Thursday, July 28, 2011

Mengaum waktu malam

Eh... Engkau balik je ke Indon la.

Dia diam. Sedikit senyum.

Saya terpinga-pinga di muka pintu. Cuma terlewat dalam 5 minit, di kelas jiran. Tergesa ke kelas mereka ini.

Mesti menang la.

Tak, aku rasa Singapore menang.

Eh, engkau kan, patut duduk out the sea la. Jangan kau jejak Malaysia ni. Cikgu, tengok ni, tak ada semangat Malaysia langsung dia ni.

Yalah, patut engkau buang je kerakyatan kau tu.


Ah, apa lagi isunya hari ini? Mestilah tentang bola.

Yang dianggap 'pengkhianat negara' itu hanya tersenyum. Pejuang-pejuang negara yang lain masih tak puas hati. Kalau aruah Mat Kilau atau Tok Perak tengok semangat yang membara di kalangan mereka ini, pasti dia juga bangga.

Ish awak ni. Itu pandangan dia. Mesti dia ada sebab kenapa dia rasa Singapore akan menang malam ni. Dan awak semua pun ada sebab awak , kenapa awak rasa Malaysia akan menang, kan.

Cikgu.... Malaysia mesti menang punya malam ni. Tengoklah.

Cikgu, kalau Malaysia menang malam ni, esok dia tu kena pakai spender je datang sekolah.


Yang lain tergelak.

Malam ni, kita tunggu dan lihat harimau yang terluka mengaum dan mengamuk....

Updated: luka sang harimau masih belum sembuh betul rupanya .... :(

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. malam ni saya bertambah2 la boring, semua org tgok bola, tak siapa nak pandang saya dah...huhuhuhuuu...

    ReplyDelete
  2. tak sanggup tgok pelajar tuuu..
    :D

    ReplyDelete
  3. hehe suka tang arwah mat kilau or tok perak tuu.he
    wlaupon harimau kalah,ttp jadi kebanggaan kite kann..

    ReplyDelete
  4. Harimau dibaham Singa jua akhirnya..huhuhu

    ReplyDelete
  5. sedih betul tinggal dalam dunia macam ni.meluahkan pendapat pun kena hentam.adakah kejujuran telah menjadi satu dosa di zaman ini?

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.