Friday, July 29, 2011

takut nak puasa

Cikgu, puasa bila?

Minggu lagi satu ya?

Eh, engkau ni. Minggu depan le. Hari Isnin depan.

La, cepatnya.

Takutlah pulak. Dosa aku banyak.


Saya hanya mendengar dari tempat duduk. Hampir separuh masa tadi diguna untuk menunggu mereka masuk ke kelas. Hanya 5 orang sahaja yang hadir dari 20 orang yang terdaftar dalam buku daftar pelajar untuk kelas ini. Hujan , kata mereka bila ditanya kenapa rakan-rakan yang lain tidak hadir.

Memang pagi tadi hujan lebat sejak awal pagi lagi. Agaknya, takut mengharung 'selut' dan 'lumpur' , maka tidak perlu hadir ke sekolah. Tidak pun, sayang melepaskan selimut di katil masing-masing.

Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan maka diampunkan segala dosa-dosanya yang dahulu - riwayat Bukhari dan Muslim

Papan tanda di kawasan traffic light berhampiran sekolah tertulis hadis tersebut yang di atas.

Takut?


Saya tidak bertanya dia, maksud takutnya itu.

Tapi dalam hati saya pun sedikit takut. Menyisip halus dan perlahan ia menyinggah. Takut kalau-kalau Ramadhan kali ini hanyalah lapar dan dahaga sahaja , kosong pahala dan bekal yang boleh dibawa nanti. Malang sekali, sungguh.

Takut juga, jika Ramadahan kali ini tidak lebih amalnya berbanding Ramadhan yang dulu-dulu. Sedang usia bertambah, namun, amal di takuk lama juga dan lelah serta penat makin mudah pula menghinggap. 

Takut juga, leka dengan perihal dunia dan isinya serta gegak gempita hari raya yang menyusul, melemahkan lagi semangat ber'Ramadhan' di hujung-hujung bulan berkat ini. 

Takut. Memang. 

Kerana saya hanyalah manusia biasa,  yang mana  tumpuan dan perhatian dalam perjalanan ini sering mudah terganggu. Dan leka adalah natijah pada gangguan itu.

Tapi ...., apa pun, tetap teringat kata-kata yang pernah saya dengar.

Takut itu membuat kita lebih berwaspada.


Salam Jumaat.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. SALAM,
    LF JUGA TURUT BIMBANG MACAM CIKGU. TAPI TAK MENGAPA! TAKUT DI SINI MENYEBABKAN KITA BERWASPADA DAN BERUSAHA. SAMA2LAH KITA MELAKUKAN YG TERBAIK DAN LEBIH BAIK DRPD TAHUN2 TERDAHULU !

    ReplyDelete
  2. Hehehe. Budak sekolah menengah pun ada takut nak puasa kakak.

    =.="

    BTW, Zara letak kakak di Kumpulan A (Juzuk 7-9) boleh?

    :)

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Mah..

    Semoga segala amalan yang kita lakukan di bulan ramadhan di terima.... jadikan segala perkerjaan yang kita lakukan itu sebagai ibadah... semoga semuanya mudah dan beroleh pahala..

    ReplyDelete
  4. selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak - semoga ibadah puasa dit

    ReplyDelete
  5. selamat menyambut ramadhan al-mubarak - semoga ibadah puasa diterima Allah swt.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.