Monday, January 3, 2011

salah menilai

Kadang-kadang manusia memang tidak boleh dinilai melalui imej luarannya, walau pun kerap kali imej luarannya itulah yang membentuk nilai dan tanggapan orang lain terhadapnya.


Waktu itu, hari sudah gelap diluar. Saya tergesa-gesa melangkah keluar dari supermarket tersebut dan berjalan pantas ke mesin membayar parking kereta secara automatik. Azan maghrib baru sahaja kedengaran semasa saya masih beratur di luar.


Saya tahu, keadaan di luar supermarket pasti akan sesak kerana ada pasar malam pada hari tersebut, dan ramai juga pastinya ingin segera sampai di rumah sebelum waktu maghrib habis. Dihadapan saya seorang lelaki dengan dua anak kecilnya turut beratur.  Berpakaian kasual, berseluar pendek aras lutut, beliau melambai ke arah dua orang wanita yang baru sampai. 


Saya kira wanita tersebut bukan berbangsa Melayu dan kemungkinan besar berbangsa Cina. Wanita yang muda tersebut mungkin isteri lelaki di hadapan saya manakala yang agak berusia sedikit itu ibu kepada wanita itu.


"Can we go to the pasar malam after this?" tanya wanita muda pada suaminya yang masih beratur di hadapan saya.

"Mmmm, I really need to go for my prayers... Its Maghrib. Unless you know what you are going to find there and just have a quick stop, I can wait in the car," si suami  memberi alasan.

"I should have wear my jeans..." si suami menyatakan kesalnya setelah mereka mengambil kata putus untuk terus balik ke rumah dan akibatnya permintaan si isteri tidak dapat dipenuhi.


Tetap menunaikan solat dan menjaga waktu solatnya....... itulah perkara terakhir yang saya kira dalam penilaian dan tanggapan dangkal saya berdasar imej lelaki itu akan dipertahankan oleh beliau, dan anggapan saya bahawa itu  bukan nilai utama dirinya. Dan saya memang tersilap besar dalam membuat penilaian. Saya doakan agar beliau istiqamah dan keluarganya turut dirahmati Allah sentiasa.


~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Barangkali kita salah menilai dan ada juga orang salah berbuat, yang wajib dijaga dan di samping itu ada juga yang tidak dijaga...

    ReplyDelete
  2. kita menghukum dan menilai memang pada luarannya.

    ReplyDelete
  3. setuju..menilai seseorang bukan dr imej luarannya..w/p kdg2 imej itu yg membentuk tanggapan org kan.

    ReplyDelete
  4. Kadang2 kita rasa kulit luar yg cantik terus sahaja berharapan isi buku tetap juga cantik...

    Malang pula kita rasa dan kesal bila ianya tidak menepati jangkaan.

    Dan bila isi dalam begitu indah tentulah kita seronok dan hilang kesal melihat kulit melihat kulit yang tidak seindah mana. kan?

    ReplyDelete
  5. betul3.. setuju sangat.. yang nampak baik, sering dipuji baik, bagus.. walaupun dia ni cuma tunjuk baik kat depan orang je.. bila kita pegi sorang2 minta dia tolong, takde pun dilayan nye..

    ReplyDelete
  6. risau hati sendiri yang sering menghukum² walaupun tidak terbit di mulut.

    ReplyDelete
  7. salam..
    Alhamdulillah..
    ramai yang begitu
    sekarang..menjaga solat

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum..sikap manusia sukar diduga..dalam hatinya masih tahu akan waktu solat yang telah kunjung tiba...insaf..

    ReplyDelete
  9. Macam macam dugaan zaman sekarang terpulanglah keapda iman masing masing untuk menghadapinya..

    Tips sebelum melancong

    ReplyDelete
  10. jahat dah kita kata kat orang, kan?
    hmm..

    ReplyDelete
  11. saya payah nak teka orang macam mana. ilmu kurang, pengalaman pun kurang. hehe

    ReplyDelete
  12. Paling susah jaga solat adalah subuh dan isya'. Kadang2 asar. Paling senang bersolat adalah waktu maghrib.

    Nak tau kenapa? Hamba pun tak tau.....

    Yg penting, solat dijanjikan Allah aman dunia akhirat. Itu PASTI.

    ReplyDelete
  13. oh.. mungkin saya juga akan berfikir sebegitu. Kita kan manusia yg selalu berbuat salah, sy akan jadikan citer ini sbg panduan buat diri sendiri.

    ReplyDelete
  14. @cikgunormah,
    alhamdulillah, bagus cerita itu.
    kadang-kadang saya juga "tergelincir" pada waktu situasi begitu.


    Khaidir

    ReplyDelete
  15. @Abd Razak

    ya lah razak... nama pun manusia, tiada yang sempurna

    ReplyDelete
  16. @MrS. F!zA

    pengalaman juga turut memabntu merumuskan tanggapan tersebut

    ReplyDelete
  17. @Kujie

    saya sering juga berperasaan sebegini kujie

    ReplyDelete
  18. @sahromnasrudin

    ya... saya turut dimuhasabah dalam situasi tersebut

    ReplyDelete
  19. @Miecyber

    kita harap iman kita tetap istiqamah dalam beribadat

    ReplyDelete
  20. @Luth Textile

    tu lah... luth, jahatnya hati saya ni kan

    ReplyDelete
  21. @Khaidir


    ya ... sama2 kita cuba bersihkan hati

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.