Monday, October 31, 2011

lapis

Isnin sentiasa mencabar.

Sementelah lagi, setelah cuti yang agak panjang dari biasa. Ditambah pula dengan acara hujung tahun di sekolah.

Yang penting ialah kerja sama.

Bekerja berkumpulan sebenarnya meringankan beban yang terpikul. Namun begitu, arahan yang tidak jelas dan bercampur baur menambahkan huru hara dalam kumpulan. Terlalu banyak lapis dalam struktur organisasi boleh mengakibatkan arahan yang berlawanan dan bertentangan.
taklimat majlis graduasi tingkatan 5 2011

taklimat perarakan masuk graduasi 2011

rehearsal

latihan perarakan masuk graduasi 2011

Setakat majlis kecilan, situasi sedemikian tidaklah terjejas mana. Tetapi, kalau melibat hidup dan mati nyawa manusia memanglah payah.

Namun begitu, saya kira, sekolah adalah organisasi yang paling kerap menganjurkan acara pelbagai. Dari awal tahun berjenis majlis melibat protokol pelbagai dianjur. Setiap kali itu juga pelbagai ragam dan rentak manusia yang terbeban dengan kerenah dan expectation yang melampau boleh kita lihat.

Tekanan boleh mengubah sikap seseorang. Sudah pasti, :)

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, October 30, 2011

apa ke jadahnya ?

Bila tiada ombak, laut kelihatan tenang. Indah pada pandangan mata.

Hidup yang tidak berombak?

Ada masanya. Hidup akan jadi datar. Seharian jadi rutin. Keluar masuk, duduk bangun bagai robot.

Sebenarnya itulah tenang. Dan bila kita kenal, itulah bahagia.

Yang tidak kenal, katanya bosan. Boring. Tidak tahu buat apa. Kepala bagai nak pecah duduk di rumah. Sesak nafas.

Tapi bila masalah melanda? Hati jadi tidak tenteram. Itukah bahagia? Kepala berserabut. Tidak bosankah?

Bila berada di fasa datar ini, yang penting ialah menghirup rasa tenang itu. Bersyukur kerana diberi peluang untuk menikmati hidup tanpa resah.

Bukan lah menjerit-jerit , BOSAN! BOSAN!

Selamat Berhujung Minggu Rakan-rakan semua.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, October 29, 2011

ada aku kesah?

Apa lagi?

Meneropong, peeping and stalking.

Cuti agak panjang , menemani ibu dan bapa mertua, tanpa berbuat apa-apa yang dikategori sebagai penting. Membaca , tetapi bukan bahan ilmiah. Sekadar posting dari bekas-bekas anak murid dan yang masih bergelar anak murid tentang What's on their mind.

Yang tengah bercinta, sibuk. Yang baru putus cinta pun, sibuk.

Yang sedang bercinta, pastinya, posting hanya untuk si "beee" tetapi, menjadi tatapan umum. Pelik tetapi tidak menghairankan. Menunjukkan rasa bahagia, menayangkan pada umum yang hatinya juga sudah berpunya, tetapi ucapan tersebut eksklusif untuk sidia, namun boleh dikongsi baca oleh sesiapa sahaja. Kompleks sungguh situasi tersebut.

Bila ada orang yang like , bertambah berbungalah hatinya. Lagi pula kalau si "beee" yang like.

Malu orang tahu, tapi mahu orang tahu.

Memang kompleks.

Mungkin hidup yang dikelilingi dengan kompleks beli belah, secara tidak langsung menyebabkan dunia percintaan sekarang ini menjadi begitu kompleks sekali.
Biarkan je lah. Nak baca, baca. Tak nak baca, lompat aje ke status orang lain.

Yang putus cinta?

Ahhh... lagi parah.

Aku tak peduli kau nak buat apa, keluar dengan sapa-sapa. Ada aku kesah?
Yang lain pulak ...
Aku bahagia jika kau bahagia. Biarlah aku berkorban demi kebahagiaan kau.

Ini namanya hipokrit. 

Saya tak pernah kisahkan mamat yang selalu naik motor merempit dengan girl friend dia..... Mamat mana ni? Entahlah, mamat mana-manalah. Asalkan dia itu ialah seorang mamat.

Sebab tak kisahlah, maka saya tak perlu buat posting tentang mamat tersebut. 

Ini , kalau dah 4, 5 puluh kali buat posting tentang mamat yang mencalarkan hati atau si minah yang menghiris hati dan menulis bahawa dia tak kisah, dia peduli apa, dia dah tak rasa apa-apa.... apa citer sebenarnya?

sad man
kesian betul kat mamat ni.... 

Sebenarnya, dia kisahlah kan. Tujuan dia apa? Hendak mamat itu tahu betapa dia sedang terluka dan dia sedang berkorban serta mengorbankan diri.

Kompleks sungguh dunia percintaan zaman sekarang. Banyak terpengaruh dengan drama, filem dan novel lah ni. Nasib baiklah saya sudah melepasi zaman tersebut... :)


Selamat Berhujung Minggu semua!!

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 28, 2011

luar keras, dalamnya lembut


Cikgu, muka saya ni memang nampak macam jahat ya? Ramai yang kata gitu...

Sedang berehat, mesej tersebut muncul pada skrin telefon. Dari bekas anak murid.

Persepsi.

Semua orang punya persepsi sendiri bila memandang dan melihat. Biasanya persepsi dan tanggapan ini kita buat tanpa sedar, hasil dari pengalaman sendiri atau pun pengalaman orang lain yang kita simpan dalam kotak fikiran.

Tanpa sedar, bila ternampak lelaki berkopiah dengan fail bergambar mendekati orang lalu lalang, sudah terlintas di kepala yang mungkin si dia itu penipu. Walau pun saya tidak pernah tahu adakah saya sudah ditipu oleh mereka yang seperti dia.

Tetap persepsi itu yang tertulis.

Saya ni garang eh? (Soalan bodoh) Tapi akak ni nampak macam penyayang giler. Macam orang yang kutip anak-anak kucing kat pasar, mandikan, bagi makan. Bukan eh?

Mesej dari seorang sahabat lain, setelah menerima mesej dari saya yang terkejut dengan sifatnya yang sangat menyukai binatang dan pokok. Padahal pertama kali melihat wajahnya, saya ingatkan beliau orang yang garang.


Two-Face




Dan ya.

Saya bukan orang yang sukakan kucing. Menggomol, memeluk dan mencium kucing atau anak kucing bukan hobi saya. Sekadar melihat , ok. Sekadar memuji, ok. Tetapi, tidak untuk membelai dan memandikan kucing.
Begitu salah dan terpesong jauh persepsi kita terhadap seseorang, jika kita tidak kenal hati budinya.

Tanggapan kita terhadap seseorang tidak akan pernah kekal. Kerana sifat manusia itu sendiri berubah.

Dan persepsi kita itu  akan jadi salah bila semakin lama kita menyelami kisah. Dan kita akan lebih faham serta menerima. Dan apabila sudah sampai kepada hakikat tersebut, wajah insan tersebut di mata kita akan berubah.

Salam Jumaat semua.

*rasa macam cuti panjang persekolahan je di rumah . best!

~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 26, 2011

surat untuk yanmie

Dah lama pencen bab menjoin diri untuk giveaway contest oleh bloggers.

Bukan apa. Malas nak mengarang dan berfikir. Tetapi di cuti Deepavali ini teringin pula melibatkan diri dalam giveaway yanmieonline.com.

Kenapalah tetiba hendak menjoinkan diri? Sebab syaratnya tidak banyak mana. Bagi review sedikit tentang blog tersebut.

Cuma rasa macam nak tulis surat kat yanmie....

Yanmie dear,

Blog yanmie tu dah ok sesangat. Kalau nak banding dengan blog akak ni, macam semut ngan gajah le. Akak si semut, yanmie tu lah yang jadi gajahnya. 

Dengan headernya yang cute mute tu. Maklumlah, blog akak ni bogel togel tanpa header. Tak reti, biarkan jelah...

Cuma akak ni orang tua, tak berapa gemar flash-flash bagai tu. Tapi yanmie buat tu okla, tak le serabut mana, lagi ada budak main jongkang jongket tu. Yang akak paling berkenan ialah button utk giveaway ni. Bahagia sungguh keluarga ini. That is my first impression.



Sememangnya yanmie banyak bekerja keras untuk blog yanmie, dan akak pun tahu hasilnya pun sudah dan sedang yanmie tuai. Alhamdulillah. Moga terusan sukses yanmie.

“Giveaway yanmieonline.com, menawarkan header blog hasil designer dari Budak Nakal"


Selamat bercuti semua...

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 25, 2011

bersama mu , kita boleh terbang tinggi

Perlahan.

Semakin berusia, semakin perlahan merubah rasa. Lelah pun lebih lambat hilang dan pergi. Dan terasa diri seperti lebih lama menyimpan kenangan, lebih dalam menyimpul kasih.

Sebenarnya yang ingin dikongsi hari ini, adalah kisah gembira. Kenangan manis. Lebih manis kerana saya sendiri terlibat sepenuhnya, bergerak perlahan, merangkak, berjalan dan akhirnya berlari bersama rakan-rakan di sekolah. Tiada yang penting mana, sekadar jamuan akhir tahun , rutin tahunan yang kali ini saya dan rakan-rakan dalam AJK Kelab bertanggung jawab melaksanakannya.

Alhamdulillah, terlaksana seperti yang dirancang.


bersama sahabat-sahabat AJK dan ahli kugiran

ice sculpture


malam sejuta kenangan @impiana hotel kuala lumpur

bersama tetamu dan ratu batik malam itu (kanan sekali)






kenangan manis


bersama Puan Rohana

tetamu rakan guru


tenggelam dalam gemerlap tiga jelitawan yang memukau

bersama kalian , kita boleh terbang tinggi..

cuba tengok rakan guru buat apa di belakang tu?? penari balet jemputan... :D


antara pemenang bertuah hadiah utama Samsung Galaxy Tab 7" dan jam tangan J.Bovier

Dek kerana malam tersebutlah, rutin harian terganggu lewat ini. Alhamdulillah segalanya telah selesai. 

Adat  majlis, ... yang kurang janganlah dicela, yang indah simpanlah di hati buat kenangan di bawa mati.


~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, October 20, 2011

meraba bawah meja

Setiap kelas hanya ada 3 buah kipas yang tergantung di syiling. Itu pun di bahagian tengah kelas. Memang itu spesifikasi bangunan sekolah kerajaan di Malaysia.sejak dari dahulu lagi, kan.

Ya, kenapa tu?

Suasana yang sunyi terganggu sebentar. Minggu peperiksaan. Memang itulah suasana yang sepatutnya dalam minggu peperiksaan.

Ah, tak de apa, cikgu.

Kalau tak de apa, jangan bercakap!

Perkara biasa yang diperingatkan oleh mana-mana pengawas peperiksaan. Sudah bertahun mengawas peperiksaan rasmi, luaran atau dalaman. Sama sahaja. Melihat lirik mata sahaja sudah bisa diterka, ada unsur hendak meniru atau tidak.

Cikgu, ... Cikgu kan cikgu sains. Boleh tak cikgu buatkan angin kipas tu sampai kat tempat saya ni.

Duduknya dia di hujung depan berdekatan dengan pintu. Memang jauh dia dari kipas.

Saya hanya menggeleng. Tak boleh nak membantu.

Dia tersenyum. Memang orangnya suka tersenyum.

Tangannya meraba bawah meja. 

Mencari sesuatu. 

Tidak lama meraba, dia mengeluarkan kipas tangan atau kipas nyonya, sambil membuka kipas tersebut dan mula mengipas-ngipas perlahan.

Ah... Jarang betul  melihat pelajar lelaki membawa kipas nyonya ke sekolah. 

Comellah pulak.

:)

*Balik ni nak cari semulalah kipas nyonya saya di rumah....

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, October 15, 2011

mimpi siapa yang indah?





Semangat suam-suam kuku.


Bulan Oktober ini agak sarat dengan beban di bahu dan fikiran. Lantas semangat yang menjalar, deruannya menjadi perlahan dan lemah. Rutin harian pun berubah berpandu cita rasa terkini yang lebih ingin membaca dari menulis.


Otak pun kelam.  :-)

In the hereafter, this life right now will look like a dream... ~ Ustadh Hassan Elwan

Di akhirat nanti, hidup kita waktu ini, akan kelihatan seperti mimpi.


Saya kira, sekarang ini pun, bila mengenang kisah-kisah lama yang berpuluh tahun lepas berlaku, terasa seperti mimpi yang baru sahaja dirasai. Hidup adalah permainan.


Seperti rasa ini. Beban ini, waktu ini.


Mimpi semuanya.



Mimpi yang perlu juga dilalui. :)

Selamat berhujung minggu semua.

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 11, 2011

terimalah padahnya nanti

Banyak benda yang disesalkan dan sepatutnya tidak. 

Kata Dr Muhaya, hidup lebih bahagia jika tidak merungut, mengeluh dan menyesal. Dan tidak perlu risau dengan apa yang akan berlaku, kerana yang terjadi tetap akan terjadi. Aturan Allah yang punya kuasa. Tugas kita mengabdi padaNya, melaksanakan tanggungjawab dan berdoa agar sentiasa dalam peliharanNya. 

Tapi, tetap, sebagai manusia, bicara hati kekadang tiada upaya untuk ditepis dan disisih. 

Macam mana sekarang? 

Lama tidak melihat kelibat anak ini dalam kelas. Kalau hadir pun di hari itu, di waktu menghampiri tengahari dia akan lenyap, menyorok dan menghilang entah ke mana. SPM tinggal lagi beberapa hari, dan tiada resah di wajahnya. 

Dia diam tidak menjawab soalan saya. Matanya memandang jauh. Badan makin kurus, pipinya cengkung ke dalam. Sirna matanya tiada seri. Kosong. 

Awak balik rumah ke tidak? 

Hanya segores jalur hidupnya yang saya tahu. Itu pun secara tidak sengaja. Hampir dua tahun mengenali anak ini, saya tahu hidupnya tiada arah. 

Balik. 

Baguslah. Sekurang-kurangnya, makan dan minumnya terurus, dan tidurnya tidak berbumbungkan langit. 

Awak solat tak di rumah? 

Dia memandang saya. Teragak-agak ingin menjawab. Perlahan dia menggeleng. 

Saya dah tak ingat macamana nak solat. Dah lupa. 

Emak ngan ayah solat tak? 

Dia geleng lagi. 

Saya pandang wajahnya dalam. Sedih dan kesal berbaur. Menjadi hirisan halus menyelit jauh ke dalam hati.

Sesal.

Kerana saya tidak berbuat apa-apa dan nanti apa yang akan saya jawab kelak?

~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...