Monday, December 26, 2011

berpisah dan bertemu


Terdengar suara azan zohor di luar.

Dan dari trending tweets #AlFatihahFird saya tahu selepas zohor ini aruah akan disemadikan di kawasan Puchong. Siapa dia saudara Fird ini? Saya pun tak kenal. Tetapi yang pastinya beliau telah dipanggil berhijrah semalam.

sumber

Moga Allah mengampuni dosanya dan dosa kita semua.



Apabila membaca tweet di atas, ah, terasa betul sekali. Segala warna  silap dan pahit insan-insan yang pernah meninggalkan bekas dalam lorong yang kita lalui akan segera terpadam dan terhakis dengan berita kematian. Dan kita pasti akan teringat segala baik dan manis yang ditaburnya.

Perpisahan sentiasa membuatkan situasi melupakan ini hadir.

Saat kita tahu kita tak mungkin lagi bertemu dengan insan tersebut, segala rasa jengkel dan mual akan hilang. Dan naluri kita segera memaafkan. Harapnya begitulah.

Pertemuan setelah bertahun terpisah?








Wajah yang tertera sahaja sudah sedia termaklum. Suka, bukan?

Sempat menyelit semalam dalam reunion  pertama bekas pelajar-pelajar SMK Taman Setiawangsa, KL yang mana batch pertama sekolah ini adalah lepasan tahun 2002. Tahniah diucapkan kepada ahli jawatankuasa pelaksana  yang bertungkus lumus mengorbankan wang, masa, tenaga dan idea merealisasikan reunion ini  dan dalam masa yang sama berusaha menubuhkan Alumni SMKTSW.

mengikut aja kerenah budak-budak tersebut yang meminta kami guru-guru yang hadir untuk berposing

Berpisah, bertemu dan berpisah semula.

Resam sebuah kehidupan .


~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 25, 2011

berat berganda

Setiap hari saya membuang sampah sebanyak 470 gram. Itu secara puratanya.  Hampir setengah kilogram.

Tetapi kalau saya mempunyai ijazah PhD nanti - yang entah bila - berat sampah yang akan saya buang akan bertambah berganda-ganda. 

Dan nanti kalau saya punya banglo mewah - yang entah bila juga - berat sampah yang akan saya buang juga akan bertambah, berkadaran dengan kemewahan saya.

Ini perkara lama. Bukan benda baru, atau maklumat baru. Telah tersiar pun dalam suratkhabar.


sumber

People who don't have anything in the first place don't tend to throw anything away ~ Simon Toyne : Sanctus , page 31

Betul kan?

Kalau dah memang tak ada barang, apalah yang dapat dibuang.  Tapi bila sudah terlebih barang di rumah,  banyak sangat benda tak berguna yang perlu dibuang dari depan mata.

Tak berguna bagi saya, tapi mungkin berguna bagi orang lain.

Dah buang barang A, beli barang B pulak. Esok lusa, buang barang B, beli barang C dan D.

Sampai bila?

Selagi hayat dikandung badan. :-]

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 23, 2011

they dissolved his feet in acid

Antara buku yang paling lama saya baca. 



Dan masih tidak berjaya menghabiskan lagi. Hanya melepasi satu pertiga dari keseluruhan buku.

Kerana isinya memenatkan hati. Kejam dan zalim. Atas nama kuasa. Walau telah lama berlalu, tetap, ia memberi kesan. Kisah benar, bukan ilusi atau khayalan.

Manusia, atas nama apa, warna kulit atau kefahaman agama yang bagaimana pun, punya ciri yang sama bilamana kuasa menjadi pertaruhan. Gila kuasa bukan fatamorgana, ia realiti dalam hidup dan sejak zaman berzaman lagi , petanda dan kesannya kita boleh baca dan lihat.

The torture techniques in Baghdad were routine and varied in severity. The electric shocks could be everywhere. But sometimes they would burn people on the genitals and go on burning until they were completely burned off. They did the same with toes. They sometimes beat people with iron on the stomach or the chest . But with me, they were very careful not to leave any sign on me. I saw one man and they had used an iron on his stomach. They used drills and made holes in bones, arms and legs.

I saw an officer, Naqib Hamid, and they dissolved his feet in acid. There was another torture where they would put sulphuric acid in a tub. They would take a man and start by dissolving his hands. Once , the founder of the Dawa party, Abdul Saheb Khail, was totally dissolved. Baraq said to me: 'Have you heard about Khail - there is where we dissolved him.'

In the final stages of torture, they have a table with an electrical saw. They can saw off a hand or a foot. The majority talk. The people who have refused to talk are exceptional.

Adnan Salman, a head of the Dawa, refused to talk. He was brought in - I saw him - and by that time they had a lot of confessions by other men who had been tortured. Adnan Salman was a teacher. Adnan knew - he was prepared. He told them:'My name is Adnan Salman. I an in charge of the Dawa party and none of these people are responsible for our activities. These will be my last words to you. You will never extract a single word from me.'

They brought three doctors and told them that if Adnan died under torture they would be executed. He didn't utter a single word. Sometimes you would hear the doctors, so scared because they could not bring him back from unconciusness. I was in another torture room and could hear everything. I was in Abu Ghraib prison when I heard Adnan had been executed. He had not died under torture. ~ Dr Hussain Shahristani , doctorate in nuclear chemistry to Robert Fisk. page 190.

Kisah di atas adalah kisah kekejaman Saddam Huseein sewaktu era kegemilangannya. Tetapi , dalam dunia ini kita tahu , bukan Saddam Hussein sahaja satu-satunya pemerintah yang menggunakan kekerasan bagi memastikan negara yang aman damai seperti yang terjajah dalam fikirannya itu, ingin direalisasikannya.

Kalau kita ingat kezaliman tentera Jepun di negara kita pun tidak kurang hebatnya. Dan paling terkini ialah kezaliman tentera Amerika di penjara Abu Dhabi yang satu dunia sudah maklum dan tahu.

Kita juga tahu, agama dan iman bukan sesatunya cara mengelakkan tangan pemerintah itu bersih dari kekejaman. Bukan tidak ada ulama' besar dalam dunia Islam sendiri yang telah dipenjara dan disiksa oleh pemerintah yang beragama dan beriman.

Kuasa.

Bila mana , seseorang itu punya kuasa untuk bertindak, ada masa, matanya jadi gelap pada keadilan dan kemanusiaan.

Saya pun, .. erk..  jika diberi kuasa, tidak tentu bagaimana ya.

Salam Jumaat semua.

*ah, tinggal lagi 1 Jumaat sebelum sekolah dibuka semula*


~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 22, 2011

kena rasuk

Basah. Hujan sejak dari pagi.

Alhamdulillah. Suasana jadi dingin dan enak. 

Bertambah enak  lagilah kan bagi pelajar-pelajar yang berjaya dalam peperiksaan PMR nya . Tahniah, tahniah.  Tahniah juga buat guru-guru , terutama guru-guru Sains SMK Taman Setiawangsa, KL.







Pada yang tak berjaya? Janganlah patah hati. Ada lagi masa untuk merubah dan berubah. Cuma hendak atau tidak sahaja. 

Hari ni jom kita cerita pasal jin. 

Kenapa?

Sebab baru lepas mendengar dan menonton video tentang pengubatan manusia yang dirasuk jin. Ah, benda biasa, kan. Dah banyak didengar dan dilihat, dalam TV, dalam filem dan dalam You Tube. Tapi saya tidak pernah menonton Syeikh di UK mengubati pesakit di sana secara perubatan Islam. Jin speaking London lagi. Memang menarik dan menambah pengetahuan. Selalu exorcism atau kena rasuk di kalangan orang putih ni saya tonton filem, diubat cara gaya Kristian lah. 

Tapi yang ini bukan filem buatan, tetapi fakta. 

Dan yang bestnya, Syeikh Abu Muhammad ini sangat tawaduk orangnya dan tawakalnya pada Allah memang sangat ketara. Saya kira pengamal perubatan Islam kita pun ramai yang tawaduk, dan agaknya ini memang kriteria yang penting bagi keberkesanan sesuatu pengubatan.

Antara tips yang diberi oleh beliau mengelakkan gangguan dan rasukan jin ialah hidupkan rumah dengan ibadat, bacaan surah al-Baqarah setiap 3 hari , masuk ke rumah dengan Bismillah dan semua tips yang biasa kita dengar. Tapi cara dia menyampaikan itu, bagi saya menarik, kerana sifat tawaduknya.

sumber : pada minit 1: 31:04




Bagi yang tidak pernah terkena dan tak pernah merasa, kenalah bersyukur banyak-banyak, kerana Allah jauhkan musibah sebegini rupa.

Termasuklah saya.

Salam petang Khamis yang dingin :)

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...