Pagi tadi ke sekolah. Acara biasa. Setahun sekali. Sambil itu memasang radio. Slot soal jawab bersama Dr Muhaya di radio Ikim.
Sesungguhnya ada insan yang begitu positif sekali dalam pandang hidup seperti Dr Muhaya ini. Kagum. Memang kan, mukmin itu, segalanya adalah baik bagi dia, jika diuji dengan musibah maka itu adalah baik baginya kerana terpilih dari ramai di luar untuk mendekatkan hatinya pada Rabbul Jalil dan jika nikmat yang dikecapnya , maka itu juga baik baginya.
Tidak patut kan, orang yang kakinya bersaiz 6 melihat orang yang kakinya bersaiz 8 dengan perasaan iri hati dan dengki , kata Dr Muhaya.
Kita wajib menjaga diri kita. Jaga pandang mata, jaga buku, majalah yang kita baca, siaran yang kita tonton, lagu yang kita dengar.... kerana ini semua membentuk apa yang kita fikir dan apa yang kita fikir menatijahkan kelakuan serta tindakan. Jika kita mahu yang positif, segalanya yang melingkari hidup kita mesti positif
Itu yang saya faham dari kata-kata beliau.
Itu jugalah yang saya dapat, selesai menonton video The Secret adaptasi dari buku bertajuk sama karangan Rhonda Byrne yang menjadi best seller tahun 2006. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Betul.
Salah satu perkara yang selalu saya fikir dan serahkan padaNya dan sering tidak pernah gagal mengecapinya setakat ini ialah mendapatkan tempat parking kereta seperti yang saya bayangkan bila keluar membeli belah. Hehehe. Perkara remeh dan kekadang lucu juga. Fikir, percaya dan yakin yang saya akan dapat. Dan Alhamdulillah, selalunya saya dapat tempat parking seperti yang saya bayangkan itu. Allah punya kuasa. Tapi Rhonda Byrne sebut sebagai Law of Attraction.
Cubalah...
* nak cuba apply law of attraction bab jadi kaya raya :)
~cikgunormah@klcitizen~
Salam cikgu..
ReplyDeletedengki mendengki ni perkara biasa dalam hidup manusia..cuma kita berdoa muga perasaan itu tiada dalam hati kita.
ps sy pula rasa jrg gagal bila mencucuk benang ke jarum bila mengucapkan Bismillah dengan sesungguh hati...
salam - yang saya fikir saya hendak sentiasa sihat tubuh badan....
ReplyDeleteselamat menyambut ramadhan al-mubarak
@nyanyisunyi
ReplyDeleteYalah ida... Kalau sungguh hati menyebutnya. Apa pun rasanya, jarang yang Allah tak perkenankan. :)
@sonata anak kancil
ReplyDeleteHarapnya sonata sentiasa sihat, terlebih lagi di bulan Ramadhan nanti.
sayang sekali,saya seorang yang berfikiran negatif(pessimis).
ReplyDeleteselamat menyambut ramadhan cikgu normah...
ReplyDeletelaw of attraction - lets test that!
ReplyDelete:)
selamat menyambut Ramadhan.
ReplyDeleteLaw of attraction? ada ke such thing? bagi akak dah fail dikk....hehehe