Some times when Muslims drink alcohol its not because always they are bad Muslims, but some times they don't have people to talk to about why their life is tough.
When some Muslims turn to drugs, they turn to sexuality, they turn to all kind of things that if we were to see those who did this, we would sure turn our nose against them but sometimes because they just don't feel good inside and we are not helping them make themselves feel better. Why Me, ALLAH? dari minit 0:34:00
People go through things. Everybodys' reality is different.
Jika seorang wanita tanpa hijab datang menceritakan kisahnya kepada anda, tentang bagaimana sepanjang perkahwinan paksanya dia didera emosi dan fizikal, tanpa belas dia diperlakukan sedemikian rupa dan dia terpaksa melalui setiap saat, hari , minggu dan tahun dalam perit dan siksa fizikal serta emosi, apakah yang akan kita buat? Setiap arah yang ditujunya meminta bantuan dan pertolongan, dinafikan, malah dia diingatkan bahawa menjadi kewajipannya menuruti perintah suami atas dasar Islam. Keluarganya yang terdekat juga malah mendesak dia untuk mempertahankan maruah dan nama baik keluarga serta bertahan.
Dan bagaimana jika dia mengaku, demi mempertahankan dirinya untuk terus kuat, dia mengambil bahan-bahan yang boleh melupakan deritanya itu buat seketika, supaya , selepas itu dia boleh terus berdiri lagi, untuk menghadapi segala keperitan itu semula. Minum arak dan mengambil dadah sebagai resolusi. Apakah yang akan kita katakan padanya waktu itu?
Ish... awak dah berdosa ni. Bertaubatlah. Ini semua dugaan. Allah hendak uji awak...
Itukah kata-kata kita sedangkan realiti itu tetap berlaku dalam hidupnya.
Atau jika kita lihat dia, seorang wanita tanpa hijab, berkata kesat dan tidak solat, tanpa mengetahu kisahnya, tidakkah dalam hati kita akan tercalit kata, ish.. teruknya perempuan ini, camanalah dia mengaku dia ni Islam?
Bukan mengata orang lain. Sebenarnya mengingatkan saya sendiri. Kerana persepsi itu juga terkena tempiasnya pada saya.
Menghukum tanpa mengetahui realiti disebalik kehidupan manusia lain.
Go die!
Reaksi seseorang, tentunya saudara Muslim, di timeline twitter terhadap seorang insan lain yang menghentam dan menghina Rasul dan Islam.
Agaknya kalau Baginda Rasul melihat reaksi sebegitu dan reaksi kita terhadap manusia lain, adakah Baginda merasa suka dan bangga?
Melayan manusia lain dengan baik ~ secara fizikal, kata-kata, bisikan hati dan pandangan mata.
Jom ... Kita cuba.
~cikgunormah@klcitizen~






