Wednesday, June 24, 2009

jawapan yang menyakitkan hati?

"cikgu!... nampak tak cikgu X? dia gi mana, eh?"


la... putus concentration.
biasalah, dalam bilik guru, tengah sedap buat kerja, tiba-tiba datang budak sekolah... tak beri salam atau apa, sergah kita ni, tanya cikgu sekian, sekian... kalau cikgu tu duduk sebelah meja kita, ke atau berjiran dekat-dekat kita ke, boleh lah juga meneka-neka..

ni, ditanyanya cikgu yang mejanya jauh betul dengan kita, dan kita memang tau yang cikgu tu jarang duduk di mejanya , mungkin kat makmal ke, bengkel ke, manalah tau dik ooii... entah2 m.c. ke, kursus ke... ada kat 50 lebih orang cikgu belah sesi pagi ni, mana saya tahu diary cikgu tu..

"mmm.. rasanya ada dalam handbag saya kut.. dia tak nak keluar..."


hahaha.. muka budak tu dah pelik. kesian pulak lah... teruk betul cikgu ni. so kena pujuk la budak ni...kang mengadu kat emak bapak dia cakap cikgu kurang ajar pulak


"la.. saya tak nampak dia, tak tahu lah pulak dia gi mana, cuba gi pejabat, tanya kakak kerani kat situ. lain kali beri salam dulu ya..nasib baik tak heart attack saya ni...
"


pening...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. hehehe..inilah masalahnye dengan budak2 sekarang..saya ada 5 anak yg sedang membesar dan 5 karektor yg berbeza..adakalanya tension juga.

    ReplyDelete
  2. memang bila bertutur kena fikir dulu kan? Masalahnya tak sempat nak fikir terkeluar ayat macam2 dulu.. :)

    ReplyDelete
  3. salam cikgu
    teringat pula masa saya sekolah dulu jugak..hehe biasala tu budak2 kalau dah panik bukan ingat apa dah

    ReplyDelete
  4. Salam cikgu...
    Sian cikgu terkejut kena sergah pelajar, kena didik mereka beri salam bila masuk bilik guru

    ReplyDelete
  5. cgu..
    mungkin ilmu yg dikaitkan dengan SOFTSKILL seharusnya mula diajar..
    hidup bukan sekadar A sahaja.
    kita fikirkan.

    ReplyDelete
  6. assalammualaikum:
    > zai: yalah, 5 orang , 5 lah perangainya
    > ummumishkah: saya ni kena pkir dulu kalau nak bertutur, selalu keluar jawapan yang mengarut
    > zharif: selalu sangat panik...bebudak ni
    > razak: mmm.. dah biasa
    > jinggo: betul

    ReplyDelete
  7. Salam...Gitulah, kekadang kalau tak dijawab lagi tu lah ditanyanya ditanyanya ditanyanya...

    ReplyDelete
  8. Murid sekarang, kadang kala tak diajar di rumah macam mana nak berkomunikasi dengan guru2 di sekolah maklumlah ibubapa sibuk...

    ReplyDelete
  9. assalammualaikum

    >aidil : betul...

    >tirana : dulu2 lain, sekarang memang lain ya...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.