Tuesday, November 24, 2009

mengorbankan, terkorban, dikorbankan...

siang tadi , saya menghabiskan pembacaan majalah Forward edisi November 2009.
ada 2 artikel yang memberi kesan pada saya.

satunya ialah "Becoming Muslim" oleh Syeikh Nuh Ha Mim Keller - namanya agak pelik kan. Beliau memeluk islam pada tahun 1977 di Cairo, Mesir, lahir pada tahun 1954 di USA.
artikel lengkapnya boleh baca di sini

dan

satu lagi artikel ialah "My Umrah - a life changing experience" oleh Shahfizal Musa, beliau ini telah didiagnos mendapat malignant brain tumor.
membaca artikel Shahfizal begitu menginsafkan sekali.
antara tulisannya yang menarik ialah

" The truth is,
to the rest of the world,
worshipping Allah Most High is secondary,
we actually worship our employer;
we work hard to get noticed,
trying to get that promotion,
trying to get on top of the corporate ladder,
bending over backwards for our bosses.

If only we can work as hard as in worshipping Allah Most High,
we will be taken care of by Allah Most High.
He will provide for us from sources that we never imagine"


memang tepat dan benar sekali.
kebenaran yang semua kita tahu, tetapi bila hendak menterjemah dalam kehidupan seharian bersama dengan macam-macam dateline, begitu sukar sekali kan.

membaca artikel Shahfizal mengajak saya memuhasabah diri dan tindakan saya selama ini.

begitu juga apabila membaca artikel Syeikh Nuh Ha Mim Keller.
hampir semua insan-insan terpilih yang memeluk islam dari agama lain,
membuat keputusan mereka bersandarkan dari kajian mereka terhadap al-quran.
dalam salah satu peringkat hidup mereka , mesti mereka menerima senaskah al-quran dari seseorang yang akhirnya mencetus minat mereka mendalami al-quran.

saya tertarik dengan syeikh nuh ha mim keller, lantas meng'google' nama beliau.
pencarian saya seterusnya menemukan saya dengan seorang lagi pendakwah dari USA, iaitu Sheikh Hamza Yusuf yang telah menubuhkan Zaytuna Institute iaitu Kolej Muslim pertama di Amerika.

Tertarik dengan temu ramah antara Syeikh Nuh Ha Mim Keller dan Sheikh Hamza Yusuf , sekembali Sheikh Hamza dari ibadah Haji pada tahun 2004...
sini
"....the Muslims throw things around,
its that there is an assumption that somebody else is going to pick it up.

And so really what that’s telling us is,
that nobody is taking personal responsibility,
and I think that is by and large
a real crisis in the Muslim Ummah as a whole,
that people,
individual Muslims are not taking personal responsibility for the condition of the Ummah
,

they’re expecting that somebody else is going to take care of the problems, somebody else is going to take care of our troubles...."




benar sekali...
banyak aspek kehidupan kita sebagai Muslim tidak seperti yang sewajarnya.
Aspek duniawi dan materialis menjadi unsur utama yang mendasari 'kebahagiaan' kita...

saya tidak terkecuali juga.
kekadang , hendak menderma RM1 pun, hati saya berkata-kata.
begitulah,
bukanlah sebab bakhil sangat, tetapi hati kecil ini selalu bersyak wasangka.
padahal Allah sudah berjanji, kita tidak akan miskin jika kita bersedekah sebanyak mana pun kerana Allah.

Aidil Adha yang akan datang ini membuat saya berfikir dan menghisab diri.
Sisa usia yang ada ini,insyaAllah akan saya perguna sebaik mungkin.

"SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, November 22, 2009

beranikah anda untuk gagal?

cuti ni projek apa ya?
kawan-kawan,.... ramai yang sudah berjalan-jalan,
ada yang balik kampung, ada yang makan angin ke negara orang.

rezeki masing-masing...
yang tidak kemana-mana seperti saya ini,...
apa lagi yang boleh dibuat?
apa lagi... mengemas rumahlah.

dalam batuk-batuk dan selsema yang tiba-tiba menyerang,
(yalah...dah setahun tidak mengemas stor...bayangkan habuk yang berkumpul)
terjumpa buku di bawah...
dah lama buku ini... tahun 2004 saya memilikinya...


author - Billi P.S. Lim
rasanya ramai yang sudah membaca buku ini.
saya juga.

tetapi, bila membelek semula kandungannya, terasa banyak yang sudah terlupa.
ingin saya berkongsi tentang buku ini.
berkongsi tentang kegagalan dalam hidup.

memang kita semua,
termasuklah saya, sentiasa meraikan kejayaan , dan cuba untuk berpaling dari kegagalan.

itu memang sifat manusia.

tetapi dalam masa yang sama,kita juga tahu bahawa,

orang-orang yang paling berjaya dalam hidupnya adalah orang-orang telah beberapa kali gagal dan bangun semula
.

kita tahu, kalau hendak kejayaan, hendak atau tidak, kita pasti akan gagal dahulu.

kita memang takut gagal.
kerana itulah orang-orang yang biasa-biasa seperti saya,
adalah orang-orang yang paling kurang mengambil risiko.

" Failure is the only opportunity to begin again more intelligently" - Henry Ford

Yang menarik buku ini , ia cuba menyedarkan kita ,
bahawa selama ini semua orang hanya berfikir bahawa segulung ijazah adalah segalanya.

maka kita, dan saya pun sibuklah memaksa dan terpaksa berhempas pulas menghafal nota-nota pelajaran...

belajar tidak menjadi seronok lagi, tetapi menjadi keterpaksaan yang wajib ditempuh.


setelah berjaya memiliki segulung ijazah, kebanyakan graduan-graduan yang keluar, termasuklah saya, hanya berfikir untuk mencari kerja...cari, cari dan cari... setimpal dengan ijazah kita.

namun begitu,
siapakah yang akan menyediakan peluang kerja untuk kita-kita ni?
kerajaan lah kan.

amboi... tidaklah mampu kerajaan untuk menyediakan peluang pekerjaan bagi semua orang.
habis tu siapa?
yang masuk universiti dan keluar, tugasnya nak mencari kerja...kan

so....
yang patut sediakan kerja ialah....
orang-orang yang tidak sampai ke universiti lah....
merekalah yang perlu menyediakan peluang pekerjaan untuk kita para graduan ini... hehehe

Ironinya... memang itulah yang terjadi pun.
Contohnya-
- mendiang Tan Sri Loh Boon Siew
- mendiang Lim Goh Tong
- Syed Mokhtar al-Bukhary

hanya menyebut 3 contoh... mereka semua ini tidak berpeluang menggulung ijazah di tangan.
tetapi...
mereka berjaya menyediakan kerja untuk orang-orang macam saya ni,
yang siang malam berfikir macamana nak dapat A dalam semua subjek.

adakah mereka terus berjaya?
pastinya tidak...
kegagalan pertama mereka, adalah tidak dapat belajar sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.
itu adalah kegagalan yang besar...

tetapi,
pemerhatian menunjukkan,
semakin besar kegagalan dalam hidup seseorang, semakin besar kejayaan yang akan ditempuhinya.

tapi, tidaklah bermakna bahawa kita tidak perlu menuntut ilmu setinggi yang boleh.
cumanya,
apabila berlaku kegagalan dalam hidup,
sepatutnya ia menjadi pendorong dalam hidup kita untuk menjadi lebih baik dan tidak mengulangi kesilapan yang sama juga.

dan saya pun ingin membulat tekad,
tidak terlalu membeban pelajar-pelajar saya yang memang sudah sedia lemah dalam pelajaran, dengan leteran dan bebelan,
tetapi
ingin berkongsi dengan mereka,
bahawa merekalah yang bakal menyediakan peluang pekerjaan bagi sahabat-sahabat mereka yang sedang sibuk mengira bilangan A dalam sijil.

Saya ingin mereka menanam visi dan misi untuk mencari peluang serta bersedia untuk bekerja keras, bukan hanya berangan ingin kaya menjadi penyanyi, asyik melalak di dalam kelas dan dalam perjalanan menuju ke toilet sahaja.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 19, 2009

sekolah kehidupan

hari ini ada antara anak-anak kita yang sedang tersenyum lebar.
mungkin sedang menuntut hadiah yang dijanjikan oleh kita,
kerana cemerlang dalam upsr nya.

tapi ada juga yang sedang bersedih.
bukan kerana teruk pencapaiannya, tetapi kerana sasaran tidak tercapai.
harapkan 5A, cuma mendapat 4A 1B,
itu yang terjadi pada anak buah saya.
sedih memang jelas tergambar di riak wajahnya.
tutur katanya lemah, tidak ada rasa ria dan ceria.

kasihan.
masih muda, sudah terpaksa menerima erti kecewa dalam hidupnya.
namun saya pasti, ini adalah didikan dari Allah untuk dirinya.
agar beliau menjadi insan yang tabah,
mengetahui bahawasanya kejayaan tidak selalu berada di depan mata,
walau usaha sudah meninggi gunung.

pastinya Allah sedang menunjukkan padanya,
bagaimana perlu ada redha dalam dirinya,
dan bahawasanya ketentuan Allah kekadang memang pahit untuk ditelan.

dan dalam diam ini saya doakan moga jiwanya makin kental,
kerana kesan didikan ini nanti, harapan saya agar beliau menjadi muslim yang lebih berjaya di dunia ini dan akhirat nanti.

* utk kak ngah, buah hati asyiq juga, auntie doakan yang terbaik.
juga untuk jad, buah hati pnkartini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, November 18, 2009

asyik bertelagah kenapa?

apabila kita tidak bersatu pendapat,
janganlah cepat meninggi suara,
lantas bermasam muka.
cubalah kita bersatu hati.
kerana beza pendapat akan menjadi kurang ketara.
hidup kita pun bukanlah lama
paling lama , agaknya berapa tahun?
seratus? lapan puluh?

adakah meninggi suara akan menyamakan pendapat kita?
bermasam muka akan menyatukan hati kita?

benarkah esok kita pasti berjumpa?
sempatkah esok, hati kita bersatu semula?

bila tidak sependapat,
senyum sahajalah.
selagi tidak membuat kerja haram.
bersetujulah kerana kita tidak sependapat.
pendapat si punya kuasa yang pasti akan dilaksanakan juga.
kita bantu, walau pun kita tidak suka.
jika tidak mahu, berdiam sahajalah.
tidaklah perlu berkokok keliling kampung.

kan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, November 16, 2009

Hai....O? ya ke?

tahniah!

walaupun mungkin beliau tidak membaca blog saya ini.
tahniah kerana akhirnya berjaya mencapai cita-citanya sebagai CDM.

dahulu saya pun tidak tahu apa dia CDM ini.
Crown Diamond Manager- pastinya ada kawan-kawan di luar sana yang sudah biasa dengan istilah ini.

Berkait dengan ruangan iklan syarikat Hai-O Marketing yang memaparkan semua CDM barunya.
Semalam lagi saya sudah terbaca iklan tersebut,
tetapi tidaklah ternampak gambar rakan saya itu.
Di sekolah pagi ini, melihat rakan-rakan guru berkumpul membelek suratkhabar, saya pun turut menyibuk sama. Barulah saya tahu beliau sudah pun mencapai ranking CDM.

"gajinya sebulan dekat 70 ribu" beritahu salah seorang sahabat saya.
"baguslah" sahut saya.
"kita tumpang seronok sajalah tengok kawan kita ni"
"setiap benda ada harga yang perlu dibayar. Kita sedang berdengkur di rumah, dia masih di luar atas urusan bisnes" sambung saya.

apa yang menjadi keutamaan kita?
terpulang.
yang pastinya, jika berkehendak ia tidak akan menjadi mustahil.
saya tidak berkehendak, alhamdulillah , saya tidak mengikut beliau.
ada rakan-rakan yang masih menanggung hutang kerana berkehendak seperti beliau.
cuma beliau sahaja yang berjaya mencapai ranking CDM dari beberapa sahabat saya yang lain.

Dan tahniah juga untuk pengasas Hai-O atau Group Managing Director nya, Tan Kai Hee, di atas anugerah berprestij kali ke tiga berturut2 dari Forbes. Beliau menekankan bahawa kejayaan syarikatnya bergantung sepenuhnya kepada usaha bersungguh dari 95% ahlinya dari kalangan Bumiputera. 10,000 -20,000 ahlinya adalah ahli yang aktif membantunya menjadi kaya-raya. klik di sini

'bagus' sungguh.
alangkah baiknya jika Tan Kai Hee seorang muslim, seperti SEMUA CDM nya itu, kerana dapat menjadi pembayar zakat terbaik untuk 3 tahun berturut-turut.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, November 15, 2009

spm tak lama lagi dah...

spm tak lama lagi dah...
minggu depan ni, kan.

ibu bapa yang anaknya akan menghadapi peperiksaan SPM ini tentunya berdebar2 sentiasa.
Apatah lagi anak2 kita yang akan duduk mengadap kertas itu nanti.

'awak semua ni, mulai minggu ini dah kena tidur awal. badan kita perlu lebih kurang seminggu nak sesuaikan dengan jadual baru'
pesan saya pada setiap anak murid yang saya ajar rabu lalu.

tapi, seperti biasalah, mananya mereka nak mendengar nasihat orang-orang tua.
macam-macam alasan.
tak habis study, tak boleh nak tidur, dah biasa tidur lewat dsb.
yang mengikut, adalah seorang dua.

'kalau awak mengantuk semasa menjawab soalan nanti, bukankah rugi besar tu?
belajar bersungguh-sungguh setahun lebih, tiba masa peperiksaan yang penting, otak dah penat berfikir kerana mengantuk'

minggu ini sewajarnya adalah minggu merehatkan minda.
perlu kurangkan stress,
kalau dah last minute pun dah tak faham2 sesuatu tajuk. biarkan sahaja.
jangan biarkan otak bercelaru dan keliru di hujung-hujung waktu.
nanti ditakuti, otak 'blackout' semasa mengadap kertas soalan.

apa pun.
spm hanyalah batu loncatan ke IPT, bukan pengakhir kepada kehidupan.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, November 13, 2009

kabel siapa besar?

'kak normah ada kenal sesiapa di Kementerian?'
'mmm... tak adalah..kenapa?'

murung wajahnya. sudah hampir setahun demikian.
semenjak pertukaran jawatan yang dipohonnya mengalami masalah, sedari itulah sahabat saya ini mengalami kesedihan dan hilang minat.

memohon pertukaran ke kementerian pendidikan, sebagai pegawai di sana.
permohonan sudah diluluskan dan sudah diminta melapor diri, tetapi tidak mendapat pelepasan dari Jabatan Pendidikan. Pelik, kan... alasan yang diberi kerana subjek yang beliau mengajar sekarang ialah subjek kritikal.

Sedangkan ada kenalan yang lain , mengajar subjek yang sama, boleh pula ditukarkan... dan rasanya mestilah ada 'kabel 'yang menjadi tali gayutannya....

Inilah situasi dan realiti hidup sekarang.
Kita asyik menuduh orang ada kroni dan sebagainya. Tetapi atas kepentingan diri kita, 'kabel' menjadi talian yang halal pula

Kadang-kadang, hendak membayar bil pun menggunakan 'kabel' juga, sebab tidak mahu beratur panjang.

Rasanya sama sahaja kita ni, tak kiralah siapa, asal kita ada kuasa nanti,
saudara nak cari kerja, saudara nak beli tanah, saudara nak lot berniaga,
anak saudara nak masuk asrama, saudara nak masuk IPT, saudara nak biasiswa,
dan
segala aneka mak nenek keperluan akan menjadi 'halal' bagi kita.
Sebabnya, .... takkan lah nak buat sombong dengan adik beradik, sepupu sepapat sendiri kan.

Tapi... kalau orang lain yang buat, dan kita tak mendapat faedah dari perlakuan itu,
kita akan segera bising dan melabelkan puak tersebut sebagai kroni mroni.

Berbalik pada sahabat saya ni tadi,
akibat kejadian tersebut, semangat guru dalam dirinya makin terhakis...
kasihan melihatkan beliau.

'Ambillah cuti... setahun ke, dua tahun ke...cuti tanpa gajilah.
Alah, rezeki di mana2... Kalau dah bosan dengan suasana sekolah, pergilah sambung belajar.
Sambil tu buatlah part-time, cikgu tuition ke....
kalau dah bulat tekad, berhenti saja dari jadi cikgu. Tidaklah awak merana dan anak murid pun kecewa...'

Dia mengangguk....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, November 8, 2009

bijak matematik ... (2)

masih tak habis dengan si gladwell ni ya...
sesapa yang terbosan tu minta maaflah banyak2...
tapi,
memang buat masa ini rasa sangat ingin berkongsi maklumat menarik dari buku Outlier ini lagi...

masih tentang bijak matematik...

kata Malcolm, antara sebab lain generasi bangsa Cina, Korea dan Jepun bijak matematik adalah kerana bahasa mereka

terutamanya dialek kantonis, suku katanya sangat pendek,
empat atau four disebut 'si' dan tujuh atau seven disebut 'qi'...jadi ,

"The memory gap between English and Chinese apparently is entirely due to this difference in length.

The number system in English is highly irregular.( contoh 2 is two, 12 is twelve, 22 is twenty, 45 is forty five)
Not so in China, Japan and Korea. They have logical counting system. (contoh 12 is ten-two, 22 is two-tens-two, 24 is two-tens-four, 45 is four-tens-five)

That difference means that Asian children learn to count much faster than American children. 4 year old Chinese children can count on average to forty, American children at that age can count only to 15 and most don't reach 40 until five. By the age of 5, American children are a year behind their Asian counterparts.

The logical counting system also means doing addition, the basic skill , far more easily.

add thirty-seven plus twenty-two, in the head of a 7-year old English speaking child,
she has to convert the words to number (37+ 22), then ; 7 + 2 is 9, and 30+20 is 50 which makes 59

ask a Chinese student to add three-tens-seven and two-tens-two, no translation is required, the answer is embedded in the sentence, its five-tens-nine...

for fractions...

the Chinese are not rote-learners...

we say three-fifths (3 per lima)... (ini yang selalu pelajar kita tak faham)
but they say literally "out of five parts, take three"...

wah panjang pulak syarahan saya dari buku ini ya...
kesimpulannya apa? hantar anak belajar di sekolah Cina lah...patutlah diorang dok pertahan pelajaran Maths dalam bahasa mereka ya...

apa lagi yang menarik tentang buku ini?...tapi yang saya takkan ulaslah..cukuplah 3 entri tentang Outliers...
apa yang menarik ialah tentang nahas kapalterbang yang dikaitkan dengan budaya sesuatu bangsa... dibawanya contoh nahas kapalterbang Korean Airline berlaku pada 1997,1987, 1989 dan 1994...semuanya bukan kerana masalah kapalterbang tetapi kerana masalah budaya bangsa, bukan sebab malas atau apa ...pelik juga kan... patut baca sendiri ...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, November 7, 2009

bijak matematik... (1)

ada kaitan tak menanam padi dengan pandai dalam matematik?
pelik juga, kan.

tapi Malcolm Gladwell dalam bukunya mengaitkan dua persoalan itu dengan menarik sekali.
buku 'Outliers- the story of success' tu..
masih tak habis lagi saya membacanya.
tetapi teringin berkongsi pengetahuan yang saya dapat dari buku ini.

"We sometimes think of being good at mathematics as an innate ability.
You either have 'it' or you don't. But to Alan Schoenfeld, a math professor at Berkeley,
it's not much ability as attitude. Success is a function of persistence and
doggedness and the willingness to work hard for twenty-two minutes to make sense of
something that most people would give up on after thirty seconds" - page 288

pernah dengar tentang Math Olympics? saban tahun ia diadakan di bandar2 besar terpilih mengumpulkan remaja2 dari seluruh dunia bertanding dalam matematik.

Ulas Malcom...

"We should be able to predict which countries are best at math simply by looking at which national cultures place the highest emphasis on effort and hard work.
The answer shouldn't surprise you:
Singapore, South Korea, China (Taiwan), Hong Kong and Japan.
What those five have in common, of course, is that they are cultures shaped by the tradition of wet-rice agriculture and meaningful work.
They are the kinds of places where, for hundred of years, penniless peasants, slaving away in the rice paddies three thousand hours a year, said to one another like ' No one who can rise before dawn three hundred sixty days a year fails to make his family rich' - page 291

Disebabkan budaya tradisi beratus tahun yang berakar dalam diri, menyebabkan remaja Eropah kurang menguasai Matematik berbanding remaja Asia Timur.

"In The Discovery of France , the historian Graham Robb argues that peasant life in a country like France, even well into the 19th century, was essentially brief episode of work followed by long periods of idleness" (musim sejuk)

"If you were a peasant farmer in Southern China, by contrast , you didn't sleep through winter. In the short break marked by the dry season, from Nov through February, you busied yourself with side tasks. You made bamboo baskets or hats and sold them in the market. You repaired the dikes in your rice paddy and you rebuild your mud hut. You made tofu and dried bean curd and caught snakes (they were a delicacy) and trapped insects. By the time the turning of the spring came, you were back in the fields at dawn"

Kerja keras memang dah sebati dalam generasi ini sejak beratus tahun...
Dan kejayaan tidak kira dalam bidang apa, memerlukan kerja keras.
Ciri ini memang sudah diwarisi dan sedia ada dalam kebanyakan generasi tersebut.
Jadi, orang2 Melayu terutama dari kawasan jelapang padi juga pastinya turut memiliki sifat dan tabiat seperti itu.
Pastinya mereka juga bijak Matematik kan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 3, 2009

sudahlah....

Bila dua saudara bertelingkah, kita akan jadi serba salah.

Siapakah yang benar, atau siapakah yang salah. Tetapi itu bukan soalnya.

Kerana?

Ilmu kita hanya sedikit. Yang Maha Tahu hanyalah Allah. Bukanlah kita yang berhak menghukum, menyatakan ya, awaklah yang betul atau tidak, awaklah yang salah.

Yang menjadi soalnya, ialah siapa yang akan bertepuk riang di sebalik pertelingkahan itu? Siapa yang akan tersenyum lebar dalam hatinya, melihatkan dua saudara bermasam muka?

Pastinya ada yang akan menangguk di air yang keruh, dan yang pastinya bukan dua saudara tersebut, atau bukan juga para pengikut saudara tersebut.

Itu yang pasti.

Semoga pertelingkahan, perselisihan dan syak wasangka segera pudar. Janganlah ditambah kemelut masalah yang berleluasa. Kalau kita asyik bertelagah siapa yang benar, bagaimana nasib anak2 kita yang sedang meniti jalan yang salah?

Jalan yang memang sudah terang lagi bersuluh, jalan yang sesat...

Kerana saudara2 kita dan kita asyik bertegang urat, mengatakan kita betul dan kamu salah. Sedangkan kamu katakan kami tidak  betul, yang salahnya bukan kami tapi kamu.



~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, November 1, 2009

outliers

Betulkah kumpulan musik Beatle, bilionnaire software Bill Gates, pemain chess terkemuka spt Bobby Fisher itu semua berjaya kerana bakat semulajadi mereka?

Kalau difikir-fikir kan, ramai lagi yang lain  mempunyai bakat semulajadi seperti mereka, tetapi tidak bernasib baik seperti mereka itu.

Kenapa ya?

Sebenarnya mereka berjaya kerana,  bakat semulajadi DAN sanggup menghabiskan 10,000 jam masa, dalam kehidupan mereka menggilap bakat tersebut.

Tak percaya?

Selama ini kita meletakkan kejayaan mereka di atas natural talent mereka, tetapi di sebalik kejayaan setiap orang yang ternama dalam bidang masing-masing , ada fakta, data serta maklumat penyebab kejayaan mereka yang tidak kita ambil kira. Inilah yang di sebut sebagai OUTLIER.

Kumpulan  The Beatles sebelum mencipta nama, hanyalah kumpulan biasa2 sahaja, di satu masa mereka bermain musik di hadapan audiens di kelab bogel, di Hamburg Jerman dan bermain tanpa henti 7 hari seminggu selama 8 jam setiap hari. Dalam jangka masa 2 tahun, 1960 -1962 mereka telah bermain musik selama 270 malam di seluruh Jerman, iaitu sebanyak 1200 kali bermain bersama2 dalam satu kumpulan. Ini melebihi konsep 10,000 jam tersebut. Bukan sangat kerana mereka berbakat, tetapi kerana kerja keras mereka...(they were able to perfected their skills)

'OUTLIERS - the story of success' penulisan Malcolm Gladwell, sangat mengujakan. Membaca buku tersebut, membawa saya berfikir di luar kebiasaan. Beliau mempersoalkan kenapa ramai pemain hoki elit amateur Kanada lahir dalam bulan Januari , Februari, Mac dan April?

Kenapa dari 75 orang terkaya dalam sejarah peradaban manusia, 14 dari mereka adalah orang Amerika yang tahun lahirnya berselang masa 9 tahun antara satu sama lain?

Kenapa seorang insan yang mempunyai IQ 195 lebih 30 dari Einstein, masih lagi tinggal di ladang kudanya, menulis buku2 teori yang sedikitpun tidak diendahkan oleh sarjana dunia?

Beliau bukan membicarakan tentang keajaiban nombor atau bulan, tetapi menyingkap persoalan ekonomi, cara seseorang dibesarkan, tempat lahir seseorang dan situasi politik pada masa itu yang mempengaruhi kejayaan seseorang.

Kejayaan seseorang bukan hanya bergantung pada bakat atau IQ seseorang sahaja, tetapi ada faktor2 lain yang perlu kita fahami dan selidiki.


Kesimpulannya, best buku ni....

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...