Asap rokok menerjah masuk dalam hidung saya. Walau kembang kempis cuba menahan nafas, manakan daya. Ah... Memang benci dengan baunya.
Pagi. Pukul 840am. Menunggu kereta dibasuh oleh Mat India ni. Mamat teksi yang sibuk mundar mandir dengan rokok di celah jarinya memang agak cerewet. Menyuruh itu dan ini pada Mat India si tukang basuh kereta. Rokok yang terselit itu macam sengaja di arah pada saya.
Lelaki dan rokok.
Kenapa awak buat kerja bodoh macam tu? Tak pikir?
Saya berlagak jadi orang baik. Padahal banyak juga kerja bodoh yang pernah saya buat tanpa berfikir panjang. Menyesal tak terkata. Dan ia jadi pengajaran dalam hidup.
Saya tak buatlah cikgu. Padahal saya kat dalam kelas waktu tu.
Ish. Puan C nampak awak berlari dengan kawan awak dari hujung tu. Dia nampak asap rokok berkepul-kepul dari situ. Bukannya dia tak kenal awak.
Alah cikgu ni. Puan C tu rabun. Saya dah 2 tahun kenal dia cikgu. Selalu dia buat macam ni....
Dia mengecilkan kedua belah mata seperti orang yang rabun cuba melihat jauh.
... nanti dia tanya, sapa, sapa awak ni? Dia bukannya nampak cikgu.
Rakannya yang lain melihat khyusuk. Gelagatnya macam tukang jual ubat membuat lakonan , cuba meyakinkan pembeli yang berkumpul di sekeliling. Hati saya macam digeletek halus. Adui... Bakat terpendam budak ini memang perlu diasah lebih , kalau nak masuk rancangan Raja Lawak.
Saya pun kenal Puan C. Lebih lama lagi dari awak tau. Awak pun saya kenal. Bukan dia je yang nampak. Puan N pun nampak gak. Dia pun kata awak yang paling jelas dia nampak. Sudahlah. Awak ni, menipu, sampai awak pun sendiri percaya apa yang awak tipu.
Tak pelah cikgu tak nak percaya. Memang saya tak ada kat situ.
Sebenarnya bagus juga kalau sekolah memasang kamera CCTV. Perkara sebegini lebih senang dibuktikan.
Tapi, apa pun memang perkara yang jelas ialah... MEROKOK ITU TELAH DIFATWAKAN HARAM... Kan . :)
Memang tak nampak kesinambungan cerita dengan fatwa. Tapi, saya peduli apa kan.
Hehehehe...
~cikgunormah@klcitizen~
Kes budak2 hisap rokok ni tak pernah sudah dari semenjak akak sekolah lagi, hinggakan ada yang termuntah2 bila cikgu denda mereka supaya hisap rokok2 banyak (denda dizaman itu).
ReplyDeleteDah terdesak la tuh. Dah takleh nak fikir idea meipu yang lain lagi dah. Nama pun budakkkk...
ReplyDeleteMelepak Tanpa Kepak...!
budak-budak.. terlalu fikirkan keseronokan sahaja sehingga melupakan keburukan..saya pun masih budak-budak jugak..hehe
ReplyDeletebasah sikit terkene tempias ni....hard smoker tapi nak cari ilham...okay tak...
ReplyDeletesenyum. belum boleh bagi komen negatif. ada 4 perokok tegar di dalam rumah dan berpuluh lagi dalam keluarga. kalau sha kutuk juga...hipokrit namanya:)
ReplyDelete@Kunang-Kunang
ReplyDeletebetullah kak ani. masalah tak pernah selesai...
@azieazah
ReplyDeleteyalah.... nama pun budak. orang tua pun ramai yang tak panjang akalnya, apatah lagilah budak...kan
@Anonymous
ReplyDeletefasa nak berseronok... dah puas nanti, berentilah agaknya kan
@abadi romeo
ReplyDeletehahaha.
tak boleh nak kata apalah abadi. banyak benda haram lain pun saya tak boleh tinggal juga. cuma, harapan kita, makin tua makin bertambah amal kita kan
@cHeRyNa PiReS adik lelaki saya pun perokok tegar juga, alhamdulillah suami saya tidak.
ReplyDeletememang perkara yang agak sukar kan
perompak takkan mengaku dia merompak..huhu
ReplyDeleteRemaja vs Rokok
ReplyDelete...di telan mati emak...diluah mati bapak agaknya...
salam..
ReplyDeletesaya simpati sebenarnya buat rakan perokok
kerana susah nak berhenti nih..
salam kak normah
ReplyDeletesaya pun paling tak suka
kalau mereka menipu
walaupun saya berjalan x macam orang
(wheelchair)
tapi kalau bab rokok ni
aih lubang hiung ni ckup sensitip
kdg tu makcik tukang sapu yg nampak
tapi ada juga yang mengaku
dan ingin berubah.
alhamdulillah
realitinya,fatwa fatwi tiada kesan ke atas diorang.diorang imun.'antibodi' dah kuat dah.masalahnya,siapa yang bagi 'vaksin' kat mereka?
ReplyDeletemerokok tu dah la merbahayakan kesihatan.
ReplyDeletemenipu pulak..tak ada sikap positif dlm diri budak ni..kenapa sampai jadi macam ni.