Saturday, November 20, 2010

Tergamak kau...?

Lama juga menunggu kereta diservis, tetapi dek sebab keterpaksaan, digagahkan juga. Alhamdulillah, pusat servis menyediakan minuman serta sedikit kuih muih untuk mengalas perut. Ada juga siaran Astro Star World menayang cerita hampeh 'The Three Amigos' dan surat khabar bahasa Cina juga disediakan. Suratkhabar bahasa Inggeris sudah lama berada di tangan orang lain yang lebih awal menunggu dari saya.

Sedang menunggu itu, ternampak rakan lama beserta dua anak perempuannya yang sudah besar panjang.

Tersenyum, dia menghulurkan tangan ke arah saya. Saya berat hendak bangun,tetapi menyuakan tangan saya sepanjang yang boleh. Sombongkah saya? Tidak... tetapi sebab nanti jika bangun, tempat duduk saya akan segera disambar oleh orang lain, jadi saya mengorbankan keramahan saya buat seketika.

Nasib baik tempat duduk di sebelah kanan saya kosong. Sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah saya sempat dia bertanya.

"Is this your son, Normah?" sambil menunjuk jejaka di sebelah kiri saya yang dari awal lagi sedang menunggu.

Jejaka tersebut tergelak kecil.

Ciss.... tergamak kau rakan ku...

"No... Ini client kat sini juga, sedang menunggu keretanya juga. Saya tak kenal dia..."... sama ada jejaka tersebut muka boyish atau saya yang dah berubah jadi muka makcik?

Dalam hati... *balik kena gi buat spa lah , urut muka bagi tegang sikit*... ada ke?

:)


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29 comments:

  1. Pergi jangan tak pergi ke spa tu cikgu. Biar nanti bila jumpa kawan tu lagi dia akan tanya kalau client di sebelah tu adik cikgu hehehe

    ReplyDelete
  2. haha kak normah kena suntik botok ni..huhu

    ReplyDelete
  3. @Yunus Badawi

    haha
    tak kemananya spa tu YB
    memang dah patut digelar makcik pun... menunggu dipanggil mbah atau nenek pulak
    :)

    ReplyDelete
  4. @imanshah


    adake botok ni iman?
    botox adele... awak ni iman, mentang2lah tak lama lagi nak sampai usia nenek, bagi cadangan suruh suntik botok pulak...

    takpelah iman ,...
    redha je lah
    nak buat cam mana, tak pakai make up tadi... tu lah pasal

    ReplyDelete
  5. @iqbalsyarie

    memang sakit lah iqbal...
    tapi nak buat camana kan. nak jadi macam kak anita sarawak memang tak bisa...terima jela seadanya

    ReplyDelete
  6. hahaha senasiblah kita... slalu dipanggil makcik tapi ce abg di panggil abang pulak.. aduhaiii

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...

    Takpe cikgu...setiap hari kita semakin tua

    ReplyDelete
  8. dah cuti ni kak, apa lagi.. jomlah kita bermanja2 di spa tu.. :)

    ReplyDelete
  9. salam kak normah
    hu hu saya masa mula2 masa
    pindah ke sekolah bru saya,
    student panggil saya, makcik.
    agaknya saya nampak tua
    dengan menolak kerusi roda saya,:)

    ReplyDelete
  10. salam cikgu,
    Setiap hari kita semakin berubah.. lama dan faktor usia. Apa boleh buat memang lumrah. Tapi ada yang maintain walaupun usia meningkat rupa paras macam masih macam orang muda tapi kudrat dah lemah...

    ReplyDelete
  11. Salam CikguNormah,

    terimakasih sudi singgah blog saya dan tinggalkan komen. ni dah start cuti sekolah, ada apa-apa perancangan ke? nak pergi berrehat di resort ? atau nak pergi spa? hehehe..

    biasalah tukan..saya dulu mmg terasa orang panggil makcik..tapi bila tengok anak sendiri pun dah besar, mestilah kawan2 dia panggil kita makcik, takkan dia orang nak panggil kita kakak pulak kan kan kan...

    ReplyDelete
  12. soklan yg buat hati jadi murung tuh

    ReplyDelete
  13. Salam perkenalan nama ku melor. Nice blog.

    ReplyDelete
  14. elok juga tu.. touch up sikit-sikit!

    ReplyDelete
  15. Salam my dear sis..:)

    aduhaii...sampai sekarang...lum pernah lagi jejak spa spa nii...huhuhu..

    ReplyDelete
  16. Salam,

    biasa la tu klc... alhamdulillah, peristiwa itu memperingati kita bahawa itu adalah kunjungan/ingatanNya pd kita agar berwaspada sentiasa kerna kita semakin hampir dgnNya... jangan kita terima kunjungan 'izrail tanpa diduga... tak sempat nak bersedia...

    ReplyDelete
  17. @Insan Marhaen

    wah.. ada penyokong pulak ya...
    nantilah IM , kena pikir dulu

    ReplyDelete
  18. @Melor

    terima kasih berkunjung melor... manis namanya

    ReplyDelete
  19. @nurazzah8

    memang dah selayaknya pun... sengaja merencahkan cerita

    ReplyDelete
  20. @Mohamad


    kudrat dah lemah tu tak syokkk tu kan...
    biarlah sebgini adanya

    ReplyDelete
  21. @ummu

    ya ka? tak baik diorang kan...
    tak pa ummu, yg penting hati kita muda

    ReplyDelete
  22. @cikgu isza

    jom isza...
    tak pe... mak yong pun kena berspa juga

    ReplyDelete
  23. @ibuintan

    tu lah ibu intan...dunia memang tak adil
    :)

    ReplyDelete
  24. Ahahah.. kelakar entry ni.. agaknya kawan tu ada masalah mata kot.. :P

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.