Thursday, May 17, 2012

naik pangkat

Usia 25 itu selalunya dikait dengan apa?

Matang?

Dewasa?

Layak untuk bernikah?

Saya bernikah dulu pun masa usia mencecah 26 tahun. Ah, sedang moleklah tu kan. Memang tidak mendapat bantahan pun dari mana-mana pihak, kerana usia tika itu memang sangat-sangat disuruh kahwin oleh ibu bapa. Macam pucuk dicita, ulam yang datanglah kan. Memang seronok kahwin  :D

Memang sudah menjadi rezeki , walau pun, wajah tidaklah cantik mana, sekadar comel saja pun masih ada peluang mendapat laki. Yalah orang kata rezeki ayam nampak di kaki, kan. Rezeki manusia? tak siapa tahu.  Hahaha ...

Eh, bukan nak bercerita pasal kahwin.

Saya sedang berkira-kira, bilalah saya boleh mencapai kenaikan pangkat paling maksima dalam bidang perguruan. Wah baru semalam sahaja berceloteh tentang indahnya bidang perguruan, seperti seorang guru mithali, hari ini berkira-kira dan sibuk menyibuk pula tentang naik pangkat.

Ah, manusia.

Memang macam tu. Hatinya berbolak-balik, dan graf ke'mithalian'nya turun naik. Jadi, janganlah terkejut atau buat-buat terkejut, ya.

Teruja sebenarnya siang tadi, melihat rakan-rakan guru sibuk menyemak urusan kenaikan pangkat yang diuar-uarkan oleh Timbalan Perdana Menteri kita semalam, kan ~  24,053 orang guru berpeluang naik pangkat mulai Jun depan. Ish, bukan sedikit tu. Berpuluh ribu!

Menyemaknya di sini. Kalau masih belum menyemak lah kan.

Saya pun menyemak juga.  Setelah mengisi nombor kad pengenalan dengan perasaan berdebar, Alhamdulillah, ada juga jawapan yang diterima. 

|
|
|
|
|
V




Yalah tu.

Masih belum layak.

:)

Pangkat maksima dalam perguruan ini rasanya ialah DG54. Dari mula berkhidmat, seorang guru itu perlu 25 tahun minimum untuk mencapai pangkat DG54, itu pun sekiranya dia panjang umur , lah ya.

Saya memasuki bidang perguruan semasa berumur 26 tahun, jadinya kalau tiada halangan, waktu umur saya 51 tahun saya wajar menerima kenaikan pangkat dalam DG54. Lebih kurang pulak nombor 51 dan DG54 itu ya. Agaknya kalau ada halangan kecil umur 54 baru saya boleh mendapat kenaikan pangkat DG54 itu, kan.

Sekarang umur saya 46. Lagi 8 tahun.

Sedangkan sebelum boleh mencapai DG54 itu saya perlu melepasi 2 tangga kenaikan yang memerlukan syarat minimum  hampir 10 tahun. Ahh... berangan lah Normah!

Nak kemana tu kak Normah?

Bawak hati lah. Tak dapat naik pangkat lagi.

Tahun depan adalah tu, kak Normah.

Yalah... hari ni tak dapat naik pangkat, nak naik tangga je lah ke kelas.

*tahniah buat semua rakan-rakan guru muda yang dapat naik pangkat. Alhamdulillah , rezeki. Harap-harap rezeki tersebut juga melimpah ke kantin sekolah, dapat makan free :)

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

  1. hehehehe.. nice lah cikgu.. saya lagi lah tak layak.. ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu tahun depanlah pulak gen2 :)

      Delete
  2. saya cuba check jugak kot sistem silap ke..rupanya memang tak silap..saya lambat lagi..hehehehehe

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum my dear sis normah...

    Nampaknya kita samalah.....sama2 tak layak kita..hehe;-)

    ReplyDelete
  4. jgn putus harapan..mungkin ada hikmah disebaliknya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jebeng, setakat ni tak putus harapan. tapi putus talian je kut :)

      Delete
  5. InsyaAllah sampai masanya naik pangkatlah cikgu. Skrg cikgu dah DG48 ke? Kira oklah sebab umur baru 46 hehehe.

    Org yg kerja sendiri mcm saya ni langsunglah takde peluang naik pangkat ... ngeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum DG48 lagi YB. tu yang sodih tu :)

      Delete
  6. Alahai kesian kepada cikgu merajuk membawa hati naik tangga. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik larat lagi naik tangga :)

      Delete
  7. Salam. Lama tak berkunjung di blog cikgu popular..hehehe Naik pangkat naik juga pengalamannya kan?

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.