Tuesday, February 15, 2011

menyintaimu

Sempena cuti Maulidur Rasul ini rasanya ramai yang turut sama memeriahkan sambutan dengan acara-acara di masjid, mengikut perarakan berselawat mengingati Baginda Rasul. Ada juga di tempat saya hadiah cabutan bertuah mengerjakan umrah tersedia bagi yang hadir.

Semasa kecil dahulu mendengar sirah Rasul seperti mendengar cerita pahlawan terbilang. Terasa kagum dari jauh dan cuba membayang wajah Baginda. Ibarat membaca buku cerita, menggambarkan babak-babak perjuangannya yang begitu asing di bumi asing.

Saya mula belajar untuk cuba menyintai Baginda Rasul agak lewat. Itu pun kerana bersahabat dengan teman- teman di UKM yang banyak mengenalkan saya dengan sisi spiritual saya. Memang sudah tertakdir, kerana itulah yang terbaik buat saya.

Di usia yang semakin lewat ini, saya makin cuba mengenal Baginda. Agar kecintaan itu bukan hanya basah di lidah sahaja tetapi menjiwa di hati dan fikiran. Moga bila hati ini terpenuh dengan kasih sedemikian rupa, harap-harap di pertemuan yang kekal nanti ia boleh menjadi bukti yang tuan kepada hati ini adalah salah seorang ummatnya yang disebut-sebut tatkala kewafatan Baginda.... "Ummati...ummati..."

Namun tak semudah itu. Kerana hati ini masih bersarang dengan jiwa jahiliyyah yang cuba disingkir jauh. Dan harapan saya tiap saat, agar Allah membantu saya.


Selamat menyambut Maulidur Rasul.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. السلم عليكم ورحمة الله

    Isteri Rasulullah s.a.w. Aisyah pernah berkata,

    Orang yang lebih tampan dari dirimu, belum pernah mata ini melihatnya
    Orang yang lebih sempurna darimu, belum pernah dilahirkan wanita
    Engkau diciptakan bersih dari semua cacat dan noda
    Seolah kau dicipta, seperti yang kau suka
    (Aisyah radiyallahu 'anha)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak Normah
    selamat menyambut maulidur rasul untuk akak sekeluraga.sedih kerna waktu ini sambil membaca entry akak, mendengar dari masjid di kuarters ini berkumandnagnya solawat nabi,kak.

    ReplyDelete
  3. salam maulidul rasul kepada semua.
    sesungguhnya mencintai Baginda adalah segala-galanya buat umatnya.

    ReplyDelete
  4. Saya cukup tersentuh dengan lagu pemergianmu oleh kumpulan inteam, mengisahkan kewafatan Rasulullah SAW. Cuba cikgu hayati liriknya.

    ReplyDelete
  5. salam akak ^_^

    moge cinta kita di hati, bukan di mulut sahaja...insyaALLAH

    ReplyDelete
  6. @Abd Razak

    waalaikummussalam razak

    sukanya saya membaca komen ini... terima kasih razak

    ReplyDelete
  7. @ummu

    salam ukhuwwah dan maulidur rasul dari saya juga utk ummu sekeluarga...

    manisnya iman untuk mereka yang tahu

    ReplyDelete
  8. @miera

    itulah yang sewajarnya kan miera

    ReplyDelete
  9. @ZOOL@TOD

    ya zool ...lagu itu memang menyentuh hati

    ReplyDelete
  10. salam kak...
    salam maulidur rasul kak...
    moga kita menyelami dgn lebih mendalam sifat kebesaran nabi junjungan nabi Muhammad SAW..
    insyaAllah kak..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.