Iklan yang sewajarnya ada ditayangkan di saluran TV di Malaysia, dengan versi kita.
updated:
Saya ada juga menonton beberapa video lain tentang iklan mengajak solat ini. Konsep, idea dan tujuan yang sangat murni. Sasaran iklan-iklan tersebut adalah menarik minat golongan muda yang sering mengabaikan solat agar kembali mengerjakan solat, tidak kira dalam keadaan apa pun.
Boleh dikatakan hampir semua iklan dihasilkan oleh Pak Arab.
Alangkah bagusnya, kalau ada iklan sebegitu rupa di Malaysia. Semua pun tahu iklan memberikan impak yang besar dalam masyarakat, ia boleh menghasilkan trend baru dan ikutan setiap lapisan masyarakat.
Sudah sampai masanya, badan-badan yang berkait dengan usaha dakwah islamiyyah seperti IKIM , YADIM dan gabungan masjid seluruh negara bersama-sama melabur membanyakkan iklan-iklan sebegini tersiar di ruang udara dan iklan di ruang maya kita pula. Tidaklah kita masih bekerja dengan cara serta pendekatan lama dan berulang.
Saya kira, selain menderma untuk membina masjid dan surau, ramai dari kita juga sanggup dan mahu juga menderma untuk kewujudan iklan sebegini rupa. Bayangkan iklan sebegini mengisi tempat di setiap blog yang ada melalui Nuffnang, Advertlets, Mangga Ads dan sebagainya. Saham akhirat kita pasti juga kita dapat.
Memanglah seolah tiada hasil boleh diraih dari iklan seperti ini, tetapi jika ia berjaya (dan saya pasti ia dapat juga memberi kesan positif), bayangkan jemaah yang akan mengerjakan solat di setiap masjid juga bertambah. Sudah pasti, tabungan di masjid juga dapat dipertingkatkan. Itu...pun kalau kita asyik nak berkira soal duitlah kan....
Idea saya ini pasti tidak dapat didengar oleh pihak yang berkenaan, tetapi jika ia dapat dipanjangkan melalui pembaca blog ini kepada yang lain, saya pasti satu hari nanti pasti ia akan mencecah ke telinga pihak yang saya maksudkan juga . InsyaAllah.
~cikgunormah@klcitizen~
