Tuesday, April 19, 2011

kasih yang tersalah curah

People are to be loved and things are to be used. The problem arises when things are loved and people are used. ~ @Islamic quotes

Materialistik.

Siapa? Kebanyakan kita.

Saya juga tidak terkecuali. Selagi jiwa terjajah dengan kehidupan duniawi yang terbentang di depan mata, dengan nikmat pelbagai yang masih belum terjamah sepenuhnya, selagi itulah material adalah keperluan dan kehendak.

Bekerja biarlah kerana Allah, agar hidup mendapat berkat.

Senang ia terlontar dari bibir, tetapi benarkah ia terukir sebegitu indah di hati. Masih ..., saban waktu langkah berat ini dalam payah menongkah rasa malas dan, pada waktu itu,  bekerja  menjadi sekadar tanggungjawab bagi menghalalkan rezeki yang dicari.

Biarlah..., meski ikhlas itu perlu dikuis untuk dinilai sahihnya ia, 'tanggungjawab'  masih berupa alasan yang baik untuk khidmat yang tercurah ini.


Kadang, dalam hidup yang berupa ujian ini, kasih kita tersalah curah. Berapa kali agaknya dalam hidup ini, kita memarahkan anak kerana memecahkan set pinggan mangkuk, atau menghilangkan set tupperware, atau menjatuhkan handphone kita hingga isinya terburai atau menjahanamkan kamera yang baru kita beli. Marah tanpa niat sebenarnya kan, tetapi tetap kita marah, kerana kasih kita pada material tersebut.

Membaca quotation di atas menginsafkan saya hari ini. Esok , lusa? Entah....

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. kerana itu di sarankan selalu beristighfar...

    ReplyDelete
  2. ye bykkn istighfar..salam perkenalan..sye budak baru memfollow..hihi..sudi² memfollow blog sye ye..hihi

    ReplyDelete
  3. terima kasih kerana mengingatkan sesama kita.. saya pun pernah sekali merungut bila nak buat susu anak pada awal pagi.. dah laa letih keje balik lewat malam.. huhuuhu.. tapi tersedar, itu sebenarnya tanggungjawab seorang bapa juga.. :)

    jangan lupa komen kat Isu Gula Tambahan di dalam Susu Tepung Bayi

    ReplyDelete
  4. Salam Cikgu normah,

    Semenjak saya kehilangan anak lelaki saya, apa pun kejadian yang terjadi, saya selalu berfikir "kalau dah disini saja tahapnya, apa nak buat".

    Pujuk diri sendiri.

    ReplyDelete
  5. Great stuff!!! Pls visit me at http://johorkia.blogspot.com/ & leave me your thoughts...Cheerios!!!

    ReplyDelete
  6. sekarang cikgu² dikatakan materialistik...

    ReplyDelete
  7. Materialistik...?jujurkah manusia bila menolaknya mentah2..kebahagian diri adalah apabila kita dapat memenuhi kehendak dan keperluan yang tidak terbatas.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum...

    Dunia materialistik makin terwujud, manusia difitnahkan dan digunakan semata-mata untuk merebut harta dan pangkat..

    ReplyDelete
  9. terima kaseh cekgu atas entri yang menyedarkan saya..saya pun tak terlepas dari sikap materialistik

    ReplyDelete
  10. zaman sekarang kita terlalu disogokkan dengan material.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.