Sunday, June 13, 2010

Yang tidak berkenan di majlis kenduri...






Musim kenduri kendara.

Apa yang saya tidak gemar semasa menghadiri kenduri kahwin?

  • semasa beratur hendak mengambil lauk (sekarang kan kenduri banyak yang ala-ala buffet) , ada orang-orang yang tidak mahu beratur. Mencelah masuk sahaja. Mentang-mentanglah gelang tangan dia berurat-urat di pergelangan, beraturlah sikit, saya pun lapar juga.
  • memilih lauk ayam berjam-jam (okay ini menipu je... bukan berejam... tapi memang lamalah) , kejap ambik ayam, letak balik, pilih yang lain lagi, ambik... letak balik... (makcik... ini bukan pasar tani ya... ambik je la... tak cukup nanti, beraturlah balik, ambik yang lain)
  • tempat duduk tak cukup, orang yang dah habis makan buat tak nampak.... saya tahulah dah lama tak jumpa kaum kerabat, tetapi lepas makan ajaklah mereka ke tempat lain untuk bersembang bagai...
Tapi apa pun... saya sebenarnya suka menghadiri kenduri kawin. Dapat lihat pelbagai ragam dan selalu dapat berjumpa dengan ramai kenalan.

SELAMAT PENGANTIN BARU untuk yang akan dan baru menyambutnya.
*khas untuk Suhaili dan suami.... nampak cantik bertema merah putih.


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fakta Menarik

Giant Book of Cool Stuff

Ada macam-macam dalam buku in rupanya. Selama ini dok terperuk dalam almari. Terjumpa dan membelek-belek bahagian fakta-fakta menarik:

  • Kuantiti air yang ada di dunia sekarang ini sama seperti 4.3 billion tahun dahulu  (jangan tanya macam mana diorang ni tahu)
  • 80% dari mangsa yang disambar kilat adalah lelaki (jadi waktu kilat sabung menyabung, pastikan anda jauh dari lelaki)
  • Logam yang paling banyak dalam dunia ini ialah aluminium
  • Mengunyah chewing gum boleh mengelakkan mata berair semasa menghiris bawang. (kena cuba yang ini)
  • Makanan bertin mula diperkenalkan pada tahun 1813, tetapi alat pembuka tin hanya diperkenalkan pada tahun 1870. (jadi sebelum itu, buka  tin pakai apa ya?)
  • Kebanyakan lipstik mengandungi sisik ikan.
  • Kebanyakan lembu akan menghasilkan susu lembu yang lebih banyak semasa mendengar musik.
  • Hujan mengandungi Vitamin B12.
  • Lelaki berpeluh 40% lebih dari wanita.

Ada banyak lagi. Saya kongsikan di lain kali.

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, June 12, 2010

10 perkara patut kita tahu tentang lelaki...

sumber

10.  Lelaki lebih emosional

Ha... tak sangka. Rupanya budak lelaki lebih sensitif perasaannya berbanding budak perempuan. Lelaki dewasa juga didapati mempunyai tahap emosi lebih sedikit dari perempuan, tetapi lelaki lebih cepat mengawal emosi dan menunjukkan muka tak kisah..

Jadi, kalau anak-anak kita masih kecil, kena tengok-tengok sikit anak lelaki kita ni. 


9. Kurang daya tahan menghadapi kesunyian 

Lelaki berusia kurang daya tahan terhadap kesunyian berbanding wanita. Lelaki yang mempunyai perkahwinan yang stabil didapati lebih sihat, kurang resah dan lebih panjang umur.


8. Lebih bersifat penyelesai dalam masalah

Dalam menghadapi sebarang masalah, lelaki dilihat cuba mencari penyelesaian berbanding memikir dari sudut perasaan. 


7. Lelaki memang cenderung memerhati wanita seksi

Ini disebabkan hormon testosteronnya yang lebih 6 kali dari dalam wanita, memang sifat lelaki seperti radar apabila melihat wanita seksi. Walau bagai manapun, kita (orang perempuan) janganlah khuatir sangat ya, sebab biasanya mereka akan lupa dengan perempuan seksi tersebut.

Tapi, apa pun, perkara yang luar biasa  mungkin juga berlaku!! So hati-hati.


6. Bersifat mempertahan

Lelaki akan cuba mempertahan apa yang dirasakan miliknya. Dan jika tercabar, memang mereka cenderung untuk bertindak kasar atau ganas.


5. Menjadi boss

Memang menjadi sifat lelaki untuk menjadi boss di mana sahaja. Walau bagai mana pun, hirarki dalam organisasi kerja biasanya dapat menghalang kawlan hormon testoteron ini. Jadi... di rumahlah tempatnya lelaki berpeluang menjadi boss sepenuhnya. (kecualilah ada queen control yang punya hormon testeosteron lebih dari suaminya)


4. Lelaki matang bersaing secara sihat

Kajian menunjukkan, lelaki muda yang tinggi kandungan testosteronnya lebih cenderung bersaing dari segi fizikal satu lawan satu, tetapi semakin berusia, persaingan lebih melibatkan persaingan antara kumpulan.


3. Lebih bersifat ke'ibu'an semasa isterinya mengandung

Lelaki yang isterinya mengandung didapati mempunyai tahap testosteron yang lebih rendah dan tahap prolaktin yang lebih tinggi. Kajian menunjukkan pada waktu isteri mengandung biasanya lelaki lebih bekerjasama. Dicadangkan bahawa feromon (sejenis hormon juga) dari ibu yang mengandung yang memungkinkan sebab ini.


2. Bapa yang bermain dengan anak

Anak-anak yang kerap bermain dengan bapanya didapati dapat belajar lebih baik, lebih yakin dan dapat menghadapi realiti hidup lebih baik.


1. Curang

60% lelaki adalah setia pada pasangannya dan perkahwinan mereka bahagia. Kajian menunjukkan kecurangan biasanya berlaku bagi lelaki yang berumur 30 tahun ke bawah. (kajian ini di Barat sana... mungkin kurang sesuai di sini)


Boleh baca lebih lanjut di bawah.

Sumber : livescience
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kita ni pun tak tentu..

Makan malam di kedai mamak lagi. Sambil menunggu makanan, singgah ke kedai buku kepunyaan mamak tersebut.


Ternampak buku edisi terhad Mastika, bertajuk Insaf! Terus saya beli. Okaylah juga.

Ada pengalaman beberapa insan terkenal yang telah menemui jalan pulang, diberi kesempatan oleh Allah untuk bertaubat.

Salah seorangnya ialah Datuk Malek Noor, bertajuk, Syukur... saya masih Islam. Alhamdulillah. Sebelum ini banyak juga mendengar cerita yang tidak baik tentang beliau. Rupanya kini beliau sudah berada di Malaysia semula dan berusaha memperbaiki diri.

Kita ni pun tak tentu, kan. Iman bukan boleh diwarisi atau dijual beli. Hendaknya  janganlah kita jadi seperti Barshisha, lelaki zuhud yang punyai ribuan anak murid, tetapi di akhir hidupnya beliau sujud kepada syaitan yang memperdayanya. Nauzubillah...

~cikgunormah@klcitizen~
 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...