Monday, July 25, 2011

nampak sangat kebodohan awak ya....

Hutang.

Obama sedang pening kepala. Debt ceiling yang ingin ditingkatkan lagi tidak mendapat respons yang baik dari ahli. Katanya jika aras hutang negara tidak dinaikkan, berkemungkinan selepas 2 Ogos, Perbendaharaan Negara tidak dapat melunaskan pembiayaan kemasyarakatan. Sistem perkhidmatan awam akan jadi lumpuh. Bayangkan, kerajaan tidak punya duit untuk menjelaskan gaji kakitangannya, perkhidmatan kesihatan dan pendidikan akan terjejas teruk.

Menyelesaikan masalah hutang dengan berhutang lagi. Pelik.

Diharap, dengan meninggikan aras kebolehan untuk berhutang, mereka boleh berhutang lagi untuk meneruskan kesinambungan pembiayaan negara. Rupanya, ada klausa dalam perlembagaan yang menghadkan jumlah hutang yang boleh dibuat oleh negara tersebut.

Saya bukan ahli ekonomi. Belajar ekonomi pun tak pernah. Buta ekonomi. Cuma mendengar radio IKIM petang tadi, entah slot apa. Tetapi , pengacara dan penceramah jemputan berbincang tentang masalah ekonomi di US dalam bahasa yang mudah untuk orang-orang seperti saya.

Bukan sahaja di US, rupanya. Eurozone juga mengalami kegawatan ekonomi yang hampir sama bagi negara Greece dan Itali. Sedangkan Itali adalah antara negara besar dan maju di dalam Eurozone. Masalah hutang yang tidak dapat dibayar.

Di US , katanya, masalah defisit ini hanya timbul semasa era kerajaan George Bush, akibat dari dasar-dasarnya yang tidak membantu. Antaranya ialah beberapa siri peperangan yang melibatkan mereka. Jadinya, Obama menjadi pemimpin yang terpaksa menyelesaikan masalah orang lain.

Bila melihat forum-forum berkaitan masalah hutang US ini, banyak yang mengatakan ini semua salah satu usaha US dalam konspirasi dunia mereka. Entah. Saya memang tidak arif langsung. Nil.

Tetapi yang jelas ialah, jika benar ekonomi US akan merudum, ekonomi negara kecil kita juga akan terjejas. Bila si kaya sudah tiada duit untuk membeli, apalah jadinya nanti barangan jualan kita ? Itu satu contoh....

Tetapi yang tetap menjadi musykil ialah, siapakah  Qarun si pemberi hutang dan mengenakan faedah yang tinggi pada negara ini? Saya kira ramai yang dah tahu. ;)

* one rule of writing, is write only what u know. nampak gaya saya menulis apa yang saya tak tahu. pasti nampak jelas kebodohan saya. :) tak apalah. Bukannya masuk periksa pun . Hehehe.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. Cikgu, orang yang menilai kebodohan kita melalui tulisan itu sebenarnya lebih teruk dari kita. Sekurang2 kita tahu mengeja, menulis dan berani pula membiarkan orang membaca tulisan kita.

    Hebat, kan?

    Contol ~ Option ~ Shift = Command...!

    ReplyDelete
  2. Gali lubang untuk tutup lubang...dan semakin banyak lubang...

    ReplyDelete
  3. @azieazah

    Hehe, azie, setuju. Sebelum menulis sebenarnya kita pun baca juga serba sedikit. Cuma mungkin ilmu agak dangkal. Jadi menulis atas permukaan sahaja, tidak mendalami serta menyelami.

    Apa pun, yang pasti ramai blogger yang berani. Bersedia dibetulkan jika salah. :)

    ReplyDelete
  4. Menjelang tahun 2016, negara China akan menjadi Kuasa Ekonomi No. 1 Dunia.Kelebihan negara China ialah mereka maju tanpa sebarang hutang luar negara pun.Hebat kan....

    ReplyDelete
  5. Bagusnya cina tak ada hutang. Ini asyiklah tutup lubang sana, korek lubang sini.

    ReplyDelete
  6. membaca, mendengar dan mengikuti pengalaman orang lain akan menambah pengetahuan...sekurang2nya cikgu telah menambah sedikit lagi pengetahuan walaupun dalam kekaburan...

    **sebenarnya aina pun tak berapa faham bab ekonomi dan bab duit2 sebab tu bila bekerja tersasar dari bidang...:)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.