Sunday, September 19, 2010

Keinginan

Setelah hampir 2 minggu bercuti, alhamdulillah.... esok akan mula bersekolah. Minggu yang pastinya sibuk, kerana pada hari Selasa nanti, anak saya yang seorang sahaja itu, Harith, akan menduduki Peperiksaan UPSR nya. Minta tolong doakan kejayaan anak saya itu ya....

Jadi, hari ini adalah hari mempersiapkan diri. Mental, fizikal dan material.

Okay.

Pagi tadi selepas menyempurnakan segala tugasan yang patut,  saya membelek buku lama, Dale Carnergie: How to win Friends and Influence People. Buku yang dah lama dalam simpanan, saya beli tahun 1997 dahulu, hinggakan kertasnya pun dah bertukar warna dek usia yang tua.

Salah satu kaedah yang dicadangkan menangani insan di sekeliling kita ialah "Arouse in other person an eager want". 

Benda ni selalu kita buat, terutama dengan anak-anak kita, kan. Contohnya, anak yang tidak mahu ke sekolah. Tidak ada satu cara khusus mengatasi masalah anak tidak mahu ke sekolah , terutama anak-anak kecil yang tidak mahu ke tadika. Tidak mahu boleh jadi atas banyak sebab, mungkin salah satunya kerana tidak ada keinginan. Keinginan itu lah yang perlu dibangkitkan.

Cerita yang dibawa dalam buku tersebut, masalah yang sama dihadapi dengan anak kedua sebuah keluarga. Si bapa dan ibu berpakat dengan anak sulung untuk mengatasi masalah tersebut. Mereka bertiga bersama-sama membuat aktiviti melukis finger printing. Gelak tawa dan keseronokan yang tergambar semasa aktiviti mereka bertiga, menarik minat si adik untuk turut serta, tetapi tidak dibenarkan kerana kata ayahnya, kemahiran tersebut hanya boleh diperolehi di sekolah. Setelah ada kemahiran tersebut, barulah si adik ini nanti akan dibenarkan turut sama. Esoknya, awal pagi lagi si adik telah bangun lebih awal dari orang lain, menunggu di ruang tamu, takut terlewat hendak ke sekolah.

Keinginan diri sendiri akan secara semula jadi mendorong sesiapa sahaja untuk berusaha.

Hendak membangkitkan keinginan itulah yang agak sukar dan perlukan kemahiran. Bukan semua orang punya kebolehan seperti itu. Satu cara ialah meletak diri kita di tempat orang yang ingin kita pengaruhi. 

Apakah keinginan dan kemahuannya?  Apa yang kita inginkan, apa yang kita mahu... itu tidak penting bagi semua orang. Jika hendak berjaya mempengaruhi , kita perlu tahu terlebih dahulu menyelongkar keinginan orang lain dan bertindak secara berhemah 'memanipulasi' keinginan tersebut secara positif.

*membangkitkan keinginan anak-anak yang tidak tahu pun apa yang diinginkan dalam dunia ini selain libur semata ...itu memang payah*

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 comments:

  1. Salam...

    Moga Allah permudahkan Harith dalam peperiksaannya nanti, diluas pemikiran dan ditabahkan hati dan semoga Allah kurniakan kejayaannya nanti...amin..

    ReplyDelete
  2. Selamat kembali ke sekolah...




    ***Saya sudah mula bersekolah hari Rabu, Jumaat dan semalam, Sabtu. Alasan pengetua, exam dah dekat....walaupun sekolah2 berhampiran semuanya bercuti...
    Ironinya......murid ramai yang tak hadir, sehingga ada kelas yang terpaksa digabungkan. Ada sesuatu yang terbuku di hati tentang perkara ini, tapi, siapalah saya untuk memberi pendapat. :)

    ReplyDelete
  3. saya pun sama dengan cklah, mula bersekolah hari Jumaat dan sabtu..sama kes dengan cklah tak sampai suku murid yang hadir, p&p tidak dapat dijalankan....

    Ada sesuatu yang terbuku di hati tentang perkara ini, tapi, siapalah saya untuk memberi pendapat....setuju sangat sebab kami guru2 bawahan dah beri pendapat tak dipandang langsung

    ReplyDelete
  4. salam aidilfitri cikgu,
    Semoga Harith dipermudahkan Allah semasa menjawab exam and dapat excellent result with flying colours too...
    Seronok betul bila cikgu share apa cikgu dah baca dan ayat terakhir yang buat kita berfikir :)

    ReplyDelete
  5. Selamat kembali ke sekolah kak

    ReplyDelete
  6. untuk ujudkan self esteem ke dalam diri anak-anak itu perlukan kesabaran dan bijaksana..

    ReplyDelete
  7. insyaallah cikgu,
    kadangala.. dalam menangani sesuatu.. masanya belum tiba.. cepat atau lambat.. insyaallah.. suatu hari.. berkat usaha dan doa.. segala menjadi kenyataan..

    ReplyDelete
  8. keiginan mengatasi segalanya.. kalau keinginan dilayan 100% maka terjadilah kes2 yang x diingini jg..

    ReplyDelete
  9. biler keinginan melebihi kemahuan, same cam emosi melebihi segala2nya.. kena tau mengawal keinginan sebaik mungkin..

    ReplyDelete
  10. kesian gak tgk cikgu2 yg kene naik keje awal... walaupun i bkn cikgu..n cume ibu yg kene hantar anak dia g skool..pun i trase gak..nape laaa...sekolah ni naik awal sgt!!! maybe betol kate guru beso tu...dah nak exam..tp xyah le libatkan semua kelas..maybe kelas tambahan bergilir utk bebdk drjh 6 tu kire ok lah kan??

    omaknyer yg nk nganto ni pun maleh..ni kan plak anak i yg darjah 2 tu...masih maleh lg nk g sekolah...huhuhu....

    ReplyDelete
  11. Teknik nilah yang diguna oleh salesman, contohnya pasal kad kredit, dari orang menyampah.... sekarang ni hampir setiap org ada lebih dari satu kad kredit.

    Mrk sangat berjaya mempengaruni dan mengubah keinginan orang ramai, dari takutkan hutang, menjadi suka berhutang...berlambak-lambak lak tu!!

    ReplyDelete
  12. Salam my dear sis Normah:)

    Selamat Berjuang utk Harith..
    Good Luck!!

    p/s:
    Last year anakanda upsr..yang over panic bukannya anaknya..tp makbondanya lakk..aduhaii..
    Pe2...doa ibu paling mujarab & yg terbaik kann..:):)InsyaAllah sis..:)

    ReplyDelete
  13. salam kak mah..

    semoga anak2 kita tenang menghadapi UPSR...

    ReplyDelete
  14. @ckLah@xiiinam

    awal lagi dah mula bersekolah ya
    itulah kan ckLah, kita hanya menurut perintah

    ReplyDelete
  15. @ibuintan

    nak buat camana kan ibuintan...
    sekurangnya dah luahkan perasaan

    ReplyDelete
  16. @FairyLilly

    ameen utk doa harith
    dah lama tak berkunjung fairy, nanti ada peluang saya ke sana ya

    ReplyDelete
  17. @imanshah

    terima kasih
    samalh juga untuk awak

    ReplyDelete
  18. @cikgu isza

    insyaAllah
    ujian Allah nak tengok saya camana

    ReplyDelete
  19. @Kyuubi_85

    keingingan sebegitu perlu dipositifkan oleh kita yang tahu akan buruknya

    ReplyDelete
  20. @darkbatman

    ya...
    tetapi keinginan untuk berjaya yang pentig dan perlu diujud sedarkan

    ReplyDelete
  21. @cEkEtENG

    yalah... mood beraya pun tak abis lagi kan

    ReplyDelete
  22. @Pn Kartini

    terima kasih

    betullah tu
    dah terasa cam nak demam

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.