Thursday, May 27, 2010

perempuan yang tidak mahu kalah

Menjadi ibu bapa di akhir zaman ini memang menduga dan menguji iman serta kesabaran. Melihat anak-anak remaja kini terutamanya yang perempuan amat merisaukan.


Selepas mengambil anak dari kelas tuisyen di Wangsa Maju, KL,
singgah di restoran mamak NZ. Sekumpulan remaja perempuan Melayu sedang makan malam bersama, ada 8-10 orang, di meja yang panjang. Di hujung kiri dan kanan meja ada 2 orang kawan lelaki mereka.


Makan bergelak ketawa hingar bingar, lumrah bagi remaja bila sudah lama tidak berjumpa. Saya faham. Tetapi pakaian yang menjolok mata, waktu selepas maghrib sangat tidak saya senangi. Baju nipis, tanpa inner, sengaja menayang baju dalam, mungkin berjenama mahal memang tidak patut rasanya. Ada pula yang hanya memakai baju sekerat menutupi buah dada dan berseluar panjang, dan rambut yang panjang mengurai sahaja menutupi bahu yang bertelanjang.


Manalah tidak pakcik, abang dan adik lelaki yang berada di sekitar merasa ghairah , kan. Jadi , janganlah hendak menyalah lelaki yang tidak kuat iman, mengusik dan memandang sampai hendak terkeluar biji mata.


Selepas makan, pakat ramai-ramai pula merokok, asap berkepul-kepul menghiasi gelap malam. Yang peliknya, kawan lelaki di hujung kedua belah meja, sedikit pun tidak menyentuh rokok, tetapi yang perempuannya pula yang melebih menghembus asap rokok ke sana ke mari.


Kalau lah saya ibu mereka, sedih juga melihat. Tetapi, zaman sekarang ini tidak boleh nak kata juga, kekadang ibu dan anak perempuan berkongsi kotak rokok atau batang rokok yang sama, kan.

Merokok atau tidak, itu terpulang. Aruah nenek saya dulu pun merokok juga. Dan saya tidak pernah merasa meluat melihat beliau merokok setiap kali. Tetapi, perlakuan yang menyakitkan mata di kalangan remaja ini menghilangkan rasa tidak mengapa dalam diri saya terhadap perokok di kalangan orang perempuan ini.


Maaflah nak cakap ya. Tak manis rasanya merokok sebegitu di khalayak ramai. Kita masih wanita Melayu Muslim yang pada perkiraan saya punya lebih nilai hidup peribadi yang patut kita tonjolkan.



~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 comments:

  1. saya tak pernah nampak..dan tak teringin nak nampak pun...

    ReplyDelete
  2. memang dunia sekarang menyedihkan.

    kita sebagai cikgu boleh buat apa ye? nak sentuh sikit masuk paper.

    p/s : dah emel

    ReplyDelete
  3. @iqbalsyarie
    alhamdulillah iqbal terpelihara...moga berkekalan

    ReplyDelete
  4. @n@m@n

    terima kasih banyak naman.. ilmu yang dikongsi tersebut dah diguna pakai pun

    ReplyDelete
  5. dah makin teruk nampaknya, beza perempuan kat Jepun, tak adalah buat perangai yang teruk macam tu, semua sopan je. Huh.

    ReplyDelete
  6. salam cikgu...

    mudah2an Allah pelihara anak2 perempuan kita drpd terjerumus ke kancah demikian... takut sangat .

    ReplyDelete
  7. persekitaran kita sudah tidak selamat lagi. Mula dengan merokok kemudian mengandung.

    sukar utk menyalahkan ibubapa saja kerana banyak faktor menjadi sebab pada kerosakan akhlak para remaja kita kini.

    di k.trg pun sudah ada suasana ini.... kuala lumpur apa lagi.

    ReplyDelete
  8. Salam..

    Semalam ketika tgh berjogging terlihat seorang sedang duduk merokok, saya ingatkan lelaki rupanya perempuan..

    Kelakuan sesetengah manusia semakin parah

    ReplyDelete
  9. kalau sy terjumpa, nak gak sy belikan mereka sekotak lg rokok kerana sy tak hisap rokok...pas tue sy cakap " dik, jgn hisap je..rugi abg beli mahal2..telan la sekali" huhuhuhhu..nak tunggu jawapan mrk....

    ReplyDelete
  10. cikgu, kenapa apa yang cikgu gambarkan ini biasa kita tengok?

    suami saya pernah tegur seorang anak gadis yang tak butangkan baju sampai atas, sengaja dibuka supaya nampak lurah dendam

    dia tanya - apa tujuan awak tak butang tu?

    selamaber je...tak semua org ada keberanian mcm ni

    silap hari bulan kena saman menjatuhkan aib orang.

    ReplyDelete
  11. ...satu reaiti yang amat pedih untuk kita telan...
    Na'uzubillah

    ReplyDelete
  12. Perkara yg paling mudah menyalahkan ibu bapa , tapi mungkin ramai lagi yang terlibat sehingga menjadi sebegini..

    ReplyDelete
  13. @fareast
    oo ya ke fais... baik betul orang jepun bole buat menantu

    ReplyDelete
  14. @abu muaz
    lama-lama berjangkit lah tu... ini penyakit berjangkit

    ReplyDelete
  15. @sahromnasrudinbudak macam ni, rasanya kebal ngan sindiran

    ReplyDelete
  16. @Kujieitulah kujie
    budak2 sekarang, berfikiran sentiasa di luar kotak

    ReplyDelete
  17. @endiemya... entah2 kita pun ada saham dalam keadaan seperti ini...nauzubillah

    ReplyDelete
  18. menegur ada macam2 cara dan sha rasa cara akak nieh salah satu dari yang terbaik. Alhamdulillah:)

    ReplyDelete
  19. Salam cikgu..

    Buruk benau perempuan merokok..tapi oleh kerana sekarang ni punya stylo tersendiri gamaknya..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.