Sunday, November 21, 2010

Dibiar kesepian....

Teringat lagi bakul plastik hijau itu saya beli semasa Harith masih kecil buat menyimpan kain lampinnya. Sebelah bakul plastik hijau itu ada bekas putih macam besen tetapi ditepinya ada wayar penyambung ke soket. Oh... bekas tempat merendam kaki dulu. Di waktu membeli bekas tersebut, suami sibuk mengadu kakinya lenguh, jadi dua tiga minggu merendam kakinya dengan air panas bercampur garam sebelum tidur. Sejak bila dan kenapa berhenti dari amalan tersebut, saya pun kurang pasti.

Sambil mengangkat baju di ampaian belakang rumah, saya menjeling ke arah stor terbuka rumah saya, dipagari gril sahaja.

Banyak lagi barang dalam tu, ada baldi yang sudah hilang tangkainya. Masih disimpan, kerana fikir saya, mungkin ada gunanya nanti bila waktu-waktu air tiada, buat bekas mengisi air. Ada mop buruk yang tidak dibuang lagi, kenapa masih saya simpan? Entah? Saya pun tak tahu kenapa.

Saya lihat di belakang rumah jiran saya pun, suasana yang hampir sama. Dia masih lagi menyimpan sinki yang sudah berganti baru. Sinki lama berwarna biru itu tertonggeng seperti malu menatap saya. Hahaha.... berangan je saya ni. Ada pasu-pasu lama yang disusun bersebelahan sinki tersebut. Batu-batu sungai putih dan hitam pun disimpan dalam salah satu pasu tersebut. Lebih kurang sama sahaja seperti saya... mungkin, sebab sayang nak dibuang, lantas disimpan sahaja. Hendak diberi pada orang lain rasanya tidak wajarlah sangat.

Masuk ke dalam rumah, saya terpandang pula mesin senaman saya yang sudah lama dibiar kesepian tidak digunakan. Entah apa istilah yang diguna untuk mesin ini, yang fungsinya hanya satu iaitu membenarkan kita berlari di atasnya . Mahal juga waktu membelinya dahulu. Waktu itu semangat berkobar untuk bersenam. Azam begitu kukuh dan setiap berselang hari saya dan Harith akan berlari di atasnya. Tapi.... selayaknya gajah putih ini mencemuh saya sekarang. Itu pun kalau dia boleh berkata-kata. 

Di dapur pula ......., tu, oven membakar dan membuat roti tu. Entah masih kenal ke tidak si oven tu pada tuan punyanya sekarang. Awal membeli dulu, tak sempat sejuk dibuatnya oven tu, asyik membuat dan membakar roti je...... saya ni. Mmmm... sekarang?

Saya pasti ada juga yang berperangai hampir sama dengan saya. Masa nak membeli, tidak terfikir yang satu hari nanti ia akan jadi  umpama perhiasan buruk yang mengisi ruang dalam rumah. Awal perkenalan , keintiman memang terasa.... berikrar dalam hati akan menjaga ia sepenuh hati.  Bila masa beredar, suasana berubah, yang dikira penting satu hari dulu, nilainya tidak setinggi mana pun di hati dan di mata sekarang ini. Nak dibuang sayang, nak disimpan menyemak mata pula, kan....

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 comments:

  1. salam kak normah..kalau masih boleh guna sedekahkanlah kepada mereka yg memerlukan..mesin senaman tu kalau tak nak eksport la ke ipoh ni..tengah berusaha turunkan berat badan ni

    haha

    ReplyDelete
  2. hehe..saya pun baru lepas kemas rak buku.. banyak kertas2 yang dah tak guna rupanya..

    ReplyDelete
  3. Salam my dear sis Normah:)

    Kena buat OPS Hapuskira gakk nii..
    byk jugak barang2/bekas2/kotak2/baju2/majalah2/kertas2/etc..yang sayang ntah pe2 nak buangnya..!!aduhaii..
    InsyaAllah..operasi time2 cuti nihh..:)
    (yang penting...niat tu ada..heheh..)

    ReplyDelete
  4. salam cikgu normah....

    sama ler sifat nya dgn ummi nie, nk dibuang sayang ... nk diguna hmmmmmmmm


    selamat bercuti....

    ReplyDelete
  5. SALAM,
    KALAU KITA TENGOK KELILIMG RUMAH KITA, MEMANG BANYAK BENDA YANG KITA RASA TAK PERLU DISIMPAN. OLEH DEMIKIAN, SESEKALI ELOK JUGA DIBUAT OPERASI.TAPI "YANG LAMA DAN BANYAK BERJASA" TU PERLU DIKEKALKAN MALAH DIJAGA BAIK2.

    ReplyDelete
  6. mesti satu hr nnti pasti akan berguna.. tp kalo dah sarat mmg kene buang le separuh yg mna x bape perlu

    ReplyDelete
  7. salam kak normah,
    ha ha, lawak jugak bila fikirkn. Ramai yg sama mcm cerita akak kali ni. Saya bkira2 nak bawa brg ke rumah baru, ada tong sampah ikea yg harganya rm80 dh bkarat, suami kata buang, saya kata 'sayangnya, u cat la tong ni,' merungut la dia setong jugak. Anyway, mmg sometimes we tend to be hoarders! Akak perasan tak, hari akhir aritu berapa ramai yg mbuang barang2 yg dh terperuk setahun lamanya!

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum...

    Saya ada satu jer gajah putih kat rumah iaitu sebuah mountain bike. Dulu rajin juga gunakan untuk bersenam tapi sekarang ni rajin lak berjogging dan basikal tu saya tinggalkan di rumah. Selepas ni nak pakai baliklah, cikgu!

    ReplyDelete
  9. Kata orang, sayang barang atau sayang harta. Macam tu lah.

    tapi pada saya, rugi sungguh thread mill tu tidak lagi digunakan, sebab mahal tu.

    Saya ni berumah kecil jadi tidak banyak menyimpan barang, ada pun cuma tupperware yang beli berdikit, nak pakai jarang2...

    ReplyDelete
  10. Salam cikgu Normah
    alhamdulillah kat rumah sy ni masih belum ada yg jadi gajah putih ni...mng kn bila ada benda2 mcmtu nk dibuang sayang,nk disedekah rasa mcm tak sesuai...sudahnya terbiar sendirian kat stor atau dlm rumah.

    ReplyDelete
  11. Macam ayah saya. banyak barang2 dia simpan. Tak sampai hati nak buang. Saya pun terikut jugak perangainya.. sometimes barang2 tu ada nostalgianya..:)

    ReplyDelete
  12. ataupun bagi kat aku sudah..

    ReplyDelete
  13. @imanshah

    jauh tu nak gi sedekah iman...
    selamat bercuti iman..

    ReplyDelete
  14. @s1t1 2uL41k4

    kat rumah ni..pun, kertas berlambak2

    ReplyDelete
  15. @Pn Kartini

    tini ... niat nak buat ops kemas ni setiap tahun ada...tapi habis ops, ruang jadi kosong dan akan dipenuhkan semula juga nantinya

    macam cycle yg tak ada sudahnya

    ReplyDelete
  16. @luahfikiran

    tu lah Dr, bila nak kekalkan tu macam menyemak je lah pulak

    ReplyDelete
  17. @maiyah

    menunggu satu hari tu nanti lah maiyah

    ReplyDelete
  18. @noorul

    apa tak perasannya noorul, saya pun salah seorang yang membuang tu

    ReplyDelete
  19. @Abd Razak

    semoga tercapai keazaman tu razak

    ReplyDelete
  20. @azieazah

    dok cari perkataan thread mill tu dalam Bm ... apa ya azie...

    ReplyDelete
  21. @Hunny

    nostalgia tu memang ada pun...

    ReplyDelete
  22. salam kak,
    selalunya bila saya beli baru.. yang lama saya sedekahkan..

    yang ada tetap berguna...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.