Saturday, May 15, 2010

dalam runtuhan ada nikmat

Saya buta huruf dalam Bahasa Arab. boleh membaca al-quran tetapi tidak tahu makna tanpa teks terjemahan.

Jadi saya memegang kebenaran dari artikel di Majalah Solusi isu 17 yang ditulis oleh Ummu Sakinah sahaja. Walau pun cuba ke laman web zadalebad.com untuk membaca artikel sebenarnya tetapi tidak berjaya disebabkan kebutaan huruf saya.

"Pusat Kesihatan Terbesar No 1 di Dunia" ... terletak di Gaza. 

macam tak percaya , kan.

Dari kajian yang telah dilakukan, didapati penduduk gaza sihat kerana:


1. mereka menghindari makanan berlemak

2.mereka aktif berolahraga, berjalan kaki di sekitar penempatan

3. tidak mengamalkan perubatan moden yang menggunakan ubatan kimia. mereka mengamalkan konsep 'kembali kepada alam'

Penduduk Gaza juga secara tidak langsung 'berterima kasih' kepada pemerintah Mesir dan Israel yang telah membina tembok sempadan, kerana disebabkan tembok inilah mereka akhirnya bertemu dengan cara hidup sihat jauh dari peradaban moden yang merosakkan jiwa dan raga.


*setiap yang berlaku memang ada rahmatnya. beruntunglah kita umat islam yang memandang segala sesuatu dengan kebaikan. sentiasa positif dalam hidup.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

abuya


Tumpuan semua orang sekarang ialah Piala Thomas dan Uber, apatah lagi dengan keputusan yang telah tertakdir. Bermacam analisa, pendapat dan cadangan yang akan kita baca untuk beberapa hari ini.


Obses kita terhadap isu ini seolah menenggelamkan cerita kematian pemimpin kelab poligami global iaitu Ustaz Asaari Muhammad Tamimi @ Abuya.


Rupanya kelab poligami global di 8 buah negara termasuk yang di indonesia akan berkabung seminggu dengan mengadakan majlis tahlil.


Semasa saya di universiti dahulu , tahun 1985-89, nyaris terlibat dengan gerakan alArqam pimpinan Ustaz Asaari @ Abuya ini. tetapi ada rakan yang terlibat, bekas pelajar Tun Fatimah, cemerlang dalam pelajarannya semasa SPM dan Matrikulasi, bercita menjadi doktor masa itu, tetapi apabila terikut dengan gerakan ini, tidak menghabiskan pelajarannya dan menjadi isteri ke 3 seorang doktor alArqam. bayangkan kesedihan yang ditanggung oleh keluarga terutama ibunya.


Tapi itu cerita lama.


Membaca ini jalanku menyedarkan saya.


Gerakan Ustaz Ashaari @ Abuya sebenarnya banyak mencorak gerakan-gerakan dakwah islamiyah di negara kita. Ustaz Ashaari @ Abuya sebenarnya berjaya menyelamatkan ratusan malahan mungkin ribuan insan yang hampir tidak kenal jalan 'pulang', tetapi dengan metode dakwahnya yang terancang dan menyentuh hati-hati , mereka ini berjaya diselamatkan dan mengenal semula Islam dalam kamus hidupnya.


Malangnya, ajaran dan amalannya didapati terseleweng dan tersasar dari akidah ahli sunnah wal jamaah, biar pun begitu kita tidak mungkin dapat menolak sumbangan beliau dalam masyarakat kita.


Semoga Allah mengampunkan dosa beliau, dosa-dosa kita dan dosa-dosa semua umat islam di dunia ini dan menempatkan beliau bersama para orang soleh.  Alfatihah.

~cikgunormah@klcitizen~






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 14, 2010

ngetag

hutang tag saya berlambak di bawah. dah jawab satu tag dulu.
ni nak menjawab tag dari yati. dah lama sangat kerja tersimpan ni. di tag bulan mac haritu, bulan mei ni baru nak jawab. sori yati, ya.

1. adakah anda rasa HOT?

- hot ni pedas ke, seksi ke, panas ke?.... sekarang tak panas, tak pedas dan tak seksi... seksa adalah, sebab menahan ngantuk.


2.upload wallpaper pc / laptop yang anda guna sekarang.

*nasib baik dah pandai print screen. selamat lah.

3. cerita pasal gambar

- takde cerita, sebab ini salah satu gambar dalam mac yang sedia ada, tertarik dengan titis air pada kelopak bunga tu. macam real je.


4. kali terakhir anda makan pizza.

- roti ala pizza kat kantin sekolah, semalam baru makan. bolehlah.....

5. lagu terakhir anda dengar

- tak mendengar sangat, dan tak tau sangat.

6. apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini

-gosok2 mata, mata rasa kering

7. selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa.

cikgu


8. tag lah 8 orang

aduii... ni yang susah ni: hanis zalika, adamaya, dani, anwar ibrahim, saiful, lisa surihani, nur kasih, datuk najib

9. siapakah orang no 1 kepada anda

- artis dan blogger terkenal

10.katakan sesuatu mengenai orang no 5

saiful--- penuh kontroversi, dan lelaki

11. no 3 ada hubungan dengan sape?

dengan maya

12. bagaimana pula dengan no 4

-ni kes berat.

13. pesanan kepada orang no 6.

- jangan kawin ngan datuk... cari tan sri


14.kata-kata cinta untuk orang no 2

everybody loves you now

15. adakah no 7 dan no 8 mempnyai persamaan?

ada... dua-dua adalah 'drama' yang bersiri

16. berikan 5 yang anda tau tentang orang yang mengetag anda

wanita
manis orangnya bercermin mata (seperti saya)
usia 30 tahun
bernama nur hayati

17. persamaan kambing dengan lembu?

dua-dua tak pakai cermin mata

18. perasaan anda membuat tag ini

panjangnya tag ni...siapalah yang punya angkara ni?

19. adakah anda tau si razman tu sengal?

adeii... razman mana yang sengal ni??

20. gay or less?

minta dijauhkan....




ishh....ingatkan tak habis lagi soalan tag ni... diharap orang-orang yang saya tag itu dapatlah menjawab tag ini..

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

meningkatkan trafik ke blog


setiap kita yang berblog ini punya pelbagai tujuan dan kehendak. ada yang ingin mencari kenalan, berkongsi rasa, cerita dan ada yang ingin blog menjadi medan untuk menyampaikan dakwah.

tapi, saya pasti, di samping itu juga kita ingin agar blog kita dikunjungi ramai pembaca yang setia.


setelah beberapa bulan berblog dan berjalan-jalan di alam maya, saya memang kagum dengan ramai blogger yang punya pengunjung yang ramai, sehingga beratus-ratus pengunjung dalam sehari. dan blogger-blogger ini memang tidak kedekut ilmu , berkongsi rahsia cara mana mereka peroleh trafik yang tinggi dan stabil.


jom kita baca apa yang eyriqazz kongsikan dalam 7 tips untuk tingkatkan trafik ke blog. Eyriqazz memang tak kedekut ilmu, tapi saya cuma nak kutip 2 tips je, yang lain kena baca sendiri kat blog beliau.


1. Jangan sibukkan blog anda dengan widget-widget yang memberatkan. Saya memang setuju yang ini sebab, kalau blog yang kita hendak ziarah terlalu banyak widget, loadingnya lambat sangat. sudahlah internet pun slow, mati selera hendak meneruskan penziarahan.


2. Komen di blog orang lain dengan komen-komen yang bernas dan ikhlas. Ini yang sedang saya usahakan. Walau pun agak memakan masa, kerana sebelum komen, kita perlu membaca dan memahami entri, tetapi saya kira ia berbaloi.


Ada lagi tips lain yang bernas . Kena pergi baca sendiri, ya.


Tentang point ke 2 , dari eyriqazz tu, dahlia dalam tipsnya juga mengutarakan perkara yang sama- Rahsia terbongkar: menjana trafik ke blog anda. Dahlia pesan, komen , lebih baik komen dalam comment box berbanding dalam shout box. Patutlah trafik dahlia tinggi dan konsisten.


Satu lagi pesanan dari rohaizad untuk menambahkan pengunjung ialah sentiasa membalas komen dari pengunjung. Ha, yang ini kekadang agak tercicir sikit, sebab, almaklumlah, agak kesempitan masa. tetapi biasanya saya usahakan juga.


berkongsi ilmu seperti mereka ini, memang sangat berfaedah bagi blogger baru seperti saya ini. apa pun saya sangat berterima kasih pada mereka semua yang tidak kedekut ilmu. orang pemurah memang rezekinya sentiasa murah, insyaAllah.


jomlah kita praktikkan. benda yang baik tiada salahnya kita turuti dan kongsi-kongsikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...