Wednesday, March 31, 2010

jalan yang sesat

rasa bersalah masih menebal hingga saya menapak di rumah.

nak minta maaf, tak tercari orangnya tu.
jadi saya publish kemaafan di blog yang tak ramai orang membaca ni.

"Minta maaf bebanyak ya, encik . Dulu masa baru2 memang surau tu kat bawah kat car park. Tapi, rupanya dah bertukar ke tingkat 5, sekarang ni"

memang perangai saya tak peka betul.
lepas keluar dari panggung di Pavillion, KL, perut terasa lapar.
suami masih belum keluar dari panggungnya kerana menonton cerita lain.
saya dan anak saya menonton cerita lain.
jadi kami terus ke lif, hendak ke bawah di level 1.
dalam kepala memang teringat nak makan je, la.

tengah menunggu lif, muncul seorang lelaki dan anaknya peringkat remaja, bertanya saya dimana surau .
saya kira, ini dah kali ke 3 saya berkesempatan solat di surau Pavillion,KL

sebelum lelaki itu bertanya saya, baru 2 kali lah saya bersolat di surau tersebut,
kali pertama bersama suami, rasanya surau tersebut di bahagian parking kereta.
kali kedua, dalam awal februari,
rupanya surau tersebut telah berpindah ke level 5.

tapi ,
bingungnya saya ni,
semasa lelaki itu bertanya,
saya asyik terbayang surau yang terletak di bahagian parking kereta.
saya pun dengan confidentnya memberitahu

" kat basement parking kereta"
"err... bukan kat atas ya?"
"tak, kat tempat parking kereta"

selepas makan, dapat mesej dari suami.
"nanti solat di level 5, satu level ngan panggung tadi"

alamak...
kesian orang lelaki tadi tu,
tentu menyumpah saya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 29, 2010

berdrama di toilet

orang Melayu kebanyakannya suka menonton drama di TV
apatah lagi kalau drama bersiri
kalau tak silap dulu, tahun 80an
drama bersiri Jepun memang terkenal.
Oshin.

kemudian, drama bersiri Cina.
saya pun tak ingat tajuk apa, tapi yang saya ingat drama bersiri polis.
kemudian drama bersiri Amerika Latin, rasanya,
yang agak terbaru ni, Korea dan Indonesia.
tapi, akhir-akhir ini banyak drama bersiri Melayu muncul dengan cerita-cerita cinta serta pergolakan keluarga.

sudah 2 peristiwa drama 'live' saya tonton berlaku di toilet/tandas.
amboii...
ada yang berfikiran jauh tersasar.
bukan adegan lucah.
tidak,
alhamdulillah.

agaknya sebab banyak tengok drama,
budak2 sekarang ni.
bergaduh antara kekasih pun berdrama juga, di toilet pulak tu.

kes pertama, di toilet KLCC.
ya... toilet pun yang ada kelaslah... mesti toilet KLCC.
yang perempuan menangis terjerit-jerit, yang lelaki memujuk,
perempuan buat stunt ala-ala pengsan.
yang lelaki kejut-kejut kan si pompuan. alih-alih pompuan terjaga,
berlari pulak si pompuan merajuk kononnya...
yang lelaki berlari pulak mengejarnya.

aduii..
saya yang menonton, rasa meluat.
ni semua pengaruh drama lah tu.


kes kedua,
kat toilet Pavillion KL.
kan saya kata, toilet yang ada kelas...
yang lelaki, tolak perempuan ke dinding,
saya ingat nak bercium...
rupanya, nak marah si pompuan.
si pompuan tepis tangan si lelaki, berjalan ke penjuru dinding, mengadap dinding.
lelakinya datang dari belakang, pegang tangan si pompuan,
minta maaf.
si pompuan berlari pulak ke toilet pompuan.
yang lelaki kejar pompuan tu, tapi tak boleh nak masuk toilet , berdiri kat luar toilet,
jerit-jerit kecil nama pompuan tu...

mmm....
memang drama minggu ini sungguh.
sudah-sudahlah tu.
meluat orang lain tengok.
kalau kat drama TV tu lain lah.

kalau nak bertengkar, buatlah cara profesional sikit...
camana cara profesional tu??
entah, saya tulis je...
ada cadangan kengkawan??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, March 27, 2010

tips mencari barang salah letak...

tajuk tu sebenarnya gimmick je.
saya bukannya ada tip untuk mencari barang yang dicari tak jumpa, kerana letak tempat lain, cari di tempat lain.

pernah saya parking kereta di kawasan lain, tempat open space,
tapi bila nak balik,
puas saya melilau mencari di kawasan yang lain.
hampirlah saya nak menangis dan nak buat report polis, kereta hilang.

itu bab kereta.

yang terbaru.
meletak hand bag, di tempat lain.
puas mencari, hingga saya berulang balik ke restoran mencari beg saya (sebab saya ingat, perkara akhir saya buat sebelum tersedar beg hilang ialah saya membayar bil makanan)
kemudian, saya berkejar ke balai polis membuat laporan kehilangan hand bag.
balik dari balai polis,
nak pergi mandi, mencapai tuala yang tersangkut,
elok saja hand bag tersebut terletak di celahan tuala mandi saya.

itulah akibat tabiat kurang baik saya.

jadi ini senarai sifat tak baik saya:

1
saya memang pelupa,
selalu meletak barang di satu tempat yang kononnya senang nak cari,
terutamanya barang-barang yang kecil2 seperti cermin mata
tapi,
alih-alih lupa kat mana barang tersebut diletak akhirnya.
sang suami memang selalu tak puas hati dengan sifat pelupa saya ini.


2
selalunya jumpa balik barang tu bila?
tengah solat...
dalam solat tu lah terjumpa barang yang dicari.

ini menunjukkan apa??


3
tak khusyuk dalam solatlah... tu....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, March 25, 2010

cikgu dulu-dulu lebih baik?

betulkah cikgu dulu-dulu lebih baik, cikgu-cikgu sekarang kurang baik?

saya berpendapat tidak.
kerana saya seorang guru sekarangkah, maka saya 'bias'?
entahlah.

cuma saya kira, istilah baik itu perlu diperhalusi.
baik dari segi apa?
penyampaian? teknik pengajaran? sahsiah diri? kasih?

saya yakin semua dari kita pernah mengagumi sekurang-kurangnya seorang guru dalam perjalanan hidup kita, dan pernah membenci atau kurang gemar dengan sekurang-kurangnya seorang guru.

saya pun tidak terkecuali.
ada guru saya dulu Pn Ooi, guru Matematik yang saya ingat sampai sekarang, kerana cara pengajarannya yang sangat saya minati.
dan
ada 2 orang guru Geografi saya yang saya kategorikan sebagai guru yang malas dan tiada visi semasa mengajar. itu dari segi pengajaran.

2/3 zaman saya bersekolah, saya bersekolah di sekolah perempuan sahaja.

ada guru saya yang saya kira tidak sensitif dengan perasaan dan suka memalukan pelajarnya pada zaman saya itu, yang bila saya fikirkan bukan tujuan untuk mendidik.
ada pelbagai cara boleh digunakan.
contohnya mempamerkan kerja tangan saya sendiri semasa di darjah 3 (membuat puppet dari stokin), dengan memperlekehkan hasil kerja tersebut dan di ikuti deraian ketawa rakan2.

bayangkan budak darjah 3 buat sendiri, jahit sendiri tanpa pertolongan sesiapa, kerana emak dan bapa sibuk berniaga. sedangkan puppet rakan-rakan adalah hasil kerja emak mereka.

zaman saya dulu, ada juga guru yang berpakaian seksi. kalaulah nak kata guru-guru dulu mempunyai sahsiah yang baik.

jadi, kerana pengalaman hidup saya bersama guru-guru dulu zaman 70an begitu rupa, jadi saya berpendapat tak semua guru-guru dulu-dulu lebih baik dari guru-guru sekarang.

mungkin kerana bilangan guru sekarang lebih ramai,
dan harapan ibu bapa sekarang lain dari harapan ibu bapa dulu-dulu,
makanya,
seolah-olah guru-guru sekarang nampak kurang komited seperti guru-guru dulu-dulu.
yakah?

entahlah,
pandangan masing-masing.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...