Monday, October 4, 2010

Positif dalam fikiran dan tindakan




Beberapa hari ini nanti, blog ini akan terabai buat seketika, begitu juga dengan twitter saya. Ada hal penting dan besar yang perlu dilaksanakan dan memerlukan perhatian penuh dari saya, sehinggalah minggu hadapan.

Hari Ahad malam, sempat menghadiri majlis kenduri perkahwinan sepupu suami saya di Hotel Sunway. Alhamdulillah, rezekinya murah, dikurniakan Allah suami yang mampu melaksanakan kenduri kahwin di hotel bertaraf lima bintang. Apa lagi, pucuk dicita ulam mendatang, teringin juga hendak merasa suasana berkenduri ala-ala orang berduit ni, kan.

Saya cuba untuk berlagak biasa seperti orang kampung tetapi bila dikelilingi oleh ramai manusia yang bergaya dan berjenama hias bagai, aii.... terasalah juga betapa tak berduitnya saya. Itulah,  bila asyik memandang bintang di langit, tidak terasa indahnya rumput di kaki sendiri, kan. Padahal, sebenarnya hidup sendiri pun sudah cukup serba serbinya.


majlis perkahwinan 5 bintang

tetamu yang berbintang-bintang ~ biras saya dan saya
Sebagai tetamu, semuanya indah dan sedap. Yalah... orang sudi menjemput, takkanlah hendak mengata majlis orang pulak kan. Tak baik macam tu. Nanti orang kata , macam tidak mengenang budi , ibarat melepaskan anjing tersepit.

Saya rasa entri saya kali ini banyak menggunakan peribahasa aras sekolah rendah, kan. Kalau dalam peperiksaan Bahasa, penggunaan peribahasa yang diselitkan dalam karangan akan memberi markah bonus yang banyak pada pelajar, kan... Jadi, anak-anak murid yang membaca entri ini sila jangan ikut ya. Dan jangan lupa... esok dah mula PMR, kan.

Selamat menjawab peperiksaan bagi semua yang akan  mengambilnya, doa banyak-banyak agar tenang dan dipermudahkan. Ishhh.....hati saya yang berdegup kencang rasanya......

Apa pun, sebelum mengakhiri entri tidak bermotif saya kali ini, saya mengucapkan syukur kerana Allah memberi saya ruang dan peluang lagi sekali menziarah sahabat maya iaitu Maiyah di rumah terbukanya. pergi pun setahun sekali kan, maiyah...

Mengenal beliau, banyak mengajar saya erti ketabahan dan berpandangan positif dalam hidup. Tak percaya, ziarahlah blog beliau di sini

maiyah dan saya
Apa pun yang berlaku, cubalah kita sentiasa menyisipkan positif dalam fikiran dan tindakan. Sukar, memang... siapa kata mudah tetapi ia tidak mustahil.

~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, October 3, 2010

kenangan

Entri kenangan ini, sekadar ingin berkongsi rasa bahagia punya kenalan lama dan baru. Sambutan hari raya di sekolah dan disambung dengan berjumpa rakan blog, Zai di rumah kakaknya.

Sila abaikan bilik guru kami yang bersepah....


hasniza dan fadzillah

guru baru - liza

norma, hafsah, faizah dan Puan Azizah

Pn Sabiah, zuriana, suraya dan  norlida

kak pah, zafinas dan kak wan

norwati dan ruzita

kak midah dan saya

pn kathijah

kak roslina - gambar blur lah wei...

rakan blog , zai dan saya...
~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, October 2, 2010

LANTANG....






Hari ini saya ingin berkongsi sedikit petikan dari majalah I bilangan 95, Sept 2010, dalam artikelnya 'Mengapa Yvonne Ridley Memakai Tudung?'

Kenal siapa Yvonne Ridley?
British-born, award-winning journalist Yvonne Ridley is well known in the Muslim world for her outspoken views and defence of Islam. She endeared herself to the Muslim community in Britain when she reverted to Islam 30 months after making international headlines when she was captured by the Taleban on an undercover assignment in Afghanistan. She was a senior reporter of the Sunday Express at the time, having spent nearly 10 years in Fleet Street working for several prestige titles including The Sunday Times, The Observer, Daily Mirror and Independent on Sunday..
-->
BiographyYvonne Ridley, Former Taliban Captive, Convert to Islam - Friday, 01 October 2010 © Yvonne Ridley, Former Taliban Captive, Convert to Islam

Yvonne Ridley dari awal sebelum islamnya lagi, memang merupakan antara wartawan wanita yang bersuara lantang dalam penulisannya. Artikel terbarunya tentang Dr Aafia Siddiqui, seorang saintis Pakistan yang ditahan tanpa sah sehingga kini oleh pihak FBI, USA menambahkan rasa amarah saya pada pihak USA.... Dr. Aafia Siddiqui - a victim of U.S. aggression against Muslims

Sebahagian artikel dari majalah I tentang prinsip Yvonne Ridley:

Sudah bertahun-tahun saya menjadi seorang yang memperjuangkan hak wanita atau feminis. Bahkan sehingga ke saat ini saya masih feminis Muslim yang berjuang untuk kepentingan kaum wanita. Bezanya adalah, wanita feminis Muslim adalah jauh lebih radikal berbanding rakan feminisnya yang sekular. Sebagai bukti perjuangan wanita di Afghanistan, mereka benci sebarang pertandingan kecantikan dan berusaha keras untuk tidak gembira semasa melihat Miss Afghanistan yang memakai pakaian mandi.

Saya telah kembali ke Afghanistan beberapa kali dan saya boleh katakan bahawa tidak ada wanita yang berkerjaya yang bangkit dari reruntuhan di sana. Wanita Muslimah Afghan berharap kepada saya agar Barat tidak terlalu prejudis dengan bhurka yang mereka pakai.



"Jangan perjuangkan kami untuk menjadi wanita kerjaya, tapi carikan pekerjaan buat suami kami. Tunjukkan bahawa kami boleh mengirim anak-anak kami ke sekolah secara aman tanpa takut diculik. Berikan kami keamanan dan makanan di meja makan," demikian kata seorang wanita Muslimah Afghanistan kepada saya- "- Yvonne Ridley


Katanya lagi...

I used to look at veiled women as quiet, oppressed creatures and now I look at them as multi-skilled, multi-talented, resilient women whose brand of sisterhood makes Western feminism pale into insignificance. My views changed after the truly terrifying experience of being arrested by the Taleban for sneaking into Afghanistan in September 2001 wearing the bhurka. How I Came to Love the Veil Yvonne Ridley, Former Taliban Captive, Convert to Islam - Friday, 01 October 2010 © Yvonne Ridley, Former Taliban Captive, Convert to Islam


Penindasan terhadap wanita di negara Pakistan, Afrika, Arab malah di Malaysia sendiri sebenarnya tidak langsung berkait dengan agama Islam. Kita faham itu, tetapi masyarakat Barat memberi konotasi yang sangat jauh menyimpang terhadap amalan-amalan kahwin paksa, kahwin bawah umur dan sebagainya dan mengaitkan ia dengan ritual agama Islam.


Walau pun banyak usaha dan pernyataan yang dibuat oleh bijak pandai dan pendakwah Muslim tentang perkara ini, tetapi, disebabkan adat serta tradisi yang masih berterusan, kenyataan dan keindahan Islam masih tersembunyi kemilaunya.


Saya berdoa agar kelantangan saudara seagama Yvonne Ridley dalam mengetengahkan segala  yang hak akan terusan diberi kekuatan oleh Allah.


Walau pun dek sebab kelantangan beliau itu, pernah mengguris hati penyanyi nasyid British terkenal Sami Yusuf satu waktu dulu,  saya yakin dan percaya kecintaannya pada Islam yang memberikan beliau keberanian untuk terus berjuang dalam penulisannya.


*dari kecil dulu teringin jadi wartawan seperti Yvonne, tapi tinggal jadi angan-angan saja dalam mimpi



~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 1, 2010

menjadi biasa

Dalam dunia internet apa sahaja yang ingin dilihat, boleh sahaja. Segala yang ganas, manis, pahit, sadis, porno dah tahyul .... sebut sahaja apanya yang tergerak di benak dan ingin dijamah dengan pandangan mata, semuanya di hujung jari.

Bila masa dan  di mana sahaja, asal ada liputan, asakan pandangan boleh sahaja dilakukan.  Yang luar biasa dulunya kini jadi biasa. Yang sadis dan mengerikan dulu pun kini jadi biasa. 

10 tahun atau 20 tahun dulu tergamakkah kita melihat insan mati dikerat badannya, kaki atau kepalanya hilang entah ke mana, atau melihat otaknya sudah berterabur bak jelly yang dihenyak anak kecil? Tidak pernah pun terbayang begitu, kan.

Namun kini, buka sahaja kotak email, terkadang sehingga dua tiga gambar sedemikian rupa terpampang, dikongsi dan disebar luaskan. 

Tujuan?

Ingin menimbulkan kesedaran serta keinsafan. Namun secara tidak kita sedar, sebenarnya asakan pandangan sedemikian rupa bisa menumpulkan rasa di hati. Melihat berpuluh gambar, malah beratus gambar sedemikian mendatangkan rasa kebas dalam jiwa. Ah... biasalah, kalau dah nama mati accident, atau, kesian ya, budak-budak ni di medan perang, tapi yalah itu memang  kesan perang. Itulah yang akan terlintas dalam benak fikir kita.

Tertarik dengan luahan Ustaz Hasrizal dengan teori Schadenfreude nya, iaitu pembiusan jiwa terhadap penderitaan insan lain.

Jangan tertipu dengan fungsi foto.


Pendedahan yang asalnya bermaksud mahu mencetuskan kesedaran, berubah menjadi pembiusan jiwa yang mematikan sensitiviti.


Adakah anda membaca berita dengan hanya menatap slide BERITA BERGAMBAR? Anda sentiasa tertarik pada imej darah, kecederaan, kesakitan, penderaan, pembunuhan dan kematian? Adakah anda mendapat tabiat suka menghantar gambar-gambar sadistik itu melalui emel ke kenalan dan bukan kenalan? Adakah ada mempunyai tabiat gemar mengedit gambar-gambar anak Palestin yang cedera parah dan terbunuh, lalu menghasilkan poster tanpa disuruh?


Tanyalah kepada diri.


Pada usia 35 tahun, saya menganalisa diri, sejauh manakah kemudahan liputan dan foto kekejaman peperangan di Palestin, kemalangan di jalanraya Malaysia, menambah TINDAKAN saya seperti yang sepatutnya.


Atau segala-galanya berubah menjadi BIASA? - ustaz hasrizal


Membuatkan saya terfikir dan berfikir....



~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...