Thursday, June 3, 2010

Malaysia benar-benar akan muflis ke?

Isu di akhbar Jumaat lepas, 28/5. Malaysia akan muflis pada 2019.

Saya bukan ahli ekonomi, jadi saya bukan hendak menulis tentang isu tersebut dari kaca mata ahli ekonomi, bagaimana membendung atau cara mengatasinya.

Saya hendak menulis berdasarkan kerisauan seorang rakyat biasa yang sangat tidak tahunya tentang aspek ekonomi yang pelik-pelik ini.  Yang mana, saya adalah  antara salah seorang dari ribuan mungkin,  yang telah  diberi amaran oleh orang yang berkuasa dan lebih arif tentang isu tersebut.

Sebenarnya apa jadi kalau Malaysia muflis? Bagaimana saya hendak membayangkan buruknya situasi tersebut? Bila cakap pada emak saya, yang Malaysia akan muflis, dia tanya balik, habis tu, jadi apa kat kita?

Pakcik Google lah juga tempat saya bertanya.

Situasi bila Malaysia muflis

sumber

1. Matawang negara tersebut akan jatuh, dan nilainya mungkin lebih rendah dari harga kertas tersebut. Ingat duit kertas Jepun masa zaman Perang Dunia Kedua... berguni-guni duit kertas Jepun cap pisang.. tak bernilai langsung.

2. Hasil keluaran ekonomi akan merosot teruk.

3.  Sektor jual beli dan sektor perkhidmatan akan musnah.

4.  Kadar pengangguran meningkat.

5. Harga barangan import meningkat, kerana duit kita sudah tidak bernilai.

6. Bantuan kewangan dalaman tiada. (tak bolehlah buat pinjaman di bank)

7. Kualiti hidup merosot teruk. (nak gi tengok wayang, tak boleh lah....saja contoh ya)


Ada lagi?

sumber
Yang no 5, 6, 7 tu menakutkan...

5. Akan ada keadaan huru hara (tiada polis yang boleh menstabilkan huru hara atau bomba yang memadam kebakaran)

6. Masing-masing akan berbunuhan antara satu sama lain untuk makanan.

7. Negara kaya akan membeli negara kita dan menukarkan demokrasi menjadi sistem diktator.


Takutnya....


~cikgunormah@klcitizen~ 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 2, 2010

Negatif memang menarik

Apa-apa yang negatif sentiasa menarik. Dalam eksperimen di makmal untuk proses penyaduran, contohnya bila kita hendak sadur sudu besi dengan perak, sudu akan disambungkan pada punca elektrik di bahagian negatif. Logam penyadur iaitu perak (dalam kes inilah) akan disambung pada punca elektrik dibahagian positif.

Akibatnya atom-atom logam perak akan ditarik ke arah sudu besi melalui medium tertentu sebagai pengantara.

sumber
Ag = perak / silver


Pelajar selalu keliru bila melukis gambar alat radas eksperimen tersebut. Hendak letak sudu besi di bahagian positif atau negatif.

Saya akan ulang lagi, "Semua yang negatif menarik"

Dikeliling kita?

Tabii nya pun memang begitu, kan. Apa-apa yang negatif di luar sana atau di dalam sini (alam maya) memang menarik.

Contoh?

1. Berpakaian seksi menjolok mata dan hati - itu kan perkara negatif tetapi menarik, kan

2. gosip dan mengumpat- ini juga perkara negatif yang menarik

3. berdua-duaan antara bukan mahram - ini pun memang negatif yang menarik dilakukan

4. menjadi batu api - ini profesion negatif dan menarik

dan banyak lagi...lah kan.

Masing-masing pun tahu....

jadinya, selepas ini kalau anak-anak bertanya tentang proses penyaduran, dah tahu macamana hendak jawab....?


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dilema betul....

Isnin memang sentiasa blue. Yang bestnya ialah hari Rabu. Kenapa? Tidak lah saya tahu pula. Mungkin sebab tinggal lagi dua hari sebelum khamis dan jumaat. Semangat bekerja sentiasa memuncak bila datang hari Rabu.

Setiap pagi saya meletak kereta di luar pagar sekolah. Kenapa tidak parking di dalam kawasan sekolah? Kawasan meletak kereta di sekolah padat dengan kenderaan guru. Susah hendak mengeluarkan kereta waktu balik.

Isnin pagi, seperti biasa saya lambat. Keluar dari kereta menuju ke pagar, seorang pelajar lelaki Ting. 4 keluar dengan beg sekolahnya yang leper.

"Ha... nak kemana ni Faris?" tanya saya, muka saya masam kelat.  Langkah saya laju hendak mengejar punch -card yang dah beberapa hari ini asyik buat hal je bila saya nak punch kad saya.

Faris pula, pelajar Ting 4, orangnya kecil , ...... tersenyum ke arah saya.

"Jangan nak ponteng-ponteng ni. Gi beratur kat dalam." sambung saya lagi, lagak Ketua Guru Disiplin (gila kuasa pagi-pagi Isnin).


"Faris! Masuklah....." tinggi sikit suara saya. Tapi langkah saya menuju ke depan je. Tidak berhenti sedikit pun. 

"Taklah cikgu, saya tak ponteng.... Nak gi merokok kat luar tu, je, jap....Nanti sakit kepala, cikgu juga yang susah" 


Errr..... Dilema betul nak menangani masalah budak yang sudah ketagih merokok ni.....


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 1, 2010

Cerdik pada diri kita hanyalah ilusi semata...

Dulu-dulu memang tak kisah sangat dengan cerita Israel dan Palestin ini. Tetapi sejak sudah berusia ini dan sering membaca, rasa sedih masih lagi bersarang mengenang kejadian yang menimpa misi kemanusiaan ke Gaza itu.

Saya tahu ramai yang mendoakan, tetapi ramai juga yang tidak ambil pusing dengan kejadian kerana merasakan diri tidak terlibat.

Namun begitu rasa marah yang meresap dalam jiwa saya kali ini terasa penuh sungguh.

sumber- gaza child killed
Mencari-cari tentang cara mati syahid di google, (bukan apa.... terasa cemburu pula mendengar saudara kita yang terbunuh di sana. ) terjumpa saranan Ustaz Hasrizal tentang tindakan yang perlu kita lakukan terhadap Yahudi yang sentiasa dilaknat Allah ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...