Saturday, July 16, 2011

airmata menitis

Istimewanya menjadi penulis yang berbakat adalah hasil tulisnya. Tulisan bermakna mencetus idea, mengocak jiwa dan menjadi khazanah tidak ternilai. 

Tidak pernah ...., air mata menitis menatap baris ayat dalam sebuah novel. 

The Kite Runner mengubah rutin tidak pernah itu. Buku sudah lama di pasaran. Sejak 2003 lagi. Berlatar belakang Afghanistan, sebelum keruntuhan sistem monarki diikuti oleh pencerobohan Russia dan persengketaan etnik antara puak Hazara (Syiah) dan Pashtun. 


Khaled Hosseini, warga Amerika yang berasal dari Afghanistan adalah penulisnya. Penulisannya mencengkam hati saya. Bermula perlahan, kisahnya berkembang menjadi babak-babak sedih, tragis dan memilukan, silih berganti. 

Kisah hubungan antara dua orang budak lelaki, Hassan berketurunan Hazara dan Amir berketurunan Pashtun, berdasar pertalian orang gaji dan majikannya.  Kisah tentang kesetiaan, pengkhianatan, rasa bersalah dan menebus kesilapan.

Menelusuri jalanan di Kabul.... walau kaki ini tidak pernah menjejak ke sana, rasa kagum dengan kisah mereka. 

Benarlah.

"Sad stories make good books" ~ kata Soraya : The Kite Runner by Khaled Hosseini.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 comments:

  1. penulisan yang datang dari hati memang boleh sentuh hati kita. tak pernah baca buku ni lagi, tapi nak try carilah if ada -..-

    ReplyDelete
  2. Cikgu sy tgk crite ni, memang best la !

    ReplyDelete
  3. @lizz

    Highly recommended lizz...

    -Cikgunormah-

    ReplyDelete
  4. @Emi Kaz

    kalau ada peluang , hendak juga menonton filemnya...
    emi, semoga bisnes bertambah baik ! :)

    ReplyDelete
  5. SALAM,
    BAGUS NI, RAJIN MEMBACA ! BERTAMBAH ILMU ! LF DAH LAMA TAK MESRA BUKU !

    ReplyDelete
  6. @luahfikiran

    Tidaklah rajin mana LF. Bila ada peluang je...

    -cikgunormah-

    ReplyDelete
  7. Saya ada baca buku ni...memang menangis cikgu....sedih sangat...first time kot baca buku menangis...hehe...

    ReplyDelete
  8. @Skinny Legs

    Samalah kita ... First time baca novel keluar air mata. Biasanya setakat menangis dalam hati je. :)

    -cikgunormah-

    ReplyDelete
  9. salam..
    ermmm..masih aku terasa..
    saya pun terasa juga membacanya
    bukan sejiwa kan kita..?
    :D

    ReplyDelete
  10. Ass_Salam my lovely sis Tinie with lots of love.

    ...am not much of a novel reader.
    haraf dah kembali senyum for tomorrow.

    ReplyDelete
  11. sorry sis...
    i have made a major mistake!
    please delete my previous comment ok.

    ReplyDelete
  12. Cikgu Normah,

    Kat mana beli buku ni? Saya cari di Kinokuniya tapi tak jumpa.

    ReplyDelete
  13. @zulkbo

    ya... bab buku ini memang mungkin kita sejiwa :)

    ReplyDelete
  14. @hazeleyed lady

    kak hazel... tak apa, saya faham. kadang saya juga tersilap begitu. tak perlulah saya delete. jangan susah hati. no worries... :)

    ReplyDelete
  15. @Tirana

    saya beli di Popular Book Store.
    harap2... Tirana jumpa.

    ReplyDelete
  16. Salam kak..
    rasa teruja nak baca novel ini juga walaupun BI tak berapa ok tp boleh lah faham bila membaca...

    p/s terimaksih atas rasa perihatin kak normah..insyallah nanti sy emel akak.

    ReplyDelete
  17. Jika baca novel memang boleh menyentuh perasaan. Lagi2 kalau novel tu cerita sedih..hehe

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.