Zaman remaja penuh konflik. Apatah lagi dalam zaman penuh fitnah dan mehnah ini. Hambatan dunia bagi seorang remaja yang kurang kasih serta perhatian memang besar .
Akmal. Kenapa awak cukur kening ni?
Wajahnya bersih. Ada tahi lalat pemanis di dagunya yang menjadi bahan ejekan rakan-rakan di kelas. Tinggi lampai, memang tampan orangnya di mata saya.
Saya melihat keningnya di sebelah kanan. Jelas, garis sebesar 1 cm memisahkan kening itu menjadi dua bahagian.
Dia kata kalau cukur macam tu boleh nampak hantu, cikgu. Betulke cikgu?
Orang lain pula yang menjawab. Si Akmal diam. Hanya memandang rakannya itu dengan pandangan sedikit tak puas hati.
Saya pandang Akmal. Sedikit kisah sedihnya saya tahulah juga. Kerana itu rasa belas sentiasa ada padanya. Lebih pada memujuk jika sikap malasnya menguasai. Dan memang selalu juga berkeadaan begitu.
Entahlah. Saya pun tak tahu. Tapi kalau cabut semua bulu mata tu , mungkin juga.
Saya merapu.
Cikgu, cukur bulu kening tak boleh kan cikgu. Berdosa , kan.
Wah... Ada pula yang meminta fatwa dari cikgu sainsnya ini. Sengajalah tu hendak menjatuhkan hukuman berdosa pada rakannya.
Agaknyalah. Saya pun tak tau.
Ha ... Tu lah Akmal. Aku dah kata. Buat apalah engkau buat kerja bodoh ni. Daripada cukur bulu kening tu, baiklah engkau cukur bulu bawah tu. Ada juga menafaatnya. Kan... Cikgu.
Saya ketuk kepala si Yoi ni yang kuat benar suaranya, dengan white board marker .
Salam Jumaat.
~cikgunormah@klcitizen~
tapi kenapa dia cukur keningnya ya??
ReplyDeletehahaha ckg, terigt la zaman2 saya dulu
ReplyDeletejanganlah Akmal ada ciri2 si Asraf yg sedang berjuang menukar namanya kini
ReplyDeleteanak2 murid berbagai ragam...jika seorg guru mempunyai hati keibuan dn sgt ikhlas mejalankan tugasnya dia pasti dapat menyelami hati anak2 muridnya..sy sendiri seorg ibu kdg2 tidak dapat menyelami hati ank2.
ReplyDelete@IMANSHAH
ReplyDeletedia cukur ala-ala samseng lah kononnya
@R.W.M Faez
ReplyDeletemacam2 perangai kan...
@ibuintan
ReplyDeletedia bukan nipiskan bulu kening, tapi cukur bentuk garis tegak, macam samseng
@nyanyisunyi
ReplyDeletebila dah ramai sangat, susah juga hendak menyelami perasaan diorang ni.. :(
macam-macam perihal dak zaman sekarang, rasa cam nak kembali balik zaman sekolah je hehe
ReplyDeleteBudak2 sekarang ni memang susah diramal. Ada saja yang depa buat tanpa kita sangka.
ReplyDeleteSabor jer lah Cikgu..
Apalah Maknanya..
@aimannajmy
ReplyDeleteBila dah ditinggalkan zaman sekolah, barulah terasa indahnya zaman tersebut... Kan
-cikgunormah-
@azieazah
ReplyDeleteYalah azie. Biarlah budak yg buat perangai. Jangan orang tua yang terlebih perangai, kan
-cikgunormah-
bisa sungguh ketukan marken pen
ReplyDelete