Saturday, November 27, 2010

janganlah cepat menaruh harapan






Di sebalik tabir terdengar sembang laki bini tersebut. Kain  yang menjadi tirai di wad kecemasan Ampang Puteri itu tidak dapat menahan kata-kata tersebut dari mencecah cuping telinga saya. Walau pun telinga saya bertutup dengan tudung hitam, tetapi dek agak kuat sembang mereka, saya dapat menangkap butir kata mereka satu persatu.

Sebenarnya meneman emak mertua yang agak tidak sihat ke sana.

"Memang tak patutlah kan you... he's giving false hope ..." suara si isteri.
"Betul...bukan dia tak tahu, perempuan kan memang cepat menaruh harapan.." balas si suami.

Apa yang menariknya perbincangan mereka ya?

Ada dua perkara di sini...yang menarik bagi saya. 

Pertama: Saya pernah terbaca, entah di mana dan bila, bahawa pasangan yang bahagia adalah pasangan yang sering membenarkan kata-kata pasangannya. No contradiction.. Walau pun bukan semua kata-kata pasangan akan di iyakan... tetapi 80% dari pernyataan pasangannya akan dibenar dan dipersetujuinya. Maklumlah bila sudah lama, sudah tahu apa yang disukai dan diminati, maka seboleh mungkin segala yang menjadi pertelingkahan sebelum daripada itu sudah lama dicari titik persetujuan.

Dari balik tabir, saya mengandaikan dalam kemenungan saya sambil  menunggu emak mertua saya yang sedang tertidur itu, bahawa pasangan tersebut adalah pasangan yang bahagia. Cewah... macam pakar kaunseling rumah tangga pulak.

Kedua: Benarkah pernyataan bahawa perempuan ini cepat menaruh harapan dalam sesuatu hubungan? Pendapat peribadi, tanpa sebarang sijil pentauliahan dari mana-mana badan kaunseling berdaftar... bahawa saya bersetuju. Kerap terjadi dan terdengar bahawa wanita cepat menaruh perasaan jika lelaki yang menjadi 'rakannya' memberi perhatian yang terlebih sedikit.  Mungkin pada si lelaki, setakat bertanya dah makan ke belum, camana hari ini, sihat tak, makan apa tadi, pakai baju apa harini, ..... hanya kata-kata pemanis untuk mengayat ... sebenarnya ada wanita yang cepat merasa dan menaruh harapan yang si lelaki mempunyai perasaan yang lebih terhadapnya.

Kasihan si perempuan, kan...

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 comments:

  1. salam...
    ermmmm...bagi yang dah bersuami
    berhati-hatilah pujukan kata2 manis
    lelaki kasanova,setakat nak merasai
    manisnya madu kepunyaan orang lain
    sudahnya yang di kejar tak dapat
    yang di kendong keciciran..nauzubillah

    ReplyDelete
  2. Cikgu Normah,
    Cikgu Normah,
    Kadang2 wanita, tak ada pujuk rayu pun kat si lelaki, tapi si lelaki asyik hubungi si wanita, siang, malam, akibatnya wanita tu yang rasa lelaki tersebut suka kat dia, dan mula menaruh harapan. Jadi, sebagai lelaki sejati, kalau tak nak bertanggungjawab, janganlah bagi harapan pada wanita.. Tak payah nak call kerap sangat,atau beri perhatian lebih...

    ReplyDelete
  3. Salam CIKGU NORMAH.
    Setuju, berbanding lelaki yang sering berhati-hati dan ambil mudah di awal perhubungan, perempuan lebih mudah jatuh perasan dan perasaan, cepat menaruh harapan hanya kerana secebis perhatian...!

    Pastu bila tak menjadi, nak marah kaum lelaki pulak. ops!

    ReplyDelete
  4. suami akan selalu backing isteri dan begitu juga sebaliknya. sebab tu kalau nak mengadu, mengadulah pada suami hehe..

    ReplyDelete
  5. salam cikgu
    lama tak jenguk blog cikgu. Harap cikgu sihat dan sekali lagi entri yang sangat menarik. Oh dan saya pun ada pengalaman untuk perkara yang kedua tu hehe ;)

    ReplyDelete
  6. entah la cikgu.. saya takde komen yang bernas. hehe

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum cikgu...

    Kata pujangga dalam bahasa Inggeris, "Love is not about finding the right person, but creating the right relationship. It's not how much love you have in the beginning, but how much love you build till the end."

    ReplyDelete
  8. salam.. yerla cikgu.. perempuan mmg selalu kesian! owh..

    ReplyDelete
  9. @zulkbo

    Betul zulkbo, kalau yang dah bersuami lagi parah

    ReplyDelete
  10. @Hunny

    Tu lelaki kasanova kan hunny, tak de niat lain melainkan memainkan perasaan perempaun je kan

    ReplyDelete
  11. @Hunny

    Tu lelaki kasanova kan hunny, tak de niat lain melainkan memainkan perasaan perempaun je kan

    ReplyDelete
  12. @azieazah

    Kesian kaum sejenis kita kan azie

    ReplyDelete
  13. @kakpah

    Wah kakpah memang pasangan yan bahagia ...cayalah

    ReplyDelete
  14. @MOHD ZHARIF BADRUL

    Alhamdulillah saya sihat zharif.

    Terima kasih menjenguk blog saya, ...faham dgn kesibukan bakal lawyer ini.

    Pstt... Dulu2 rajin mengayat anak dara orang jugak ya?

    ReplyDelete
  15. @Abd Razak

    Sempat jugak razak bermadah pujangga ya..

    :)

    ReplyDelete
  16. @Pencacai Alim

    Tak pe... PA kan boleh tegak berdiri sendirian ...
    :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.