Tuesday, April 26, 2011

T untuk tiara dan T untuk tikam

Dek beberapa peristiwa mistik di sekitaran, rasa malas hendak mengupdate blog sendiri mula melanda. Cewah... malas melanda, nak salahkan peristiwa mistik lah konon , kan.

Matahari dah lama menghilang, baru sempat membaca suratkhabar. Itu pun membaca tajuk akhbar sahaja, browsing through sahaja sebenarnya. Banyak sangat tajuk politik, menenggelamkan keinginan untuk membaca. Kes-kes video dan aktiviti  melewat,  begitu meloyakan. Masih saya tak faham, apakah tajuk itu yang melariskan penjualan akhbar? Mungkin saya seorang sahaja yang tidak berminat, ribuan orang masih berminat ...

jangan main-main dengan orang yang masih mamai lagi ya...

Tapi tajuk di atas, menarik minat saya.

Ish... sekarang ni, jangan kira ya. Salah sikit, bukan main sepak terajang lagi dah kan. Tidak puas hati dengan isteri yang membebel, tikam sahaja. Orang yang dipeluk, dirangkul waktu malam, esok pagi kalau tidak puas hati, tikam saja. Kalau ada asid, boleh disimbah saja, tapi kalau tak ada asid, tikam sajalah.

Macam-macam...

Ingat lagi main tikam-tikam?

Sekarang dah tak ada agaknya main tikam-tikam ni. Sejenis permainan judian secara kecilan. Masa kecil-kecil dulu waktu sudah kenal nilai duit, main juga tikam ni, dengan harapan dari duit 10 sen jika nasib baik, boleh bertukar menjadi 20 sen, kalau lebih nasib baik mungkin dapat 50 sen. Tapi selalunya nasib saya tak baik. Alhamdulillah...

main tikam
Kalau tidak mungkin saya sudah kaya raya sekarang, sebab asyik menang main tikam.... =D


Kuih lompat tikam?

Sedap makan kalau disejukkan, waktu bulan puasa. Kenapa dipanggil lompat tikam ya? Entah. Saya pun tak tahu, en. google pun tak tahu. Gambar kuih lompat tikam carilah sendiri ya. Resipi? Pun sama, carilah sendiri, berlambak dalam dunia maya ni.

Tiba-tiba terminat dengan perkataan tikam ni, kan. Sebab terbaca artikel suami menikam isteri tadi tu lah. 

Apa pun.... Bukan pisau sahaja yang boleh menikam...., rupanya, jelingan manja, kata-kata dan senyuman juga boleh menikam dan menghiris kalbu yang paling dalam.

*esok bersukantara di sekolah, rumah kuning tetap di hati.

kenangan tahun lepas

warna kuning memang menawan


~cikgunormah@klcitizen~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. wah teringat zaman dulu terutamanya dekat2 raya..kuat benor tikam, padahal ramadhan masa tu

    ReplyDelete
  2. Orang sekarang ramai yang sudah tak kuat tertanam tikaman iman agaknya, suka hati jer bleh tikam-tikam isteri sendiri. Aduhai...


    Selamat bersukantara Cikgu. Bawa topi besar yer.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum :)

    Dua 'tikam' mengembalikan kenangan hidup.

    Zaman saya pun ada tikam-tikam. Tapi saya tak ingat sama ada saya pernah menikam atau tidak.

    Lompat tikam memang kegemaran saya. Alangkah indahnya jika berada di kampung halaman. Dapat ke pekan Batu 6 (Terengganu) membeli pelbagai juadah tradisional termasuk lompat tikam.

    Yang pasti lompat tikam air tangan emak tetap no. 1. Aduh, sudah kecur air liur saya :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum cikgu...

    Tikam belakang itu sangat menyakitkan walaupun ianya tidak menampakkan secara fizikal namun kesannya amat perit.

    ReplyDelete
  5. tu la ada orang kata suaminya mengigau... tertikam isterinya.

    ramainya orang stress sekarang ni

    ReplyDelete
  6. Tertikam jiwa dek jelingan manja.

    ReplyDelete
  7. Dulu Nida pun suka main tikam-tikam... tikam seringgit pun belum tentu dapat dua posen..hehe

    ReplyDelete
  8. @IMANSHAH

    Saya dulu pun kuat main tikam

    ReplyDelete
  9. @azieazah

    Iman di dada tak boleh diterka kan azie...
    Panas memang di padang

    ReplyDelete
  10. @Ros Illiyyuun

    Air tangan ibu sendiri memang tiada tolok bandingnya

    ReplyDelete
  11. @Abd Razak

    Waalaikummussalam razak... Tikaman belakang lebih perit

    ReplyDelete
  12. @abu muaz

    Mengigau yang sangat parah ni ya abu muaz

    ReplyDelete
  13. @Kunang-Kunang

    Boleh buat tidur tak lena tu kan kak ani

    ReplyDelete
  14. @Nida

    Keghairahan nak dapat duit tu yang menyebabkan seronok main tikam kan

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.