Thursday, July 21, 2011

patah hati

Cikgu, citerlah pasal susuk.

Minggu ini , minggu penglipur lara di sekolah. Sayalah menjadi tukang karutnya.

Ah... anak murid. Memang persis budak-budak tadika, suka benar mendengar cerita . Dan kau telan cerita itu satu persatu, seolah cikgu itu maha tahu. :)

Tapi... pada sayalah, kan

Intro kepada pendapat peribadi setelah dikisahkan secebis cerita susuk yang saya tahu.

Orang perempuan ni kebanyakannya ...., kita cepat menggantung harapan sepenuhnya pada orang yang kita sayang. Dan ramai kita, sanggup buat apa sahaja untuk orang yang kita sayang. Macam orang yang buat plastik surgeri bagai tu, pada saya dia buat sebab dia nak bahagiakan suami/kekasih dia, kerana dia rasa suami/kekasih dia akan lebih bahagia dan lebih sayang dia jika dia punya pinggang yang ramping atau dada yang besar.

Budak-budak ini mengangguk. Ada yang bagai terpesona mendengar kata-kata saya. Seperti saya ini tukang nujum mengisahkan tentang masa depan mereka.

Cikgu macam tu ke?

Senyum.

Semua kita pasti akan lalui fasa itu. Macam awak sekarang ni. Saya pun pernah lalui fasa yang setengah awak sedang rasai.

Saya pandang satu persatu wajah anak-anak ini. Kelas yang pertama dalam Tingkatan 5 di sekolah. Di sinilah, pelajar yang terbaik untuk sekolah saya ditempatkan. Tetapi sebijak mana pun mereka , hati dan perasaan tetap seperti manusia yang lain.

Yalah. Saya pun pernah suka pada seseorang. Dulu. Kalau dia lalu tepi , walau tidak pandang kita pun, dalam hati suka ya amat. Bergetar jantung, berharap dia tahu.

Budak-budak ini tergelak. Saya tahu ada yang bergelak kerana situasinya sama. Walau kisah berpuluh tahun dahulu, tetapi getar di hati remaja tetap sama tidak kira siapa yang empunya, atau di zaman mana ia berada.




Dan, saya juga pernah rasa patah hati. Memang pedih dan sedih. Tapi, itu memang dah fitrah hidup. Kita kena lalui juga. Awak pun gitu. Patah hati itu pelajaran dalam hidup. Dengannya hati kita jadi kuat. Nak atau tak nak, kita kena tempuh juga. Mungkin bukan sekarang, tapi satu hari nanti. Setiap kita nanti pasti akan patah hatinya sementara. Satu hari nanti. Yang penting awak kena ingat, ia perjalanan. Bukan penamat. Kena kuat. Kena tempuh. 



Cikgu... cikgu patut jadi motivator lah.


Haha... yalah tu.


~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. Dan setiap orang yang patah hati itu akan semakin kental jiwanya... Macam cikgu jugak! :)



    Pilihan 1: Menapis Cerita...

    ReplyDelete
  2. Wowwww. Ingat lagi cikgu ajar kitaorg takdek nk citer citer punn?

    ReplyDelete
  3. kalau kita mencintai manusia sebagaimana yang disarankan Allah SWT pasti tiada kepedihan sangat kalau terluka.... sebab kita tahu mencintai Allah SWT adalah yang pertama..........

    ReplyDelete
  4. Sedihkan kalau patah hati.

    Pernah juga dulu2 masa sekolah kita dalam diam ada hati pada seseorang (secret admirer), frust bila tengok dia tak pandang pun pada kita.

    ReplyDelete
  5. @Kunang-Kunang

    Penah alami jugak, dah la tak pandang, tegur pun buat taktau ja huhu

    ReplyDelete
  6. Biasa lah kalau patah hati, normal bagi setiap manusia, suka org lain, bercinta dgn org lain tapi kahwin pun dgn org lain.....hidup mesti pelbagai, baru lah ceria, naik kereta pun, kalau jalan straight, cepat mengantuk, tu lah sbbnya accident byk berlaku di jlan yg lurus, manusia kurang berhati2..tapi kalau byk corner, barulah thrill............

    ReplyDelete
  7. @azieazah

    Betul azie, dan ramai dari kita yang punya hati yang kental

    -cikgunormah-

    ReplyDelete
  8. pandai k.normah berkisah...
    terkonang pula dolu-dolu...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.