Monday, April 19, 2010

Cari Duit


"Kenapa lama tak datang sekolah?" tanya saya pada Razif (bukan nama sebenar)

"Cari duit." Selamba dia menjawab.

"Awak kerja ke?" tanya saya

"Ya"

"Emak, bapa awak tak ada ke?"

"Bapak saya dah tua, tak ada orang nak ambik dia kerja. Mak saya suri rumah. Sapa yang nak bagi kami orang makan? Sayalah kena cari duit. "

"Tapi, awak ni nak SPM tahun ini. Kalau tertinggal banyak sangat kelas saya khuatir awak sukar nak dapat keputusan yang baik."

Hati saya risau bercampur kasihan.

Bila dibawa cerita beliau ke pihak pentadbir di sekolah dan disiasat, keluarganya tidaklah sesusah mana pun. Bapanya ada saraan pencen bulanan, dan beliau adalah anak bongsu. Sebahagian abang dan kakaknya sudah pun bekerja.

Hanya beliau yang berfikiran perlu keluar mencari duit, untuk menampung kehidupannya yang memerlukan top-up telefon setiap minggu serta bercita-cita hendak membeli motorsikal. Singkatnya fikiran dan hairan dengan sikap ibu dan ayah yang membenarkan.


Macam-macam kerenah ....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 comments:

  1. cgu..
    saya suka ayat : mencari duit untuk topup....
    anak saya : sanggup tak makan - duit belanja dengan alasan yg sama...

    penting sangat ke topup kepada anak2 kita..
    moralnya : kepada makayah...isilah topup anak2.....
    untuk mengelak mereka cari duit sendiri.

    ReplyDelete
  2. Kome dulu pun time sekolah cari duit juge cikgu.. tapi tidak sampai mengabaikan..cuma dalam kelas selalu je mengantuk hehe..

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Pandangan anak-anak sekarang ni tidak jauh ke hadapan, inginkan sesuatu dalam masa yang terdekat, pada hal yang jauh tu lagi hebat jika difikirkan.

    ReplyDelete
  4. sebenarnya HP tu tak perlu pun utk budak sekolah. nanti duit poket mak ayah bagi banyak guna utk topap.

    saya dulu masa form 3 & 4, akan kumpul duit poket utk pi makan KFC @ McD. hehe. puas hati bila guna duit utk makan. yum2

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum

    jinggo- ya, kalau ibu bapa yang membelikan telefon, isikan juga top up untuk anak2 tu, tidaklah budak2 melilau mencari duit

    relevan-- mengantuk tu pun menyusahkan juga en relevan...

    razak--betul tu razak, bila kita yang tua ni bercakap, susah nak diterima pakai

    ReplyDelete
  6. ermmm
    sepatutnya pelajaran didahulukan... kami dulu belajar dan belajar jer, nak bergaul pun tak sempat.. balik weekend tido jer.. huhuhuhu

    *anak2 kecik lagi skrg.. tak tau lah camner zaman deme nanti.

    ReplyDelete
  7. Salam Cikgu,
    betul apa yg cuba cikgu perkatakan tu. Anak2 sy kalau pasal top up sanggup ikat perut.Pada hal mmg sy bg duit top up setiap minggu itu pun dia kata tak cukup. Kadang serba salah dibuatnya, tak bagi handphone , kita ni dok fikir kalau ada apa2 berlaku senang nak contact. Bila dh bagi lain pulak jadinya. Lagi satu kalau bab berpakaian suka sangat yg berjenama. Anak sy yg suka pakaian berjenama anak yg sulung tu.Tapi takdelah sampai nak cari duit sendiri, tapi kadang tu bising gak dia sebab susah nak dapat duit dari saya.

    ReplyDelete
  8. Maaf ya...saya dulu cari duit jugak time sekolah..Tapi duit yang dapt, tak pernah bagi kat mak atau ayah, kalau bagi pun mintak tolong simpan. Kebanyakan duit habis kat basikal, hehe..ni dah besar, basikal ntah kemana...Nasib baik jadi orang...hahaha

    ReplyDelete
  9. Salam cikgu normah,

    Mungkin mak ayah dia tak tahu.

    ReplyDelete
  10. sebuah kehidupan.. bg dia pelajaran tdk penting.. mmg syg skali n mungkin ibubapanya dah x kuasa nk bersuara lg sbb bebudak ni kekadang degil semacam

    ReplyDelete
  11. Aslmkm.
    Ibu bapanya tahu ke Cikgu?
    Kekadang anak2 beli itu ini & buat itu ini pun diluar pengetahuan ibu bapa. Saya pernah lihat murid ponteng sekolah tp keluar balik rumah macam biasa!

    ReplyDelete
  12. salam cikgu,

    anak2 sy yg umur 1-2 tahun tu pun suka buli saya ngan papanya pasal handphone skang ni..kalau tak dijilat-isap hp tu, mesti dipicit2 sampai sangkut2. saya dah tukar 3 hp sbb tu je..2 hp lg buat main diorg, baling2 je..tu dah beso ntah mcm mana plak. mau ikat kat pokok mangga kang..

    ReplyDelete
  13. Cari duit bagus tapi bebudak sekarang ni cari duit utk joli atau utk beli top-up HP, masa saya kecik2 dulu ada juga cari duit tapi untuk tolong ibubapa bayar yuran n buku sekolah.

    ReplyDelete
  14. assalammualaikum

    ummumishkah-- memang beza budak2 dulu dan sekarang ni..

    aidah--itu je la modal bebudak sekarang kalau menyimpan duit, nak beli top up dan beli hand phone

    rashid--oh, beli basikal ya? budak2 sekarang nak beli motor, sanggup kena gi kerja

    kak ani -- mak ayah dah tahu, tak menjadi masalah pun, itu hidup dia, katanya

    ReplyDelete
  15. assalammualaikum

    maiyah--betul tu maiyah, ibu bapa dah malas nak bersuara lah tu, di pikir anak tu dah besar

    cik dah--yang ponteng tanpa pengetahuan mak bapak tu pun satu hal juga

    lynn--pokok mangga dah besar ke?

    blogabgaji-- orang dulu2 , mentalitinya lain

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Biasa..dulu sayapun cari duit sendiri juga. Masalahnya mak bapak sekarang terlalu memanjakan anak..biarkan dia berdikari mencari duit..asalkan pelajaran juga tidak dilupakan...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.