Saturday, April 24, 2010

Jom Power Nap!


power nap.


bukan power root. tetapi power nap ini memang telah menjadi sunnah Rasullullah. juga dikenal sebagai tidur qailulah, iaitu tidur sebentar sebelum waktu zuhur antara 30 hingga 45 minit.


memang hobi saya untuk tidur qailulah. tetapi sudah lama tidak berpeluang berbuat demikian. majalah solusi isu ke 15, dalam artikelnya "Bagaimana Mengatasi Kelesuan" ditulis oleh Hj Muhammad Zakaria ada mencadangkan agar kita tidur qailulah ini untuk mengatasi kelesuan.




Kenapa di pejabat dan di sekolah-sekolah kita tidak diwajibkan tidur qailulah ini ya. Bayangkan tepat pukul 1.00 semua pejabat, sekolah dsb , di tutup untuk tidur qailulah ini bagi mendapat power nap. pukul 1.30 kita semua akan dikejutkan untuk sama-sama bersolat zohor. mesti best ya.



ini tidak, pukul 1.10 habis sekolah, terus disambung dengan kelas tambahan yang mana ramai pelajar-pelajarnya berdesit lari lintang pukang panjat pagar , taknak kelas tambahan tersebut. Cikgu-cikgu je yang berkelas tambahan. Apa yang pasti, cikgu-cikgu makin paham subjeknya.


Kalau buat program power nap ini di sekolah, masalahnya ialah cikgu yang menjaga tu, tak boleh lah pulak tidur, kan. aii, rugilah pulak tu... hehe


Tapi kalau buat juga, pastinya selepas itu tidaklah ada yang malas bekerja atau belajar lagi. Power nap ini juga dalam kajian (yang tidak dilakukan oleh saya, tetapi oleh orang-orang putih) mendapati bahawa power nap boleh meningkatkan kemahiran berfikir. Betul! Tak tipu.


Bukan sahaja meningkatkan produktiviti kerja, meningkatkan kemahiran berfikir, malah ia juga memperbaiki fungsi jantung, imbangan hormon dalam badan serta membantu merawat sel dalam badan. Ini bukan kata saya, tetapi kata-kata Dr Sara Mednick, pengkaji di Salk Institute.


Jadi kepada pelajar-pelajar di luar sana seperti cik gadis , faisal, iqbal , syah, ain dan yang lelain lagi tu, kenalah amalkan tidur power nap ini, kan.


Yang dah segeng ngan saya, usia pun dah 40 ke atas , kenalah kita amalkan jugak ni, supaya jantung kita elok perjalanannya, InsyaAllah.


Jadi kalau tengok budak pejabat terlentok kepalanya di meja atau kerusi , sebelum zohor tu, biarkan je, la, ya... tengah power nap tu.

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 comments:

  1. idea yang baik..agak2 boleh ke bebudak ni tido kejap je gitu..alangkan saya pun,kadang terlajak jauh...hehehe....

    ReplyDelete
  2. mmm..kalau saya, akan bli sarapan utk lunch teros

    then waktu lunch blh la take a nap jap dlm 1 jam

    hahahhah

    slalu balik opis kul 7, so, curi wktu solat dlm kul2 ok la kot kan..masuk keje kul 7 blik kol 7..huhu

    yg ssh..tkut trljk

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Memang betul power nap boleh meningkatkan kemahiran berfikir, apa yang Nabi selalu pesan dan sarankan mesti ada kelebihan..

    ReplyDelete
  4. molek juga di praktik di syarikat swasta dan jabatan kerajaan.

    ReplyDelete
  5. Salam Normah.

    Memang elok tidur sekejap sblm zohor. Tapi yg tidur di kerusi mcm tu tak elok tu, mugkin akan menyebakan slipped disc di leher.

    ReplyDelete
  6. assalammualaikum

    hai-- ada step nya yang dicadangkan oleh penyelidik, iaitu salah satunya ialah pasang alarm

    jane--lamanya kerja ya, 7 ke 7, memang kena tidur sekejap ni..


    razak--memang semestinya, kajian hanya cuba merungkai aspek kesihatan. yang selebihnya dalam pengetahuan Allah


    endiem--tunggu saya jadi PM nanti, saya wajibkan...
    :)


    kak werdah-- betul cakap akak tu, yang dalam gambar tu rasanya di China atau Jepun yang cuba mengamalkan sistem tersebut

    ReplyDelete
  7. salam cikgu. terima kasih sbb sampaikan pesan ni kat saya.

    saya agak kerap juga tidur sebentar sebelum waktu zohor ni. segar ja rasa bila bangun.

    saya buat macam ni, selalunya masa study week + exam week lah...sebab agak letih menelaah dari pagi. tgh hari kena lelap mata kejab.

    mungkin lepas ni cikgu boleh lentok kepala kejab dlm bilik guru ya. hehe

    ReplyDelete
  8. hahaha...ade gak power nap yer..tapi betul gak..kdg2 perlu diamalkan.. klau aie dlu memang lintang pukang lari mls nk masuk kelas tambahan..heh

    ReplyDelete
  9. elok rasanya kalo dapt amalkannyer.. trutama utk pelajar.. mula2 mungkin payah lama2 jadi amalan..

    ReplyDelete
  10. kakpah kalau tak dapat tidur sekejap walaupun 10 minit, mulalah kang lesu sampai ke malam...

    ReplyDelete
  11. Salam sis..:)

    susah nk praktik..kut2 masa duk power2 nap nii,..tetiba ada lakk pengetua duk meround...aduhaii..jadi isu hangat nihh!!

    Pe2..thanks utk pengkongsian yang baik ini...:)

    ReplyDelete
  12. kadang kita ni da tau khasiatny baru nk wt kn cikgu.....huhu

    ReplyDelete
  13. salam cikgu,


    sy dah dpt power nap tadi

    ReplyDelete
  14. salam kak..hmm..jadual kuliah sy bukan macam kt skolah..kadang2 start kul 10.3a.m smpi 12.3p.m..pastu sambung plak 3p.m-5p.m..x tentu..

    kalau akak nk tau sy mmg amalkan apa yg akak cita ni..tiap kali balik kuliah kul 12.3 sy akan tdo dlu kejap.tp bukan tdo stengah jam la..biasa 1-2jam..kira cane tu kak..berkesan x klu lbh stengah jam.hehe

    ReplyDelete
  15. Kak!terima kasih syorkan kpd saya.Saya tak konsisiten buat ni...hehe

    kalau jadual kelas saya,saya punya kelas hari-hari mula seawal jam 9 pagi dan tamat jam 6ptg.Takde masa nak qailulah...tapi banyak masa nak tdo-tdo ayam yg saya tak buat.hehehe

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.