Monday, November 22, 2010

Bukan gambar lucah....

Tidak banyak yang saya tahu tentang Haiti. Yang saya tahu rakyatnya berkulit lebih gelap dari saya. Jauh, memang jauh dari Malaysia. Terletak di antara Amerika Utara dan Amerika Selatan kalau menengok dari peta dunia.

Berblogwalking di blog rakan-rakan terjumpa gambar di bawah yang menggigit perasaan. Malangnya saya tak ingat blog siapa untuk di link semula....  Maafkan saya, berbanyak sorry.

*bukan gambar lucah*

A woman lies on the pavement near the General Hospital where people 
infected by cholera are being treated in Port-au-Prince. 
Haiti's cholera death toll passed 1,000 yesterday as
 tensions spiked with Nepalise UN peacekeepers 
accused by some 
of being the source of the outbreak. 
Photo: AFP/Hector Retamal

Menyayat hati melihat gambar tersebut. Haiti adalah antara negara yang miskin di dunia, ditambah dengan banyaknya bencana alam yang menimpa, menyebabkan persekitarannya tidak kondusif. Awal tahun ini sahaja, gempa bumi berskala Richter 7.0 telah menggegarkan Haiti dan ramai yang terkorban.

Hujan lebat awal November baru ini kesan dari Hurricane Tomas menyebabkan banjir lumpur yang menjadi pencetus wabak taun yang sedang melanda Haiti. Isu sumber air yang bersih yang tidak dapat ditangani dan tiada sistem kumbahan asas di sana menyemarakkan wabak tersebut. Walau pun ramai di sana menyalahkan Pasukan Tentera Pendamai dari Nepal menjadi punca pembawa strain bakteria taun tersebut, keaadaan sekitar dan cara hidup yang tidak bersih menyebabkan wabak tersebut merebak dengan pantas. 21,000 orang telah dijangkiti dan 1250 rakyat Haiti telah meninggal dunia kesan dari wabak taun (sumber).

Bukan Haiti sahaja yang dilanda bencana alam. Tahun ini merekodkan banyak bencana alam di seluruh dunia dan yang paling hampir ialah letusan gunung berapi di negara jiran kita. Malaysia juga tidak terkecuali dengan banjir yang melanda utara tanah air kita. Alhamdulillah ia tidak seburuk negara China yang dilanda banjir lumpur yang teruk baru ini.

read more
Bersyukur....sememangnya, kerana kita ditempatkan Allah di bumi ini. Pastinya kehidupan di luar sana lebih perit dan jerih yang mungkin tidak terbayang oleh kita. 

Kita berada dalam zon selesa, dan harapan kita moga zon selesa ini sentiasa dalam lindungan Allah.

*selamat menghadapi peperiksaan SPM buat semua anak murid saya...moga Allah permudahkan dan kurniakan kejayaan dunia dan akhirat buat semua*

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 comments:

  1. bersyukur di tempatkan di Malaysia..
    mereka berdepan dengan bencana alam..
    kita?

    ReplyDelete
  2. bersyukur dilahirkan di Malaysia. I'm proud to be Malaysian! :D

    ReplyDelete
  3. Insaflah kita.. insaflah kita...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum cikgu...

    Bersyukur atas nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita semua..

    Dan saya doakan semoga pelajar cikgu diberi mudah oleh Allah SWT dalam peperiksaan SPM yang bermula hari ini dan dianugerah kejayaan...amin

    ReplyDelete
  5. yups
    itu kes taun dekat Haiti
    kesian gila
    sebab diorang takut berjangkit
    memang taun boleh berjangkit ker?
    den pun dah pening

    P/S : Jom Jalan - Jalan Cari Makan Di Kedai DENAI dekat Menara UOA Bangsar

    ReplyDelete
  6. Salam Normah.

    Mengenangkan musibah yang mereka hadapi memang kita patut bersyukur. Satu pengajaran yang perlu kita ambil apabila kita hayati kejadian ini ialah gambaran kita di sana ketika semua alam ciptaan Allah hancur, berebut-rebut untuk mendapatkan minuman dik terlalu dahaga... dan pelbagai kesukaran lagi... didoakan kejayaan buat semua pelajar yang menduduki peperiksaan..

    ReplyDelete
  7. Syukur..kita tinggal diMalaysia..

    ReplyDelete
  8. @cikgu isza


    Kita terjebak ngan masalah sosial kan isza yang semakin menjadi

    ReplyDelete
  9. @azieazah


    Insaflah ni kejap azie... Esok lusa tak tau lah pulak

    ReplyDelete
  10. @Abd Razak


    Waalaikummussalam razak

    Ameen utk doa itu

    ReplyDelete
  11. @hans

    Berjangkit melalui sumber air yg tak bersih dan tercemar dengan najis pesakitlah tu

    ReplyDelete
  12. @Werdah

    Lemahnya kita ni kan, kak werdah

    ReplyDelete
  13. die terbaring mcm tu x der org ambil tahu ker?

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.