Biasanya segala yang pertama kali memang best kan.
Pertama kali tengok wayang. Best. Pertama kali bercinta. Best. Pertama kali makan steak. Best. Pertama kali naik kapal terbang. Best. Pertama kali memandu kereta. Best.
Hari ini.
Hari pertama mengajar untuk tahun 2012?
Best jugak.
Kak Normah, saya berdebar-debar lah nak masuk kelas hari ini.
Orangnya kecil molek. Matanya bulat menarik. Memang sesuai sungguhlah mata itu terletak di wajah comel itu. Muda lagi. Kalau di pandangan mata saya, kira, macam budak lagi lah.
Saya tak tahulah kenapa saya berdebar-debar ni.
Kelas tingkatan berapa? Tanya saya.
Tingkatan empat.
Saya hanya senyum. Entah. Tidak ada modal ayat hendak dijadikan bahan motivasi buat rakan guru yang berdebar hendak masuk mengajar di hari pertama persekolahan tahun 2012. Padahal ini bukan tahun pertama dia mengajar. Saya kira sudah tahun keempat.
Saya faham keadaan dia. Sebab saya juga biasa sangat berhadapan situasi tersebut. Setiap tahun sebelum ini , saya berdebar bila hari pertama persekolahan menjelang.
Kenapa berdebar?
Saya kira kerana keterujaan .
Terlalu excited hendak mengajar. Terasa ingin mengajar sehebat mungkin , meninggalkan segala kesilapan dan kelemahan dalam teknik pengajaran yang sudah-sudah.
Mengajar sebenarnya bagi saya adalah proses dua hala. Dalam masa kita cuba membina nilai pada anak murid, kita juga sebenarnya meneroka diri, mengenal kelemahan dan kekuatan diri sendiri. Dalam membebel dan menahan marah , ia membuat kita berfikir dan menerima kebodohan diri sendiri. Dan dalam senyap, biasanya kita akan cuba membaiki diri.
Kerana itu , saya kira, guru-guru yang telah lama sungguh mengajar, punya pengalaman berpuluh tahun , kita lihat dia lebih mudah mengawal dan memanipulasi suasana pengajaran.
Otai lah katakan... kan .
Otai lah katakan... kan .
Cuma , masalah besar saya kira bagi guru yang lama sungguh mengajar ini ada dua , iaitu .... mengah dan sakit lutut naik turun tangga hendak ke kelas.
Salam petang Rabu semua :)
~cikgunormah@klcitizen~

