Sunday, June 21, 2009

kat mana-mana sama saja...



image ni saya copy dari http://www.greatfunnypictures.com/browse.asp?cat=3&pageactive=37

tak taulah pulak kat mana kelas ni, rasanya bukan sekolah kerajaan di Malaysia, kalau sekolah swasta mungkinlah, atau kat singapore kut.. tapi bila dah nama budak-budak kan... macam-macam perangai. sama aja kat mana pun, bangsa apa pun... yang buat perangai lah kan.

Kadang-kadang perangai budak-budak ni 180 darjah berbeza dari di rumah. Ada yang buat kita tergelak, dan banyak juga yang menyakitkan hati.

Bab-bab yang menyakitkan hati ialah bila:
  • melawan cakap, bila kita tengah marah (masa cikgu marah, diam je, kecuali awak tak salah lah)
  • masuk kelas lewat, lepas tu macam kita di depan kelas ni, tunggul aja, tak ucap salam atau minta maaf
  • homework tak pernah siap
  • bersembang atau berborak masa cikgu tengah explain, lepas tu cakap tak faham apa cikgu ajar
  • cakap cikgu tak pernah ajar bab atau tajuk-tajuk tertentu, padahal dia tak datang sekolah, atau sibuk dengan latihan menari atau sebagainya. Apalah salah, jika terlepas kelas minta tolong cikgu stay back untuk terangkan pada dia... biasanya tak pernah cikgu nak menolak..
  • memanjang tak faham, padahal orang lain boleh faham ... sebab? tak buat revision, practise lagi soalan-soalan yang berkait di rumah. Setengah budak-budak ni, diorang expect bila cikgu tu ajar dan masa tu jugak boleh lekat dalam kepala dia untuk setahun tanpa diorang buat ulangkaji, itulah cikgu yang best kononnya... saya rasa minum air penawar pun kena minum banyak kali, bukan cukup sekali..
Aiii... penat jugak membebel ni. Kat kelas membebel, dalam blog pun sama... mmmm

nak gi minum kopi jap...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. salam cikgu
    biasalah tu budak2..saya ingatkan bila dah masuk u ni dapatlah juga geng2 yang masuk lagi awal dari lecturer tapi tetap sama gak macam sekolah menengah dulu.
    Yang tak tahan asyik salahkan cikgu bila dapat markah sikit tapi diri sendiri pun xbelajar camne kan

    ReplyDelete
  2. ni kat kolej ke sekolah? takkan cikgu tak nampak cara dia duduk...budak2 le ni, seme tempat sama aje...ada susah nak cakap cikgu...

    bebel la cikgu....saya pun sama - pantang awal pagi ada budak silap sikit - suhu makin tinggi matahari makin naik....( dengan budak2 je,kalau dengan cikgu - kawal la perasaannnnn ....)

    ReplyDelete
  3. zharif:

    saya pernah baca dari tulisan Rustam A. Sani tentang kenapa universiti di malaysia tidak termasuk dalam list World University Ranking 2006. Katanya

    'When our academic communities are being populated by mediocre students and hurriedly promoted professor, isn't it little wonder that our universities continue to just linger on outside the 'recognized' lists of reputable seats of higher learning in the world, both in terms of their reputation and other more substantive criteria?'
    Vox Populi (Rustam Sani's blogsite) - posted on 10/9/2006

    Diharap generasi zharif dapat melawan arus dan meletakkan nama universiti kita di atas...

    ReplyDelete
  4. kerana itu cerita budak2 hari - pendekatan kita mungkin perlu sedikit perubah.
    sebab saya amat2 yakin : mereka melakukan apa yang mereka percaya - mereka betul.
    walaupun tidak semua yang kita percaya tu betul....

    apa seterus.....
    semuga cgu dipermudahkanNYa dalam semua urusan yang dikaitkan....

    ReplyDelete
  5. sonata

    selagi tak jatuh budak tu, tak perasan lah cikgu tu agaknya... semangat mengajar kut

    cikgu sekarang pun sama ja perasaannya kan.. geram ngan bebudak yang cam ni... kalau anak sendiri dah kena ketuk kepala dah..

    ReplyDelete
  6. jinggo

    amin...sama2 lah kita..

    ReplyDelete
  7. mmg itulah berlaku hari ini, dimana-mana pun sama saja...hanya org yg penyabar jer yg boleh jadi cikgu ni rasanya..mcm teacher kan ???? hehehehe

    ReplyDelete
  8. zai

    dah dekat 17 tahun kenalah bersabar.. tapi makin tua memang lebih sabar sikit, banding masa muda2 dulu. kalau dulu temperature naik aje..

    ReplyDelete
  9. lepas minum kopi, basuh baju pulak..hehe

    biasalah, nama pun pelajar..tapi

    rasanya tak boleh nak salahkan pelajar je.

    mungkin pelajar2 skrg dipaksa utk belajar benda yg mereka tak minat?

    sebab itu jadi begitu?

    ReplyDelete
  10. basuh baju

    selamat datang

    tapi ...nama pun belajar, cuba suruh menyanyi ke, menari ke memang seronok

    tapi kalau kena BELAJAR menyanyi ngan cikgu, pitching kena betul, berlatih betul2, ada masa tak seronok jugak

    ReplyDelete
  11. Heheh...this is one of the reason lah saya buat keputusan takmo jadi cikgu. X mungkin lah saya leh handel budak-budak cengitu. Astagfirullah. Sakit jiwa dibuatnye.

    ReplyDelete
  12. Tersenyum baca bebelan cikgu, ngehehe...

    Sebab saya pun pernah jadi budak sekolah juga...
    Harap-harapnya saya takdelah buat perangai sampai cikgu saya naik angin, hehe...
    (nasib baik cikgu-cikgu dulu takde blog, kihkih)

    (^_^)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.