Terdengar suara azan zohor di luar.
Dan dari trending tweets #AlFatihahFird saya tahu selepas zohor ini aruah akan disemadikan di kawasan Puchong. Siapa dia saudara Fird ini? Saya pun tak kenal. Tetapi yang pastinya beliau telah dipanggil berhijrah semalam.
![]() |
| sumber |
Moga Allah mengampuni dosanya dan dosa kita semua.
Apabila membaca tweet di atas, ah, terasa betul sekali. Segala warna silap dan pahit insan-insan yang pernah meninggalkan bekas dalam lorong yang kita lalui akan segera terpadam dan terhakis dengan berita kematian. Dan kita pasti akan teringat segala baik dan manis yang ditaburnya.
Perpisahan sentiasa membuatkan situasi melupakan ini hadir.
Saat kita tahu kita tak mungkin lagi bertemu dengan insan tersebut, segala rasa jengkel dan mual akan hilang. Dan naluri kita segera memaafkan. Harapnya begitulah.
Pertemuan setelah bertahun terpisah?
Wajah yang tertera sahaja sudah sedia termaklum. Suka, bukan?
Sempat menyelit semalam dalam reunion pertama bekas pelajar-pelajar SMK Taman Setiawangsa, KL yang mana batch pertama sekolah ini adalah lepasan tahun 2002. Tahniah diucapkan kepada ahli jawatankuasa pelaksana yang bertungkus lumus mengorbankan wang, masa, tenaga dan idea merealisasikan reunion ini dan dalam masa yang sama berusaha menubuhkan Alumni SMKTSW.
![]() |
| mengikut aja kerenah budak-budak tersebut yang meminta kami guru-guru yang hadir untuk berposing |
Berpisah, bertemu dan berpisah semula.
Resam sebuah kehidupan .
~cikgunormah@klcitizen~










