Friday, December 16, 2011

nak 'happy'

Saya nak happy hari ini.

Satu pernyataan yang bukan saya sahaja yang inginkan, tetapi semua dari kita yang merangkak, berjalan dan berlari di atas muka bumi ini juga mahu. Kalau boleh hendak happy bukan hari ini sahaja, tetapi hari-hari dan hingga ke hari terakhir kita nanti pun, kita pejam mata dengan senyuman di bibir, happy untuk berhijrah ke alam sana.

Bukan begitu?

:)

A truly happy person is one who can enjoy the scenery while on a detour.  ~ Unknown


Kalau hendak happy, meh , kita ikut cara ini.




  1. Bangun pagi, lepas termenung sini sana, perkara pertama di bilik air yang perlu kita buat  ialah pandang cermin dan senyum pada diri sendiri. Berapa kali agaknya kita senyum pada diri sendiri dan kita lihat senyuman kita itu balik? Walhal, senyum itu sendiri ialah sedekah, dan kita jarang menyedekahkan sesuatu untuk diri kita. 

  2. Buat orang lain happy. Ini bukan rahsia. Apa yang kita mahu terjadi pada kita, kita perlu lakukan terlebih dahulu pada orang lain. Ayat..."Saya hanya hormat orang yang hormat saya " tak boleh di guna pakai lagi dah. Itu dah out of  trend. Hormat orang lain, insyaAllah kalau dia tak hormat kita balik pun, orang lain berganda-ganda akan hormat kita. Jadi, bagi orang lain happy  bila berada di sekeliling kita, insyaAllah kita akan happy juga.

  3. Membuat pilihan yang betul dalam bahan bacaan dan bahan yang ditonton. Kalau nak happy tapi dok baca novel sedih atau berita-berita sedih, seperti isteri terjun lombong sebab suami main kayu tiga, isteri muda dan isteri tua bersaing pakai spek mata paling besar, saya pasti ia sedikit pun tidak akan membantu aras happy  anda meningkat. Sebab itu saya , sehingga kini jarang sangat menonton drama Melayu dan tidak ingin langsung menonton filem Ombak Rindu. Kerana, cerita sedih boleh membuatkan saya dalam bersedihan berminggu-minggu. Parah dan payah. Dan saya juga tidak suka filem yang menggambarkan wanita baik serta beragama itu naif serta lemah dan dari kampung. Ish... saya baik (*masuk bakul angkat sendiri*) dan beragama , jadi ada kena mengena tak dengan naif dan lemah?

  4. Mendengar kata-kata/ ceramah motivasi. Ini penting. Sebab, bila hati kita tidak di isi dengan perasaan sedih, ia akan jadi lompong. Dan akan diisi dengan perkara lain pula, dengki dan iri hati, itu pasti akan cuba menghinggap. Saya sarankan ceramah-ceramah pendek Dr Muhaya (di sini) atau penceramah sesiapa sahaja. Saya memang peminat tegar Dr Muhaya, jadi kerana itu saya mencadangkan mendengar kata-kata beliau.

  5. Akhir sekali, seperti biasa, tiada jalan lain , kecuali minta pada Allah, bersungguh-sungguh. Sebenarnya, segala kuasa itu bukan pada no 1, 2, 3 atau 4. Itu cuma ikhtiar kita sahaja. Yang membenarkan semua itu menjadi dan berkesan ialah Allah jua.
Selamat berhappy  di hari Jumaat penuh berkat ini kawan-kawan. Moga tenang itu menjadi milik semua insyaAllah.

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 15, 2011

tak perlulah kita berkawan lagi...

Kalau semasa di FRU Sungai Senam dahulu (bila tu ya), sekitar tahun 70an , kawan-kawan sepermainan adalah anak-anak rakan-rakan emak dan aruah abah. Duduk di kawasan flet polis, memang seronok waktu itu. Terlebih lagi kalau waktu cuti sekolah begini.

Main. Main. Main.

Main masak-masak, polis sentri, galah panjang, konda kondi, teng teng, main cikgu-cikgu, kawin-kawin... dan macam-macam jenis permainan lah yang dimainkan.

Bergaduh, nombor satu. Tengok kawan lain bergaduh pun best jugak. 

Lepas bergaduh? Tak kawan lah. Lepas tu cari geng yang tak kawan juga dengan 'kawan yang dah jadi tak kawan tu'. Hahaha.

Kalau istilah sekarang kita panggil, Unfriend.

Saya ni barulah tahu, padahal benda yang hendak ditulis ini sudah berrmula sejak 2 tahun lepas di Amerika, bumi kelahiran Facebook. Kebanyakan dari kita kini punya akaun Facebook serta punya beratus kenalan di dalamnya.

Dan menjadi trend di sana sekarang, setiap 17 November, mereka menjalankan misi Unfriend kenalan di Facebook.

Kenapa ya?

Kerana pengasas hari Unfriend Day ini merasakan kenalan yang melebihi 150 orang adalah rakan-rakan palsu (fake friends).

sumber

Mereka ingin kembali kepada nilai persahabatan yang asli semula.

Bukannya persahabatan yang terbina kerana terpaksa, contohnya.... mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada rakan FB yang kita sendiri pun tak ingat pada dia, dan dia pun tak pernah ingat pada kita atau terpaksa melihat segala foto-foto aksi gediknya yang dimuat naik setiap kali dalam feed  FB kita.

Semua yang punya akaun FB pasti ada pengalaman sebegitu kan.

Bagaimana meletakkan kriteria untuk Unfriend ?  Ada poin dan kriteria yang boleh menjadi panduan , jika melebihi 50 poin , seeloknya anda Unfriend lah rakan tersebut.



Ha?

Bagaimana?

Terpulang. Terpulang pada niat dan kehendak kita bila menerima permintaan rakan baru dalam senarai rakan di FB. Friend atau Unfriend, itu semua pilihan masing-masing.

Tapi , rupanya ada juga kes membakar rumah rakan FB nya setelah dia di Unfriend. Jangan tak tahu .. :) Di sini .

Dengar lagu tema Unfriend Day ini. Best gak. Lawak.




Hujan lagikah petang ini ?

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, December 14, 2011

seksi dan seksisme

Diskriminasi.

Perlakuan membeza-bezakan dalam sesuatu hal. Ini antara maksud yang diberi di laman web DBP.

Seksisme?

Sikap diskriminasi yang berdasarkan jantina, terutamanya sikap memandang rendah terhadap kaum wanita  (oleh kaum lelaki).

Kaum lelaki kita mengamalkan seksisme ke? Ada. Bukan lelaki kita sahaja, lelaki lain pun lebih kurang sama sahaja. Kerana itu rasanya, Syeikh Imam Khalid Latif memberi ceramah di bawah, bertajuk "Its tough being  a girl ". 


Hijab is important for Men and Women . Most of us as MEN are only identified as being Muslim because we're walking next to a woman who is wearing a headscarve. Most of us MEN don't even realise what are our hijab actually entails , we don't even know how to dress. Half of us when we are praying, our pants are falling of over our backside, and every time we go into ruku' and sujud, u can see everything. For most jurisdical opinion ur prayer is not even valid ~ Imam Khalid Latif 

Seksisme waktu bila?

Saya kira, ia sangat ketara dalam soal agama. Saya bukan ahli agama. Jadi mungkin tulisan saya ini silap dan salah. Kalau ada tegurlah saya secara hikmah ya. 

Kenapa saya kata begitu?

Cuba baca sedikit tulisan di bawah yang saya kira antara contoh terbaik, dan sekarang ini kerap dikongsi dalam laman sosial.

Seorang lelaki NON MUSLIM datang ke Malaysia untuk bercuti, kebetulan pada hari tersebut merupakan hari agama baginya, dia pun pergilah mencari GEREJA berdekatan tetapi tidak diketemui. Akhirnya beliau bertanya kepada seorang wanita. 
"Saudaraku, dimana Gereja yang terdekat?".. Kemudian wanita itu menjawab 
"Maaf, saya ISLAM.." Selepas itu, si kafir berkata 
"Oooo.. Saya ingat kamu adalah sebahagian dari kami (golongan kafir) sebab biasanya seorang wanita ISLAM akan pakai penutup kepala (jilbab)... Maaf2, saya tadi tidak dapat MEMBEZAKAN awak ISLAM atau Kristian.

Artikel itu seolah menyamakan wanita tidak berhijab dengan golongan bukan Islam. Bukankah ini diskriminasi.

Bagaimana pula dengan lelaki yang tidak menjaga auratnya sendiri? Kebanyakan kita hanya tutup sebelah mata melihat rakan taulannya bermain sukan memakai seluar pendek menampakkan lutut, atau membiarkan sahaja lelaki Muslim kita merenung dan bersiul ke arah  wanita-wanita Muslim walau pun wanita itu berjilbab tanpa rasa meluat. Ah, budak muda. Itu alasan kita.

Saya bukan mempertikaikan atau membenarkan wanita membuka aurat. Ini tuntutan dalam Islam, tiada kompromi, tetapi jangan lupa, tuntutan ini juga dikenakan ke atas lelaki Muslim terlebih dahulu.

Kita asyik meminta wanita kita menutup aurat, tetapi lelaki kita sendiri melayani wanita di sekelilingnya seperti wanita berkasta rendah. Mempersoalkan kenapa wanita sekian sekian tidak menutup aurat tetapi diri sendiri pun masih punya mata liar dan nafsu menjalar tidak terjaga.

Sebenarnya wanita adalah pakaian kepada kaum lelaki. Bagaimana wanita Muslim itu kelihatan sekarang, sebenarnya ia mencerminkan imej diri kaum lelaki Muslim. Jika kasar penampilan wanita Muslim itu, ini kerana lelaki Muslim, bapa, abang, saudara mara dan rakan-rakan lelaki itu melayan mereka dengan kasar. 
Tak perlu dipersoalkan..wanita yang berhijab, yang baru memakai hijab terutamanya adalah mereka yang sedang 'berubah'... they want to become better..a better person, a better Muslimah... very clear.... namun dalam masa yang sama, tidak pula harus didiskriminasi mereka yang tidak memakainya...that has to be clear too. Ianya pilihan individu..hormatilah mereka yang berhijab dan doakanlah mereka yang belum akan nampak kecantikan dan 'nilai' sebenar hijab yang sebenarnya mengangkat martabat seorang wanita. ~ sumber

Berlemah lembutlah dengan wanita di sekeliling kamu. Bukan begitu pesanan Rasulullah?  Bukan mendidik namanya jika sentiasa menyindir dan memerli walau dengan tujuan yang baik. Wanita suka di puji, betul, jadi, gunakan itu sebagai senjata dalam menambat hati dan membetulkan.

Doa saya bagi semua agar kita sentiasa dalam redhaNya.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 13, 2011

tak kira, nak berseronok jugak ...

Normah, petang ni free tak?

InsyaAllah, tak ada kerja apa.  Kenapa?

Temankan kak Ah, bawak emak ke KLCC.

Kenapa kena berteman?

Ha, sebab emak mertua saya tak larat hendak berjalan lama, perlu berkerusi roda. Dan kalau membawa emak mertua ke shopping mall memang tak boleh berseorangan. Agak payah, dengan hendak mencari parking dan menguruskan kerusi roda tersebut. :)

Bukan selalu.

Sekali-sekala sahaja. Mencari barang keperluan emak mertua dan mencuci mata. Yalah, terperuk di rumah pun kesian juga, kan. 

Lagi pun, satu cara hendak mencari pahala ialah pergi ke pasaraya. Dapat mengikut sunnah Nabi.

Hahaha. 

Apa yang cikgu merepek ni , cikgu? *skrip rekaan*

Ish, saya tak merepek lah. Sebenarnya saya pun baru tahu tentang sunnah Nabi ke pasaraya atau ke pasar ni.

Baginda Rasul rupanya orang pertama mendirikan pasar bagi orang Islam, kerana tidak setuju dan tidak berpuas hati dengan pasar yang ada waktu itu yang didominasi oleh kaum Yahudi dan dipenuhi dengan penipuan dalam urusan jual beli.

Dan ada beberapa cara bagi kita untuk mendapat pahala berganda-ganda di pasaraya. Cuba tengok video ini.




Pasar umat Islam adalah seperti tempat beribadah... wah !


Jadi, apa lagi?

Jom ... berseronok ke shopping mall tanpa rasa bersalah. Yahooooooo!!


~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...