Wednesday, May 16, 2012

kalaulah





Beribu kali rasanya , eh, betulkah sudah beribu kali? Ah mungkin lebih tepatnya ialah, berkali-kali.

Berkali-kali kita tahu bahawa perkataan 'kalau' itu sebenarnya tidak perlu diberatkan, kerana 'kalau' itu sendiri bersifat ilusi . Terlebih lagi, jika 'kalau' itu digandingkan dengan peristiwa yang telah terjadi.

Dan juga, andai  'kalau' itu kita tahu,  tidak mungkin ia dapat direalisasikan. Pasti , tidak guna juga kita menyebut ia.

Tapi, saya memang degil. Perangai yang tidak mahu saya ubah, sebenarnya.

Kalaulah saya ini dihidupkan semula dan diberi pilihan. 

Tengok tu.

Ayat saya.

Hendak juga mengguna 'kalau'.

Walau saya tahu, jika saya dihidupkan semula nanti, memang tiada ruang membuat pilihan lagi. Ah ..

Tetapi hendak juga saya mengeluarkan isi hati ini, malam ini. 

Kalaulah saya diberi pilihan semula dalam hidup ini, tentang cara saya menjalani kehidupan ini untuk satu perkara sahaja. Pasti rasanya, saya masih memilih kerjaya saya ini. 

Menjadi seorang guru :)

Ramai rasanya yang berjiwa seperti saya. 

Dalam pada mengeluh dan mengangan ruang kerja yang lebih baik, beban kerja yang lebih indah jika dapat dikurangkan, tekanan dan asakan date line yang kadang sangat tidak rasional, tetap ... , indah dan manisnya menjadi seorang guru itu tidak bisa ditanding dan dinilai.

Ia tidak tergambar dengan baris kata dan ayat yang bisa dinukil dalam tulisan.

Manisnya hanya bisa dirasa dan dikecap oleh insan-insan bergelar guru sahaja. Dan ia hadir dalam situasi yang pelbagai. Mungkin rasa itu terlingkar saat terjumpa bekas anak murid secara tidak disangka, atau tatkala dalam kelas sedang kita asyik membebel dan datang anak murid meminta maaf.

Kadang, sebaris sms yang tidak disangka-sangka dari anak murid paling nakal, menceriakan hari-hari kita yang bergelar guru ini. Meneman kita saat jiwa diasak dengan rutin yang membosankan.

Kadang juga, urusan kita di luar tiba-tiba Allah mudahkan kerana di celah ribuan manusia yang kita tidak kenal itu, rupanya terselit wajah bekas anak murid yang membantu, walau hadir dia sekadar meneman kita yang dalam kesusahan.

Memang, menjadi guru ini sangat indah dunianya. Ibarat pelangi. Penuh warna. Walau kadang-kadang guruh dan ribut hadir terlebih dulu, tapi tetap, setelah semuanya reda, pelangi akan muncul.

Masih belum terlambat rasanya mengucap Selamat Hari Guru buat semua guru yang masih aktif dalam profesionnya dan yang telah pun bersara dari bidang ini,  di luar sana.

*istimewa khususnya buat yang perutnya "gemuk as always" :D


~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. ....selamat hari guru....
    bagi guru lama macam kita..(eh! mamaijat lagi senior..)...indah rasanya bila di sapa oleh bekas anak murid..lebih2 lagi di waktu darurat...
    eh! cikgu....dan dengan bangganya dia memperkenalkan kita sebagai guru 'dia'....
    waktu tu...sure,kembang hati kita....
    kan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari guru juga buat mamaijat :)

      Delete
  2. You were definitely born a teacher! No doubt about it.
    And hahahahahahahahahahahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow ... such a long ha... tak sakit perut ke with that long ha...

      Delete
  3. Kalau lah boleh. Nanti semua jadi terlalu perfect.

    ReplyDelete
  4. selamat hari guru..

    p/s: x bek kalau2 ni..hehe

    ReplyDelete
  5. Jasa yg sentiasa dikenang. Selamat hari guru Cikgu normah.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.