Monday, July 18, 2011

cepat-cepatlah kau pergi

Wajahnya kelihatan sedih. Lebih kepada penat di mata saya. Penat dan lelah dengan situasi agaknya.

Malas nak masuk ke sana, Normah.  Malas nak berjumpa semua yang ada di sana.


Perasaan.

Berputar seperti roda.



Sekejap ia tenang. Sehingga rutin menjadi bosan. Kadang ia merudum jatuh. Malas menjadi natijah. Menung menjadi penawar seketika. Kosong fikiran lebih baik dari melayan rasa sedih dan pedih.


Ada kala  perasaan resah, marah dan geram. Ingin dihambur segera agar kembali reda. 


Ada masa, rasa bahagia. Senyum hingga ke telinga. Segala nampak indah dan cantik. Meriah penuh warna. 


Cantik sekali putaran rasa. Lengkap . Tidaklah selamanya kita sedih berpanjangan atau suka berterusan hingga tidak kenal erti sedih.


Yang manis adalah setelah melalui fasa sedih, risau dan gelisah. Mengecap tenang menjadi nikmat tak terhingga. Pastinya ia kehendak Allah. Bukan kita yang bisa meletak rasa itu sesuka hati, walau sekuat mana pun keinginan.


Doa saya buat sahabat itu. Moga fasa sedih dan penat ini segera berengsot pergi, dan Allah gantikan dengan warna pelangi dalam diri. Optimis dan positif kembali semula , insyaAllah.


Salam ingatan buat semua yang sedang bersedih. Moga kesedihan itu segera beredar.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

  1. Amin.. tp kadang2 bila dh terbiasa melalui kesedihan, wajah dh xde perasaan.. dan bukan senang nk tahu isi hati org..

    ReplyDelete
  2. cikgu, nak share boleh?

    ReplyDelete
  3. @R.W.M Faez

    boleh saja faez, kalau memberi kebaikan apa salahnya

    ReplyDelete
  4. @Syura Ambin

    perasaan mungkin tidak lagi terlukis di wajah, tapi ia tetap terserlah pada sinar mata...

    ReplyDelete
  5. Kadang-kadang kita ingat kita mampu menyembunyikan apa yang ada di hati...tetapi pada wajah dan cahaya di mata menceritakan segalanya.

    ReplyDelete
  6. salam..
    simpatinya..moga tabah rakan itu..
    begitu juga empunya blog ye?
    :)

    ReplyDelete
  7. sedih itu sebahagian dari roda kehidupan..Semoga babak sedih itu hanya sebahagian kecik saja..yg selebihnya adalah kebahagian.InsyaAllah.

    ReplyDelete
  8. @zulkbo

    Harapnya begitulah :)

    -cikgunormah-

    ReplyDelete
  9. @hani@debumelukut

    InsyaAllah, ameen

    -cikgunormah-

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum...

    Suka dan duka itu rahmat Allah, bersyukurlah

    ReplyDelete
  11. perasaan sedikit ceria melihat entri ini.. terima kasih cikgu..

    ReplyDelete
  12. perasaan sedikit ceria melihat entri ini.. terima kasih cikgu..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.