Wednesday, November 3, 2010

masih ada peluang

Badan penat, begitu juga otak yang ditatang oleh leher dalam tempurung kepala ini. 

Post mortem percubaan SPM yang agak lewat diadakan pada tahun ini, hari selasa baru ini, menyesakkan dada. Waktu persekolahan yang tinggal lagi 3 minggu lebih kurang, tidak sedikit pun melegakan perasaan  para guru yang mengajar kelas-kelas Ting 5.

Jika setiap tahun mengajar anak-anak di Ting 5, maka setiap tahun jugalah sesak dada akan terasa bila post mortem percubaan dan juga pada malam keputusan spm akan dikeluarkan. Sekiranya keputusan mencapai target yang diintai-intai, legalah hati dan boleh tidur lena buat seminggu dua. Tetapi jika sebaliknya.... adui, mesyuarat lepas mesyuarat lah yang menanti. Kalah Menteri Pelajaran kita, bila tiba bab bermesyuarat ni.

Kita cubalah ya. Selagi masih belum sampai ke waktu dan tarikh keputusan SPM dikeluarkan, kita usaha dan berdoalah. Habis peperiksaan, tidak bermakna usaha pun berhenti, kerana doa lah pula menjadi jalan usaha kita.

Buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam peperiksaan SPM yang bakal menjelang tidak lama lagi ini, moga Allah memudahkan segala usaha yang baik. Takdir masih belum terlaksana, bermakna masih ada peluang untuk berjuang.

kelas 5U2 ..... kita cuba, k
~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 comments:

  1. Salam...

    Insya Allah, atas segala usaha dan penat lelah, Allah akan kurniakan kejayaannya. Andaikata tidak mencapai apa yang dihajat maka itu adalah pemberian Allah juga...akan ada pembalasan yang lebih baik dari itu.

    ReplyDelete
  2. Insyaallah. Semoga beroleh apa yang diimpikan, berkat usaha kerau dan komitmen jitu Cikgu Normah dan teman-teman..:)

    ReplyDelete
  3. Saya sentiasa kagum dgn usaha para GURU. Walaupun kadang2 tak setimpal, tetap gigih. Moga pahala lah ganjarannya...

    ReplyDelete
  4. guru gigih pelajar pula !!!

    ReplyDelete
  5. mudah2an segalanya diberkati..

    ReplyDelete
  6. terus berusaha, pasti berjaya

    ReplyDelete
  7. Salam Cikgu Normah,

    Didoakan semoga mereka semua berjaya dalam SPM dan STPM yang akan datang tak lagi lagi.

    Mudah2an Allah berikan kesihatan yang baik dan terang hati.

    ReplyDelete
  8. Good luck buat semua yang mengambil SPM... buat yg terbaik dan setiap keputusan yang diterima datang bersamanya hikmah yg kita tidak tahu... Insya Allah

    ReplyDelete
  9. insyaallah cikgu, semoga usaha cikgu dan semua pelajar membuahkan hasil yang cemerlang

    ReplyDelete
  10. @Ros Illiyyuun

    itulah yang diharap dan didoakan, ros

    ReplyDelete
  11. @Abd Razak

    betul razak...
    baik di mata kita tak semestinya baik untuk kita

    ReplyDelete
  12. hmn,budak2 zaman sekarang,payah nak dikata..
    seronok tgk anak murid yang rajin belajar..sakit ati bile dah hujung2 camni pun soalan senang pun tak reti nak buat lagi..lagi sakit ati berpuluh kali jawab benda sama,kosong memanjang markahnye..lagi parah mak ayah yg dok cakap anak dia baik,anak dia pandai..tapi trial 5g dia dapat..ape harus ku jawab??pening2..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.