Tuesday, October 12, 2010

Saya yang menurut....

PMR 2010 sudah melabuhkan tirainya. Anak-anak murid yang berada di Tingkatan 3 pastinya melonjak riang, kerana tidak lagi dibelenggu dengan kelas tambahan dan latihan yang tidak henti.


Hanya tinggal lagi doa yang pastinya tidak putus, agar keputusan yang bakal diraih nanti adalah keputusan yang membahagiakan tiap keluarga yang terlibat.

Lagi 6 tahun, PMR akan berubah warna. Secara peribadi saya juga tertanya dan ternanti-nanti bagaimana rupanya nanti penilaian versi baru yang akan dijalankan nanti. Walau pun ada dinyatakan secara ringkas, penilaian berasaskan sekolah, kita masih juga ingin melihat sejauh mana kematangan warga pendidik dan masyarakat umum akan terserlah nanti  dalam pelaksanaan sistem tersebut.

Secara individu, sebagai guru Sains, saya inginkan situasi ideal, di mana pelajar-pelajar membuat projek ringkas mengaplikasi kemahiran saintifik mereka dan di akhir tahun nanti penilaian akan dibuat berdasarkan pembentangan projek mereka. 

Projek tidak perlu projek canggih atau kompleks, tetapi memadai projek ringkas, contohnya, membandingkan pencuci manakah yang terbaik di pasaran untuk mencuci stokin mereka, atau cara terbaik menyimpan sayur hijau di dalam peti sejuk atau yang sebagainya. 

Banyak contoh projek ringkas di laman web, kerana setahu saya sistem pendidikan di beberapa negara maju memang menilai pelajar di peringkat sekolah melalui projek sains mereka. 

Memang sekarang, Penilaian Berasas Sekolah untuk subjek Sains ada menilai pelajar dari segi kemahiran mengeksperimen, tetapi penilaian yang dibuat agak rigid dan kaku. Sebagai guru, saya sendiri merasa tidak puas dalam membentuk kemahiran pelajar melalui penilaian berasas sekolah yang sedia ada.

Walau bagai mana pun, suara saya tidak bisa melepasi bumbung sekolah dan didengari oleh pihak pembuat dasar. Keinginan dan arahan yang perlu diikuti memang tidak pernah seiring.

Selagi masih menunggu penyata gaji di akhir bulan, selagi itulah "Saya yang menurut perintah", yang akan menggerakkan tindakan.

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 comments:

  1. perintah yang perlu dituruti..
    ;)

    ReplyDelete
  2. ntah la...x berapa nak paham...kadang perancangannya nampak gah tapi perlaksanaannya hancuss....apa2 pun saya rasa sistem SRP dulu lebih baik...

    ReplyDelete
  3. Sepatutnya kerajaan membuat eksperimen terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu keputusan. Bagi saya, itu lebih penting sebelum membuat keputusan berdasarkan teori sahaja. Anak-anak adalah masa depan Malaysia kan?

    ReplyDelete
  4. Teringat sebelum tamat LCE cikgu dah buat planning nak melancung ke KL. Lebih teruja ialah saya dan rakan-rakan buat camping di tepi laut.

    ReplyDelete
  5. Demi KPI..kena juga menurut perintah..hehe!

    ReplyDelete
  6. Salam...

    Apa pun keputusan kena ikut juga kan!

    ReplyDelete
  7. Sy amat setuju ngan cadangan akak tu.. be like university style.. learning will be more fun.. apa2pun anak sylah golongan pertama yg xkan duduk PMR.. apalah penilaian baru tu..

    ReplyDelete
  8. salam kak Nor
    sekarang tibalah pula masa 'Program Selepas PMR"
    selamat bertugas, kak

    ReplyDelete
  9. Salam Cikgu Normah,

    Semoga segala perancangan dalam dilaksanakan sebagaimana dirancang.

    ReplyDelete
  10. saya pun begitu juga...saya yang menurut perintah...psssstt...program lama ade yang yg "tergantung"...KIV dulu la jawabnya

    ReplyDelete
  11. Salam kak normah..cg2 kat sekolah saya sedang merungut, bertambah kerja ...yg mengajar tuition tu, paham2 lah..manusia2

    ReplyDelete
  12. @Zezebel

    susah nak kata belle..
    kata mereka projek rintis sudah dijalankan

    ReplyDelete
  13. @Ariff Budiman

    sekarang nak buat melancong-lancong ni kena pikir banyak kali...apatah lagi banyak kemalangan

    ReplyDelete
  14. @ummu

    betul ummu

    selamat bertugas juga buat ummu

    ReplyDelete
  15. @imanshah

    ya....
    tapi kita pun belum lihat macamana pelaksanaannya

    ReplyDelete
  16. @Syura Ambin

    ya syura...
    camanalah nanti tu ...kan

    ReplyDelete
  17. Ass-Salam Cikgu
    bukan tak ada positive thinking...but...
    risau format baru tu kepada majority pelajar yang jenis kena spoon feed!

    ReplyDelete
  18. Assalaamu`alaikum kak
    saya rasa terlalu banyak kontra berbanding pro dalam pemansuhan PMR. Saya lebih suka kalau UPSR dimansuhkan berbanding PMR. Saya risau ketirisan akan terjadi di mana-mana sekiranya format penilaian melalui peperiksaan seperti mana yang sedang kita praktikkan kini diubah. Rasanya tak perlu saya ulas bocor yang mana, kerana semua pasti tahu kebimbangan yang saya utarakan itu tadi.

    Entahlah, saya harap mereka yang duduk berbincang di dalamnya sudah berpikir semasak-masaknya bentuk penilaian yang akan di ambil. Jangan sampai pisang berbuah sampai 3 kali.

    ReplyDelete
  19. Salam.
    Pembuat dasar pun de jugak kena baiki di sana sini. Kena reti keperluan negara sendiri. Nak ikut negara maju tapi kena sesuaikan dengan resam budaya dan kemajmukan. LPP kena ubah format supaya penilaian betul-betul menilai potensi yang bukan merugikan anak n pelajar. Kita selalu laungkan % peningkatan n kuantiti n kualiti. Yang spana idup beribu-ribu tu gelap masa depan tak di kesah, apakah sistem dan instrumen penilaian betul? dan sukatan sesuai?

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.