Thursday, November 25, 2010

orang ketiga...

Dalam usia 70 an, sebenarnya saya kira tidak banyak lagi yang ingin diminta lagi dalam hidup. Pastinya kedamaian dan ketenangan hati yang menjadi keutamaan.

Takdir menentukan, jodoh beliau dengan suaminya bertahan hingga kini. Sudah melewati 38 tahun usia perkahwinan bersama suaminya yang muda 7 tahun dari dia.

Kudratnya pun sudah makin nipis dan bantuan dari pembantu rumah memang diharapkan sepenuhnya. Tetapi dua tiga bulan ini hatinya tak tenteram, ibarat kaca yang terhempas katanya.

Serumah bertiga termasuk pembantu rumah itu, riak dan bunga-bunga tidak manis kelihatan antara pembantu itu dan suaminya. Diberitahu lintasan hati pada anak-anaknya, mereka mengambil mudah malah mengira ibu mereka sensitif tak tentu di hujung usia.

Kasihan memikirkan.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 comments:

  1. semoga bahagia mereka berkekalan

    ReplyDelete
  2. bahagia hendaknya kepada pasangan ini

    ReplyDelete
  3. @abu muaz

    Memang payah abu muaz kerana melibatkan keinginan dan perasaan...

    ReplyDelete
  4. oh... sedih rasanya,...
    risau jugak kita nanti bagaimana masa depan kita yek...
    memang masa nie kita mcm nak gelak bila ibu kat begitu...
    tpai bila kita samapi masanya, mesti kita akan terasa mcm mana permintaan ibu kita tu...


    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  5. Salam...

    Moga yang sudah dibina selama 38 tahun tu tetap utuh

    ReplyDelete
  6. salam...
    begitulah bila jodoh nya
    sudah habis...kasihkan manusia
    memang sementara,kasihkan Allah
    dan Nabi membawa ke syurga..
    semoga beliau tabah..

    ReplyDelete
  7. simpati ade..
    prihatin pon ade..
    tp itu suma jodoh...
    kuasa Allah yg menentukan..
    semoga kuat semangat dan tabah...

    -salam perkenalan...

    ReplyDelete
  8. Harap2 jodoh mereka kekal ke akhir hayat...

    ReplyDelete
  9. complicated gak ni....doa pada tuhan banyak2, semoga diberi kemudahan dan kebahagian

    ReplyDelete
  10. Ada macam-macam maselah...kata ahmad nespu..

    yang ini lain pulak ceritanya

    Emmm.. ada seorang hamba Allah yang kerjanya duduk berzikir di masjid tanpa berkerja suatu apa pun. Suatu hari bertanya seorang ustaz kepadanya “apakah pekerjaan tuan selain dari duduk berzikir di masjid ini?”

    Jawab hamba Allah itu “tak ada”

    “Habis tu macam mana tuan nak makan, dari mana datangnya rezeki kalau tuan tak bekerja?” tanya ustaz agak kehairanan.

    “Saya yakin sepenuhnya Allah akan berikan rezekinya kalau kita bertaqwa dan bertawakkal sepenuh hati padaNya” jawab hamba Allah penuh yakin.

    “Apa amalan tuan?” tanya ustaz

    Hamba Allah pun terus membaca ayat 1000 dinar beberapa kali….

    Tak lama selepas itu datang seorang lelaki membawakan mangkuk tingkat berisi nasi dan lauk dan terus diberikan kepada hamba Allah yang sedang berzikir itu.

    Hamba Allah dengan rasa bangga terus berkata “tengok ustaz, kan saya dah kata rezeki Allah ada di mana-mana kalau kita bertawakkal padaNya…”

    Terkejut beruk ustaz yang bertanya, dalam hatinya pun mula rasa yakin dengan amalan hamba Allah membaca ayat 1000 dinar untuk dapatkan rezeki, tak payah kerja susah-susah.

    Ntt sambung.....

    ReplyDelete
  11. Siapa tu cikgu....
    Moga berbahagia hingga akhir usia...

    ReplyDelete
  12. @Sumijelly

    tua atau muda macamana pun, masih punya perasaan kan... walau pun bukan ibu kita, tetapi masih simpati bersarang di hati kan

    ReplyDelete
  13. @zulkbo

    saya pun mendokan agar dia tabah

    ReplyDelete
  14. @hysman

    salam perkenalan juga hysman... terima kasih menyinggah dan memberi komen...

    ReplyDelete
  15. @hpdigital

    wah ada sambungan pulak lagi ya...
    menarik gak

    ReplyDelete
  16. @ckLah@xiiinam
    kenalan emak saya di kampung...
    kesian jugak bila emak bercerita pada saya

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.