Tuesday, April 5, 2011

cicah biskut ...

Hujan lebat di luar. Alhamdulillah, rasa panas membahang tadi Allah ganti dengan dingin hujan yang baru turun.


Merenung kembali tindakan dan kata-kata tadi dalam kelas. Adakah wajar?

Marah menghilangkan rasa sedar dan kewarasan.

Bodoh awak semua ni! Orang lain mati bergaduh sebab si Yahudi mengambil tanah, atau sebab adik beradik mati dibunuh, tapi awak bergaduh sebab hal ejek nama bapak! Bapak sendiri pun tak tau nama dia diejek, awak nak bertumbuk di sini.

Diam membatu semuanya. Itulah fe'el bila dimarah. Tapi, sebenarnya baiklah mereka berdiam dari bersuara, diam bermakna bersetuju walau tanpa rela.

Rasa marah menghimpun dalam diri sebab mereka lewat sampai di makmal seperti biasa. Dan ia melimpah, bila salah seorang hampir bertumbuk di luar makmal.

Hilang segala niat ingin menjadi cool.

Orang yang gagah itu, ialah orang yang dapat mengawal marahnya, kan cikgu.

Suara si Fahmi, selepas diam menyelubungi kelas seketika.

Ish... Ish... Kalaulah si Fahmi itu sekeping biskut, dah lama saya cicah dengan teh panas waktu hujan macam ni.

*memang lapar bila marah menjadi sifar dalam diri

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. Ass-salam dear sweet Normah
    Kak hazel ada juga naik hangin dalam kelas gara gara anak murid...
    tapi biasa lah budak lower form ni bukan keluar cakap yang boleh cool kan kita...buat kita meruap selalulah...
    buat kita mengucap panjang adalah...

    p/s kat sini panas hari ni...panaz cuaca dan hati...hahhaa

    ReplyDelete
  2. hehehe.. macam2 gelagat murid2 sekola menengah ni ya

    ReplyDelete
  3. @hazeleyed lady

    Kak hazel... Harap-harap hati yang panas dah sejuk...

    ReplyDelete
  4. @Gen2Merah

    Budak kecik lain pulak kan perangainya...tapi tetap berperangai, kan

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.