini satu kitaran. yang bermula pasti akan berakhir. dan pengakhiran itu akan membawa kepada satu permulaan yang baru.


kepada sahabat dan kakak yang banyak membantu, menegur dan bersama-sama di sepanjang 11 tahun perjalanan menjadi guru di sekolah saya kini, saya ucapkan berbanyak terima kasih.


Cikgu Nor Aishah bt Shaaban, namanya sinonim dengan subjek Pendidikan Seni Visual di sekolah saya. Kerjanya yang terusan ikhlas membantu sesiapa yang meminta pertolongan memang tiada gantinya di hati saya.


semoga kak Aishah dipermudahkan segala urusan bertugas di sekolah baru, dikurniakan kecemerlangan hidup dunia akhirat dan terusan mendapat rahmat Allah sekeluarga. ameen.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...