Sunday, July 17, 2011

melampau

Menghakimi.

Memang mudah menjadi hakim dan melabel. Apatah lagi di belakang keyboard di dalam bilik rumah sendiri. 

Tahun 1860an. Zaman Dinasti Ch'ing menuju keruntuhan. Maharani Tzu Hsi yang juga dikenali sebagai Empress Dowager dibesarkan di wilayah Anhwei, China. Wilayah yang sangat miskin. Kisah beliau menaiki tahta dan memerintah banyak dikisahkan. Yang sempat saya baca tentang kisah Empress Dowager  ini dalam novel berdasar kisah benar karangan Anchee Min, Empress Orchid  dan The Last Empress.  Kisahnya sangat membuka mata.


Bukan novel tersebut yang saya hendak kisahkan. Tetapi kemiskinan yang melampau. 

Benarlah kemiskinan itu boleh membawa kepada kekufuran.  Saya tidak dapat membayangkan kemiskinan yang melampau. Kerana saya tidak pernah merasainya. Tetapi membayangkan kemiskinan yang sangat tragis cukup menyedihkan. 

Kemiskinan sehingga bila mana anak sendiri mati, itulah menjadi sumber rezeki. Dagingnya menjadi makanan untuk ahli keluarga yang lain, akibat kemarau panjang yang tak sudah dan tidak punya sebarang harta hatta sebutir beras pun untuk dijual bagi mencari rezeki. Dan bila di sekeliling kita pun hanyalah kemiskinan seperti kita merata-rata. Buntu.

Bagaimana agaknya ketua keluarga itu tidak bertindak begitu? Survival adalah matlamat utama.

Bayangkan, miskinnya hingga, waktu zaman itu, hadiah yang paling berharga adalah najis manusia. Gunanya untuk membaja hasil tanaman di tanah sekangkang kera . Itu pun jika dapat menuai hasil tanaman jika tiada kemarau atau banjir besar melanda. Dan anak-anak petani ini menunggu dengan berharap, agar rakannya dari keluarga yang kaya di kalangan pentadbir wilayah, membuang air besar dengan banyak dalam tong yang tersedia. Bila mana tong tersebut penuh, itulah namanya kebahagiaan bagi si miskin tersebut untuk dibawa pulang.

Kemiskinan yang sebegini. Di luar perasaan kemanusiaan untuk dihayati dan ditelan.

Dan bila gambar bapa memijak kepala anak tersebar. Betapa jijiknya bapa tersebut pada mata kita. Atau bila bapa menjual anaknya untuk mendapat beberapa ringgit bagi mengalas perut isteri dan anaknya yang lain.  Sambil mengunyah nasi berlaukkan ayam, sotong dan udang. Dan sambil menghirup teh ais kita membinatangkan ketua keluarga itu.

Tanpa mengetahui dan merasai kemiskinan di sekelilingnya. 

Kemiskinan yang sedemikian yang seinci pun kita tidak  rasai.

Benar. Perlakuan itu di luar peri kemanusiaan. Tetapi sebenarnya kemiskinan dalam kehidupan mereka itu pun di luar jangkauan kemanusiaan yang kita kenal.

Dan wajarkah kita melabel dan menghakimi?

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. itu kisahnya..
    di Malaysia tak kurang juga..
    yang mencuri demi mengisi perut keluarganya.. bagaiman kita nak menghakimi?

    ReplyDelete
  2. kalau di tanah air yang serba subur dan peluang mencari rezeki yang bertimbun ini di sekeliling kita, mencuri sebegitu memang tidak boleh diterima pakai lah isza, kan...

    kalau di tempat yang sumber rezeki yang sangat terhad, dan tiada peluang langsung untuk mengubah hidup, bagaimana?

    ReplyDelete
  3. Dasyatnya kemiskinan cam tu..

    ReplyDelete
  4. Selamat kembali.. i believe poverty is the worst enemy.. it makes u senseless, act beyond expectation so NO.. no human being should judge another except GOD!

    ReplyDelete
  5. salam..
    sebab tu Allah anjurkan kita
    berusaha..di bumi Allah ceruk
    mana pun ada rezeki..insyaallah

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.